Friday 22 August 2014

PUAS FITNAH NONG CHIK, INI JALANG BARU NAK MINTAK MAAF ??




Terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata buruk padahnya... ini kisah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang sudah mengaku salah, buat fitnah terhadap ahli MT UMNO Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan oleh Malaysiakini, Khamis, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berjanji tidak akan mengulangi perkataan-perkataan fitnah tersebut.

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipercayai untuk 'tutup' kes saman fitnah yang difailkan oleh Raja Nong Chik terhadapnya sebelum ini.



Julai tahun lalu, Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai,memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai 2013 melalui Tetuan Raja Riza & Associates.

Beliau menamakan Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, mendakwa Nurul Izzah, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.

Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lepas Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.

Berikut permohonan maaf Nurul Izzah:

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.-21/8/2014

AgendaDaily

7 comments:

Anonymous said...

Minta maaf????..berapa banyak kamu dah fitnah kan orang demi politik kotor kamu, sama macam bapak kamu...kamu patut letak MP kamu sebab kamu menang dengan sebab menipu rakyat..itu adalah cara maaf yang betul betul maaf yang berserta insaf...macam bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi...letak jawtan MP kamu dan balik kepada ugama suci kamu untuk hidup demi masa masa akan dating kamu...emak bapak kamu menipu...kamu tak perlu menipu untuk hidup bahagia dunia akhirat..letak MP kamu pulangkan kepada rakyat lembah pantai untik memileh wakil mereka...aku pengundi lembah pantai dan menolak mu sejak awal sebab kamu anak penipu..

Anonymous said...

Mengapa dilepaskan begitu saja? Nasi dah jadi bubur. Nama dah rosak, undi dah kalah oleh fitnah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... mengapalah orang UMNO terlalu lembik.

Anonymous said...

Orang UMNO sahaja yang selalu kesian kat orang. Orang lain tak pernah kesian kat UMNO. Bila tiba pilihanraya mereka fitnah UMNO kaw-kaw.

Unknown said...

Tak apa Allah ada...itu sb hinga skrng mreka tak dpt mrintah.Pernilaian Allah maha smpurna.

Anonymous said...

ini orang yg PAS sayang & agungkan atas dalil 'TAQIYAH SUNAT' utk ISLAM PAS kononnya. menangnya mereka itu(PR) atas dasar zalim dlm fakta, memberi hokum yg salah kpd UMNO,ditambah dendam kesumat komunis DAP dlm politik, ilmiah yg x cukup matang di kalangan ulamak mereka & tidak menghargai nikmat kemerdekaan Negara disaat Negara lain sedang menuju kehancuran. Ya Allah hidayahMU kpd pimpinan UMNO utk agamaMU bangkit utk ISLAM sejagat.

Anonymous said...

selangor untuk anak selangor bukan
orng peneng.

Anonymous said...

selangor untuk anak selangor bukan
orng peneng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive