Wednesday 21 December 2011

KASI PANAS !!! KHALID GEREJA AKUI PAS BANYAK BERGANTUNG KEPADA DAP




Pas hari ini mengakui parti itu banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej mereka daripada label ekstremis dan pelampau sebelum ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, sumbangan DAP itu banyak membantu Pas mendapatkan keyakinan di kalangan bukan Islam terhadap parti itu.

Justeru katanya, Pas sedia membantu DAP untuk memulihkan imej parti itu yang dilabelkan sebagai parti chauvinis bagi memastikan mereka sama-sama dapat memenangi pilihan raya.

“DAP banyak bantu Pas bebas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang (hudud) dan paksa orang masuk Islam. Kita (Pas) juga bantu DAP.

“Nak menang pilihan raya, Pas mesti bebas daripada imej pelampau dan DAP bebas daripada imej chauvinis,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan DAP untuk meletakkan calon mereka dari kalangan orang Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti kaum itu,Khalid berkata, pihaknya menganggap ia adalah usaha DAP membebaskan diri mereka daripada imej berkenaan.

Bagaimanapun katanya, masalah tidak timbul kerana cadangan tersebut tidak mendapat persetujuan daripada pihak Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dibimbangi akan dieksploitasi oleh UMNO.

“Kita (Pas) faham niat DAP itu. Mereka bukan nak dapat kerusi MB (Menteri Besar) dengan letak calon Melayu untuk bertanding atas tiket parti itu,” jelasnya.

MTK
KHALID,HANG JADI LA BALACI DAP SEUMUR HIDUP..BELA LAH DEPA DARIPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA SENDIRI..MEMANG BETUL CAKAP DR HASSAN ALI,HAMPA SEMUA NI DAH SESAT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive