Saturday 24 December 2011

TUDIAA !!! TOK BASHAH KATA DR ISMAIL PEMBOHONG !!





ALOR SETAR - Kenyataan Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh kononnya Kerajaan Pusat tidak memberi sebarang bantuan kepada mangsa banjir di Kedah adalah satu pembohongan secara langsung kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat perlu bijak menilai kebenaran di sebalik kenyataan Exco itu yang disiarkan melalui bual bicara di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, Kerajaan Pusat mengeluarkan peruntukan lebih RM2 juta termasuk mengagihkan wang sumbangan RM500 kepada 50,000 penduduk yang terlibat dalam bencana banjir tahun lalu.

“Bantuan lain turut disalurkan semasa banjir, keperluan makanan di pusat pemindahan, keperluan asas seperti tilam dan keperluan lain melalui pelbagai kementerian terlibat.

“Kita desak beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Pusat. Saya harap rakyat dapat menilai sendiri pentadbiran pemimpin Pas,” katanya kepada media selepas melancarkan penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Bashah berkata, bangunan Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun itu patut dikekalkan atas tapak wakaf asal, bukannya dirobohkan dengan diganti surau baru dalam pusat beli belah yang akan dibina.

“Jika madrasah dirobohkan dan digantikan dengan surau di pusat beli belah, ia tidak sesuai untuk dijalankan kerja keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan. Tapak ini sudah diwakafkan sejak sekian lama untuk pembinaan surau dan tindakan Kerajaan Negeri merobohkan madrasah ini tidak wajar.

“Sepatutnya Kerajaan Negeri menggunakan wang peruntukan yang diberi bagi membangunkan surau di atas tapak asal seiring dengan pembinaan pusat beli belah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mereka bukan hendak menolak pembangunan sebaliknya menyokong tindakan Kerajaan Negeri membuat pembangunan dalam kawasan itu tetapi tidak termasuk dengan usaha merobohkan madrasah.

“Saya bersama badan bukan kerajaan (Ngo) lain menyokong tindakan Majlis Agama Islam Kedah memohon penangguhan mengosongkan bangunan surau Salihiah Kanchut dari Pejabat Tanah Daerah Kota Setar serta menggesa arahan merobohkan madrasah ditarikbalik,” katanya.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa, Mansor Ahmad berkata, satu memorandum akan dihantar untuk menghalang pemaju dan Kerajaan Negeri merobohkan bangunan itu.

“Kita akan menghantar memorandum selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan kemungkinan besar turut dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Bagi tujuan mendapatkan sokongan terhadap usaha berkenaan, kita menubuhkan jawatankuasa bertindak termasuk melancarkan emel savemadrasah@yahoo.com serta membuka talian 011-14717736 untuk mengumpul ahli,” katanya.

Mansor berkata, setakat ini ia mencecah 200 orang terdiri daripada keluarga pemegang amanah. Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia.


MTK
PASAL BANTUAN PUN MAU TIPU KA?RAKYAT TAU SAPA BANTU SAPA TAK BANTU LA DR ISMAIL..RAKYAT DAH BUKA MATA SAPA PAS SEBENAQNYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive