Monday, 23 September 2013

PENGANALISIS AKUI MUKHRIZ CALON BERPOTENSI SEBAGAI NAIB PRESIDEN



Pencalonan Datuk Mukhriz Mahathir dilihat sebagai individu yang paling berkredibilti untuk memegang salah satu daripada tiga tampuk kepimpinan bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Penganalisis Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Jayum Anak Jawan berpendapat, anak kepada mantan perdana menteri itu menampilkan ciri-ciri yang diinginkan parti untuk melalui proses mendekatkan diri kepada orang muda.

"Kalau kita lihat dari segi peluang itu, parti mahukan transformasi, mahu orang baru muka baru dan mahu berhubung dengan orang muda dan oleh kerana itu, saya melihat Datuk Muhkriz adalah calon yang perlu diperhatikanlah.

Sunday, 22 September 2013

BETUL KE TAKDAK ORANG NAK JATUHKAN @MUKHRIZMAHATHIR ?? #BERANIBERUBAH




Datuk Mukhriz Mahathir menolak kemungkinan berlakunya cubaan untuk menjatuhkan beliau pada Pemilihan Agung Umno kelak oleh ketiga-tiga penyandang Naib Presiden parti itu.

Menteri Besar Kedah itu berkata jika wujud percubaan itu, bermakna ia sama sekali menyalahi Program Transformasi Politik (PTP) yang dibawa oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa itu semua kebetulan sahaja, saya tidak percaya mereka mempunyai satu pakatan (untuk menjatuhkan beliau).

"...kalau benar itu yang berlaku bermakna sedikit konflik dengan kenyataan yang mereka keluarkan sebelum ini.

PANASS !!! CHIN PENG MATI SEHARI SEBELUM 16 SEPTEMBER !!!???




Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimanapun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

PERINGATAN KEPADA SEMUA CALON YANG AKAN BERTANDING !!!





Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini.

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen- kempen secara beradab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive