Monday 6 May 2013

AZIZAN RAZAK SAKIT TERKEJUT BILA DATUK MUKHRIZ ANGKAT SUMPAH MB KEDAH !!??




ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini.

Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah adalah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu adalah bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Mukhriz Datin Norzieta Zakaria. Bekas Menteri Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak hadir kerana dipercayai kurang sihat.

Pada PRU13 semalam, BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk membentuk kerajaan. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive