Tuesday 19 June 2012

PANASS !!! TIAN CHUA TERCENGANG DENGAR PENJELASAN MP HULU LANGAT !!



Dewan Rakyat menyaksikan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa.

Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai.

Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor yang merupakan seorang pakar nuklear bangunan mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.



Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ' kepak habis' gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.PPC

Projek Lynas: PSC beri lampu hijau

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengesyorkan agar lesen Kelas A iaitu mengilang peringkat pengendalian sementara (TOL) dikeluarkan supaya projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan, Pahang dapat beroperasi.

Bagaimanapun PSC menegaskan, di peringkat ini, LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang telah dikenakan di dalam lesen TOL ini.

"Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," kata laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam laporannya, PSC juga berkata, pihaknya berpuas hati bahawa berdasarkan fakta-fakta saintifik, takrifan undang-undang dan maklumat yang diperolehi daripada pakar-pakar, projek LAMP adalah merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan.

Selain itu, PSC juga mendapati projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju.

"Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa.

Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa.

"Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan di dalam perundangan kebangsaan dan standard antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar untuk kilang beroperasi sementara," kata laporan PSC di bahagian rumusan.

Sehubungan itu, PSC mengesyorkan satu jawatankuasa pemantauan dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.

Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan kerajaan dan pakar bertauliah.

Ia juga mengesyorkan supaya kesemua 31 syor yang telah dikemukakan ini dilaksanakan sewajarnya.SINAR

KENYATAAN DR CHE ROSLI CHE MAT

Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.

Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.

"Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen... saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada Ogos tahun lepas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual dengan sebuah televisyen swasta (TV3) Dr Che Rosli berkata tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Beliau turut ditanya mengenai pemberian lesen sementara kepada Lynas untuk beroperasi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah betul. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive