Sunday 17 June 2012

PANASS !!! ARTIS TAK LAKU MULA TUNJUK PANDAI DALAM POLITIK




Sungguh meloyakan anak tekak bila artis yang baru menyertai PAS, Aishah, menyatakan bahawa ramai golongan bijak pandai di negara ini menyertai PAS, parti kelas ketiga yang berjaya diperbodoh dan “dikeldaikan” oleh DAP dan PKR.

Baru saja menyertai PAS, tapi Aishah yang dipercayai dalam usaha menjadi calon PAS pada Pilhanraya Umum ke-13 (PRU ke-13) itu cuba mencari pengaruh dan memberikan kenyataan tidak berasas yang mencerminkan realiti sebenar.

Aishah cuba memburuk-burukkan UMNO dan membayangkan bahawa PAS juga pandai mentadbir negara dan mengaitkan kononnya ramai cendekiawan yang menyertai parti itu sejak kebelakangan ini.

Tidakkah Aishah tahu bahawa PAS dipenuhi oleh mereka-mereka yang dungu, tidak berpelajaran, tidak bertamadun, berotak udang dan tidak berakal?



Tidakkah Aishah sedar bahawa mereka yang dikatakan bijak pandai di dalam PAS itu hanya pandai bercakap, pandai berceramah, pandai menipu, bijak menabur fitnah dan sangat hebat memutar belitkan Islam demi kepentingan politik mereka?

Sewajarnya, Aishah perlu membuka mata dan minda seluas-luasnya sebelum menyatakan sesuatu yang jelas tidak masuk akal.

Untuk pengetahuan Aishah, pak-pak lebai PASlah yang begitu “pandai” dan “bijak” sehingga berjaya dimanipulasi untuk tidur di atas jalan raya sambil memegang bendera dan apakah Aishah fikir orang bijak pandai akan berkelakuan seperti itu?

Aishah patutnya tahu tentang kebodohan ahli-ahli PAS yang memegang bendera DAP dan PKR sedangkan sangat jelas bahawa DAP itu sangat anti kepada sebuah kerajaan Islam dan Melayu, manakala PKR pula sangat akrab dengan Zionis Yahud Israel.

Aishah juga patut membuka pemikirannya untuk mengkaji bagaimana dasar perjuangan PAS yang telah “dinodai” oleh DAP dan PKR di dalam negeri-negeri jajahan Pakatan Haram.

Lihat saja di Selangor bagaimana seorang pemimpin PAS yang dipecat dari jawatan Exco dan Parti semata-mata kerana memperjuangkan dasar Islam sebenar dan mempertahankan aqidah umat Islam yang terancam.

Apakah itu insiden itu semua menunjukkan PAS mempunyai cendekiawan, orang bijak dan pandai?

Apakah semua insiden itu menampakkan daya intelektual Islam yang mampu diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya oleh golongan kafir harbi dan agen Yahudi di negara ini?

Saya tidak menafikan bahawa di sepanjang lebih 50 tahun UMNO mentadbir negara bahawa parti keramat itu tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. UMNO bukanlah “maksum” sebagaimana PAS disifatkan.

Namun UMNO sanggup mengaku kesilapan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam pentadbirannya demi kepentingan rakyat. UMNO sanggup berubah dan mencipta sebuah negara yang bertamadun serta disegani oleh kawan dan lawan.

Apakah PAS mampu menyaingi pentadbiran UMNO?

Lihat saja apa yang berlaku di Perak. Dalam tempoh kurang setahun, lihatlah bagaimana Nizar “dibonekakan” oleh Nga dan Ngeh sehingga mencetus kemurkaann DYMM Sultan Perak dan menyebabkan rakyat marah padanya.

Lihat pula bagaimana Nik Aziz mentadbir Kelantan yang tidak maju-maju sama ada dari sudut pembangunan sosio-ekonomi mahupun dari sudut kerohanian atau spiritual.

Jika Nik Aziz berjaya, takkanlah hanya ada satu saja Tesco yang dibanggakan sangat oleh Menteri Besar Kelantan itu dan takkanlah ada rumah pelacuran dan maksiat berhampiran dengan pejabatnya di Kota Bharu?

Dan bandingkan pula dengan pentadbiran negeri Melaka yang mampu menjana keuntungan tahunan yang mencecah berbilion ringgit selain beberapa negeri lain seperti Johor dan Perak yang semakin maju dibangunkan oleh kerajaan BN.

Dan lihat pula di negeri Selangor yang semakin merudum dan hampir hancur dikerjakan oleh rejim Khalid Ibrahim yang “dibonekakan” oleh para pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan sebagainya.

Apakah itu yang Aishah maksudkan sebagai PAS mampu dan lebih bijak mentadbir kerajaan berbanding UMNO dan Barisan Nasional? Rasanya Aishah mungkin perlu menjalani rawatan sakit jiwa…

SUMBER MYKMU

2 comments:

Suasana Politik Malaysia said...

Dapatkan isu hangat terkini : suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Takyah cite lah pasal ikan buntal ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive