Friday 7 December 2012

ANWAR PUJUK ASRI TANDING ATAS TIKET PKR ? TAK ADA ORANG LAIN DAH KE NUAR OII !!






SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun menegaskan beliau belum menerima perlawaan mana-mana pihak untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

“Datuk Seri Anwar sendiri jumpa saya, orang lain pun jumpa saya, saya rasa saya jumpa semua.

“Macam orang-orang lain juga hendak dekat pilihanraya, ada orang Umno jumpa, jadi bila ada orang jumpa, ada pelawaan dan seumpamanya itu, Pada saya adalah desas-desus bahawa ada yang lain juga jumpa saya bukan sahaja PKR. Apa-apa pun saya tidak ada pendirian setakat ini,” tambah beliau yang ditemui selepas program Meja Bulat anjuran Antarapos semalam.

Asri berkata beliau mengganggap amalan pelbagai pihak berjumpanya dan pihak lain sebagai “biasa” dalam menghadapi pilihanraya umum.

Asri tidak lari daripada menjadi rebutan parti-parti politik malah difahamkan Umno banyak kali menawarkan tempat untuk bertanding sejak PRU12 lalu.



Difahamkan PAS juga tak terkecuali apabila Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib turut banyak kali juga menawarkan kerusi kepada Asri untuk masuk PAS.

Asri enggan mengulas hasil pertemuan beliau dengan Anwar kerana tidak suka untuk menyebut benda yang tertutup dibicarakan secara terbuka, katanya.
“Sehingga setakat ini dibuat, belum ada apa-apa keputusan, lagi seminggu atau pun sebulan masih belum tahu,” katanya.

Kelmarin sumber-sumber memberitahu Antarapos bahawa Asri akan bertanding atas tiket PKR di DUN Penanti dan berkemungkinan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 jika Pakatan Rakyat kekal berkuasa di Pulau Pinang.

Kerusi itu ketika ini disandang oleh Pengerusi PKR Negeri Datuk Dr Mansor Othman.

Namun hubungan beliau dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng renggang selepas beliau menuduh Setiausaha Agong DAP itu sebagai angkuh dan ibarat “tokong” yang tidak boleh dikritik.

SUMBER ANTARAPOS

1 comment:

Anonymous said...

Dr. Asri - jangan masuk politik. Jangan percayakan Anwar. Anwar akan buat apa saja untuk selamatkan dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive