Wednesday, 9 April 2014

PANASS !!! KEM AZMIN BOCOR RAHSIA PEREMPUAN SIMPANAN KHALID IBRAHIM ??



Betulkah berita yang dilaporkan oleh FMT semalam berkenaan seorang perempuan simpanan MB menuntut wang berjumlah RM 3 juta itu adalah perempuan simpanan Menteri Besar Selangor ??

Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau. – Free Malaysia Today




Menurut sumber 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

Mengapa berita ini dikeluarkan semasa pemilihan PKR akan berlangsung tak lama lagi dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Secara teorinya adakah cerita 'skandal' Khalid Ibrahim ini mempunyai kaitan langsung dengan kem Azmin Ali ??

Sambung baca di SINI

1 comment:

Katak Comel said...

makin huru hara pembangkang nie.. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive