Sunday 29 June 2014

HOT !!! PM @NajibRazak ZIARAH HADI AWANG !! SAHIH GENG ANTI UG PANAS TENGOK GAMBAR NIE



Perbezaan fahaman dan parti politik bukanlah penghalang untuk menjalinkan hubungan baik yang sesama umat Islam.

Itulah yang dapat dilihat menerusi kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan kerana masalah kesihatan, hari ini.



Beliau meluangkan masa sekitar 45 minit berbual bersama Abdul Hadi bermula jam 12.30 tengah hari tadi.

“Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.


Sebelum ini YAB PM telah menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Turkey supaya memastikan Presiden PAS itu mendapat bantuan yang sepenuhnya selepas mendapat berita Presiden Pas dimasukan ke Hospital kerana mengalami sesak nafas semasa berada di situ.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive