Thursday 21 February 2013

DOA K.O PAS DIMAKBULKAN !!! KINI DAP VS PKR VS PAS VS DAP !!! #PakatanHancur



Kat bawah ini semuanya kenyataan yang diambil dari pemimpin Pkr, Dap dan Pas..Perbalahan mereka dalam soal mengunakan kalimah Allah dan perebutan kerusi di Johor membuktikan lagi bahawa Pakatan sememangnya tidak sepakat dalam berurusan..

Belum pun jadi kerajaan, Allah dah tunjuk siapa sebenar mereka..Anda boleh nilaikan sendiri pergaduhan besar berlaku dalam pakatan..


Harun Taib Kecam Karpal Singh

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilihat memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas dengan menganggap majlis itu hanya bersifat minoriti dalam parti sekutunya itu.

Sambil menyifatkan Karpal sebagai ‘tidak tahu apa-apa’ tentang Pas dan ‘kehabisan modal’, beliau menegaskan, Majlis Syura Ulama Pas berada di kedudukan tertinggi sekali gus mempunyai kuasa lebih besar dalam membuat sebarang ketetapan atau keputusan parti.

Pada masa sama, jelasnya, Majlis Syura Ulama juga merupakan pemegang polisi atau dasar parti dan peranan pentingnya itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti dihormati.

“Karpal tak tahu apa-apa dalam parti Pas sebab dia orang luar. Dalam Pas, Majlis Syura Ulama lebih tinggi kuasanya malah merupakan pemegang polisi atau pun dasar parti


Isu Kalimah: DAP pertahan Karpal

SHAH ALAM: DAP hari ini menegaskan bahawa pengerusi parti itu Karpal Singh mewakili DAP dan bukannya memberikan pendapat peribadi apabila menolak pendirian Majlis Syura bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa parti itu senada dengan Karpal yang mahukan Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya melarang kalimah Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Beberapa pemimpin utama PAS termasuk Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, Setiausaha Majlis Syura parti Nik Muhammad Zawawi dan Pesuruhjaya PAS Perlis menyifatkan Karpal sebagai menyuarakan pendapat peribadi apabila menentang ketetapan Majlis Syura itu.

Pemimpin PAS umumnya mendakwa isu kalimah Allah itu sudah selesai. Harun berkata PAS tidak perlu melayan kenyataan Karpal kerana pemimpin veteran itu “tidak tahu apa-apa mengenai PAS.”

Tony menegaskan bahawa Karpal mewakili DAP apabila beliau menggesa Majlis Syura menimbang semula ketetapannya supaya selari dengan pendirian yang diambil oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari.

Pakatan pembangkang itu berpegang kepada pendirian umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah Allah asalkan tidak menghina Islam.

"Apa yang diminta oleh Karpal agar perkara ini dapat dipertimbangkan, kita tidak mendesak, kita tidak paksa, kita tidak ugut.

"Ini adalah pendirian parti (DAP). Kita hanya meminta pertimbangan seperti perkara-perkara yang lain," kata Tony kepada Antarapos ketika dihubungi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengungkit semula isu kalimah Allah apabila mendesak Putrajaya membenarkan penggunaannya dalam Bible di Semenanjung.

Desakan itu dibuat kerana DAP mensasarkan undi Krisitian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada pilihanraya umum ke 13.

Kenyataan umum Hadi mengenai penggunaan istilah itu oleh bukan Muslim dilihat sebagai menyokong desakan Guan Eng itu.

Namun lima hari kemudian Majlis Syura badan tertinggi dalam PAS menjelaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu, sekali gus mengundang teguran daripada Karpal.

Setakat ini Hadi masih belum membawa ketetapan Majlis Syura itu untuk pertimbangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu tokoh veteran DAP Dr Tan Seng Giaw pula menasihati semua pihak berkenaan supaya berhati-hati dalam memberi kenyataan yang membabitkan sensitiviti agama.

"Apabila kita membuat kenyataan mengenai agama kita mestilah berhati-hati supaya di dalam masyarakat majmuk kita, kita boleh hidup dengan aman damai sejahtera," kata beliau kepada Antarapos.



Harun Taib tak wakili PAS Pusat, kata DAP

SHAH ALAM: DAP hari ini menyifatkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sebagai pemimpin biasa yang tidak mewakili pandangan PAS Pusat bersabit isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim.

Setiausaha Organisasasi DAP, Anthony Loke berkata tidak timbul soal parti itu perlu mempertahankan Pengerusi parti Karpal Singh yang dibidas oleh Harun bersabit isu berkenaan.

"Harun Taib itu seorang pemimpin (PAS) sahaja. Dia bukannya mewakili kepimpinan pusat PAS. Dalam Pakatan Rakyat kita ada kerangka majlis kepimpinan kita.

"Dalam pimpinan Pakatan Rakyat kita ada Presiden PAS sendiri," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Loke turut mengecam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memetik Harun sebagai membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai 'tidak tahu apa-apa' tentang PAS dan kehabisan modal untuk terus mengetengahkan isu penggunaan kalimah Allah.

Harun mengkritik Karpal kerana mendesak Majlis Syura menarik balik ketetapan melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.

Karpal berkata Majlis Syura harus seiring dengan pendirian Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. Pendirian itu berpaksi kepada kenyataan umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh diguna oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Pada 13 Januari, Majlis Syura menjelaskan kalimah Allah boleh diguna dalam pertuturan oleh bukan Muslim tetapi tidak boleh dikaitkan dengan God agama Kristian yang mempercayai Tuhan dalam tiga bentuk.

Anthony berkata DAP tidak akan membuat sesuatu pendirian hanya berpandukan laporan Utusan Malaysia.

"Bukan tak mahu ambil (pendirian Harun Taib) tapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana betul atau tidak laporan Utusan.

"Selalunya Utusan buat putar belit sahaja," katanya lagi.



Konflik DAP-PKR: Fuziah tunding jari kepada BN

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) dalam isu pertelagahan antara pemimpin DAP dan PKR Johor.

“Saya kira akhirnya kita tahu siapa musuh kita sebenarnya dan kita akan menghalakan peluru sebenar kepada Umno-BN.

“Kemelut ini adalah sesuatu yang kita boleh selesaikan. Saya yakin,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau berkata pertelagahan terbuka antara Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan rakan sejawatan dari DAP, Dr Boo Cheng Hau mengenai pengagihan kerusi di negeri itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Semalam, Dr Boo mengisytiharkan beliau tidak lagi dapat berkerjasama dengan Chua yang disifatkan angkuh dan tamak mencari kerusi selamat untuk bertanding di negeri itu.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata tuduhan Dr Boo itu dakwaan ada asasnya.

"Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau,” kata Karpal.

Dr Boo dalam kenyataannya menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kepimpinan PKR Johor sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau berkata Chua selaku Pengerusi PKR Johor bersikap angkuh selain mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih di peringkat rundingan.


Ketua PKR, DAP Johor diarah tutup mulut

SHAH ALAM - Pemimpin tertinggi PKR dan DAP hari ini mengarahkan dua pemimpin parti itu dari Johor, yang kini bertelagah mengenai isu kerusi, khususnya Pasir Gudang, agar tutup mulut daripada bercakap mengenai perkara tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau telah berkomunikasi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kontroversi DAP dan PKR Johor.

Menurutnya, hasil perbincangan itu telah memutuskan Pengerusi PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng dan rakan sejawatannya dari DAP, Dr Boo Cheng Hau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang perhatian orang ramai dan pihak media.

Beliau berkata, sebarang masalah berkaitan perebutan kerusi perlu berunding dengan pemimpin tertinggi kedua-dua parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya telah bercakap dengan Anwar, kami bersetuju untuk dua pemimpin di negeri itu perlu menghentikan komen yang boleh menimbulkan persepsi negatif daripada orang ramai.

"... terutama sekali melakukan perbalahan berkaitan pengagihan kerusi," kata beliau melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

"Kedua-dua pemimpin negeri seharusnya telah berunding dengan kepimpinan tertinggi masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka berkenaan dengan peruntukan kerusi kedua-dua parti menjelang PRU13," kata Guan Eng lagi.

Semalam, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangan tentang konflik yang berlaku di antara PKR dan DAP di negeri Johor yang mencetuskan perbalahan secara terbuka serta menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam Pakatan
Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Karpal menyeru Anwar supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj.

Mengulas lanjut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perbalahan membabitkan Jui Meng dan Cheng Hau telah dieksplotasi oleh media arus perdana yang memberi impak negatif kepada PR.

Guan Eng berkata, perkara ini akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) yang menjadikan isu tersebut sebagai kempen pilihan raya.

"Semua ahli DAP, PKR dan PR dinasihat membincangkan masalah yang berkaitan parti melalui saluran dalaman supaya musuh tidak menjadikan kesilapan tersebut sebagai bahan untuk membuat serangan.

"... perkara ini juga menguntungkan BN dan mengecewakan penyokong PR," katanya.


'Wahai Karpal belajar duduk diam!'


KOTA BHARU 19 Feb. - Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.

Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.

Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.

“Saya mahu ‘nasihatkan’ Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak.

“Jangan hanya pandai suruh kami hormat pandangan dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu hormat keputusan Majlis Syura Ulama kami, orang lain pandang badan ini kecil tetapi bagi kami (ahli Pas) Majlis Syura Ulama adalah yang tertinggi.

“Apabila Majlis Syura Ulama sudah membuat keputusan, semua tindakan dan keputusan awal dikira terbatal dan kami sebagai ahli Pas wajib patuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu semua pihak termasuk ahli serta Majlis Syura Ulama Pas menghormati pendirian pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam pada mesyuarat 8 Januari lalu yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal dilaporkan berkata, pakatan pembangkang berpegang teguh dengan keputusan kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza selepas itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive