Sunday 15 January 2012

PANAS!! YB ZUL NORDIN KATA PAKATAN KENA PUKULAN MAUT??




KUALA TERENGGANU 14 Jan. – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat baru-baru ini memberi pukulan maut kepada pembangkang, kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Katanya, ini kerana selama ini mereka memalu “kompang dan gendang” menyatakan ia konspirasi yang akan berakhir dengan satu hukuman penjara yang lama.

"Gambaran yang diberi itu sama ada di dalam mahupun di luar negara ialah ia satu konspirasi yang mempunyai skrip berakhir dengan dia (Anwar) dihukum.

“Malahan kalau kita tengok ucapan dia semasa di dalam mahkamah di penutup kes pendakwaan, jelas menyatakan ini satu konspirasi dan dia memang akan dihukum.

"Tiba-tiba semua itu tidak berlaku. Keputusan mahkamah itu jelas membuktikan ia satu pembohongan dan keputusan itu merupakan satu pukulan maut kepada pembangkang.

“Bila pihak pendakwa raya merayu... kalau mereka nak katakan ini satu konspirasi, Anwar merayu di dalam kes perbicaraan itu sendiri lebih daripada 30 kali,” katanya.

Beliau berpendapat, kes itu sebenarnya satu proses perundangan yang memberi hak kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk merayu. – BERNAMA

MTK
DEPA NI BUKAN KATA MAUT,BIAQ SAMPAI JADI BANGKAI PUN TAK PA

2 comments:

Unknown said...

agak agak berapa umno bayar ke saiful baukari ?

Anonymous said...

Agak2 pasai apa hampir semua org yg dah lama dgn anuar dah cabut lari... la ni budak budak muda pulak dok piket atas jln. Psal Umno juga ka. Jam omega tak tunjuk sampai la ni pun pasai umno bayar juga ka..Anuar dibebaskan kan tak ada pulak org bising kata hakim kena bayar ka apa ka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive