Tuesday 11 March 2014

PANASS !!! PASUKAN PENYIASAT CHINA TUMPU KEPADA JURUTERBANG #MH370 !! #PRAYFORMH370




Sumber dalaman pasukan penyiasat China dalam kes kehilangan misteri MH370 memberitahu Mynewshub, pasukan itu turut memfokuskan penyiasatan mereka terhadap juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Fokus itu berikutan tindakan juruterbang berkenaan membina alat simulasi penerbangan sendiri di rumahnya.

“Apakah tujuan seorang kapten kapal yang sudah berpuluh tahun berkhidmat dan memiliki 18,000 jam lebih masa penerbangan mencipta alat simulasi sendiri di rumahnya?

“Apakah dia tidak puas lagi menaik dan menurunkan kapal terbang atau dia sedang berlatih untuk mendaratkan kapal di kawasan luar landasan sebenar, semua aspek itu perlu diambil kira” kata sumber itu dalam perbualan melalui telefon.


Sebelum ini, data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Lebih menimbulkan misteri ialah tiada sebarang panggilan kecemasan yang dibuat kapten kapal berkenaan dan masuk hari ke-4, belum ada satu serpihan kecil pun yang ditemui.

Sehingga kini, segala bukti memperlihatkan kapal terbang berkenaan memang tidak meletup di udara.

Manakala dakwaan seorang nelayan tempatan yang melihat sebuah kapal yang menepati deskripsi MH370 terbang rendah pada malam kejadian turut menimbulkan spekulasi apakah ia cuba mengelak dari dikesan oleh radar.

Laporan ahli keluarga warga China dikatakan berjaya menghubungi telefon bimbit milik abangnya yang dikatakan berada di atas MH370 menambahkan lagi misteri dan menarik minat pasukan penyiasat China.

Telefon berkenaan yang dikatakan berdering kemudian seperti dijawab namun kemudian terus terputus tanpa ada kedengaran apa-apa suara.

Ahli keluarga berkenaan dikatakan telah memaklumkan mengenai perkembangan itu di dalam laman web MAS dalam satu ruang perbincangan dan siasatan berkenaan perkara itu dijalankan oleh syarikat penerbangan terbabit.

Kejadian itu turut dilaporkan oleh laman web LiveLeak.com.


“Banyak perkara yang menimbulkan keraguan, sebab itu pasukan penyiasat China telah meminta semua maklumat berkaitan kapten kapal tersebut daripada kerajaan Malaysia,” katanya.

Sumber itu bagaimanapun menegaskan, siasatan itu adalah rutin yang perlu dilakukan dan pihak itu bukan melamparkan tuduhan ke atas kapten berkenaan.

“Aspek ini perlu dipertimbangkan, memandangkan begitu banyak misteri yang menyelubungi kehilangan kapal berkenaan,” katanya.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.

Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.

Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Hairan betul si perisik Amerika CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS) asyik nak mebidas teori letupan - apa yg. mahu disembunyikan mereka; kemungkinan DRONE digunakan?!

Ini satu lagi berita yg. harus diTELITI! Saya syaki ini salah satu sebab utama penerbangan MAS ini disasarkan kerana kehadiran sekaligus, 12 jurutera/pakar dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting dlm industri microchip , dr. syarikat Freescale Semiconductor, dlm penerbangan tersebut! Disyaki Mossad-CIA tidak akan berdiam diri dgn. pakar Bukan Barat terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini (Llhatlah bagaimana Mossad telah membunuh ramai saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8, Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists, Vincent Trivett, Aug. 5, 2011).

Lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/:

Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says

March 10, 2014

SAN FRANCISCO: Employees of Freescale Semiconductor who were on a Malaysia Airlines flight presumed to have crashed were doing sophisticated work at the U.S. chipmaker, a company spokesman said on Sunday.

The 20 Freescale employees, among 239 people on flight MH370, were mostly engineers and other experts working to make the company's chip facilities in Tianjin, China, and Kuala Lumpur more efficient, said Mitch Haws, vice president, global communications and investor relations.

"These were people with a lot of experience and technical background and they were very important people," Haws said. "It's definitely a loss for the company."

None of Austin, Texas-based Freescale's most senior executives were on board the Boeing Co 777-200ER airliner that vanished from radar screens about an hour after it took off from Kuala Lumpur for Beijing on Saturday.

The employees who were on board, 12 from Malaysia and eight from China, came from a range of disciplines and they were part of a broad push by Chief Executive Officer Gregg Lowe to make Freescale more efficient and cost effective, Haws said.

Top-quality engineers are hard to come by for chipmakers and other technology companies, and losing them can have a major impact on business, regardless of their seniority.

While the employees on the flight account for less than 1 percent of Freescale's global workforce of 16,800 people, they were working toward the same goals and their loss will reverberate throughout Freescale, Haws said.

They had been streamlining facilities in Tianjin and Kuala Lumpur that Freescale uses for testing and packaging microchips used in automobiles, consumer products, telecommunications infrastructure and industrial equipment.

On Sunday, Freescale was organizing transportation and accommodation for the 20 staff members' families, as well as providing grief counseling, Haws said.

One of the chipmaker's long-time competitors, Texas Instruments, tweeted on Saturday: "We extend our condolences to the families and coworkers of the @Freescale employees aboard Malaysia Airlines flight MH370."- Reuters

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive