Saturday 11 August 2012

KEJAM !!! KANAK KANAK 3 TAHUN MAGSA LIWAT RAKAN BAPA !!!



Seorang penjaga stor dituduh meliwat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di sebuah rumah di Bayan Lepas 4 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, S Mahendran, 25 dituduh meliwat kanak-kanak yang juga anak kepada rakannya itu di sebuah rumah di Blok A, Mukim 12, Sungai Nibong Besar, Bayan Lepas antara jam 12.50 tengahari hingga 1.20 petang.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, S Selva Ranjini di hadapan hakim, Sitarun Nisa Abdul Aziz yang menawarkan wang jaminan sebanyak RM15,000 kerana kesalahan yang didakwa adalah serius dan meninggalkan trauma kepada mangsa.



Setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Tertuduh yang diwakili peguam, RSN Rayer kemudiannya meminta wang jaminan dikurangkan namun Sitarun menolak permohonan jaminan dikurangkan dan mengekalkan wang jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh.

Sitarun, bagaimanapun menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu keputusan laporan DNA dan laporan perubatan.

Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

MTK
MESTI BANG NON IDOLA DIA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive