Saturday 9 November 2013

ESKLUSIF !! WARGA LANGKAWI PERMATA KEDAH PERLU PERHATIAN @NajibRazak @HishammuddinH20



Warga Langkawi Permata Kedah betul betul memerlukan perhatian daripada YAB Perdana Menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin dimana mereka sekali lagi ditindas oleh pengusaha Ferry Langkawi apabila syarikat terbabit menaikkan harga tiket sebanyak RM 3 kepada penduduk Langkawi.


Sebelum tahun 2011, penduduk Langkawi menikmati diskaun khas harga tiket sebanyak RM 3, tetapi syarikat terbabit telah melanggar persetujuan dengan kerajaan apabila menarik balik diskaun khas tersebut pada September 2011..

Walaubagaimanapun, pada tahun 2012, YAB TPM telah mengarahkan syarikat konsortium terbabit mengekalkan diskaun RM3 kepada warga Langkawi, namun kini syarikat konsortium terbabit dikatakan akan memansuhkan diskaun RM 3 berkuatkuasa serta merta pada 15/11/2013..







Penduduk Langkawi berasa amat kecewa dengan tindakkan syarikat konsortium terbabit dan satu demonstrasi aman membantah kenaikkan harga tiket ferry akan diadakan hari ini 9/11/2013 jam 3 petang bertempat di parking bas jetti Langkawi berhadapan kaunter tiket..

Kepada warga Langkawi, ketepikan fahaman politik, hadirlah beramai ramai bantah kenaikkan harga tiket.. Ingat, syarikat konsortium sudah buat perjanjian dengan kerajaan untuk berikan diskaun khas kepada warga Langkawi..

Jangan biarkan Tokey tokey ferry cinabeng ni suka hati nak naikkan harga tiket ferry..

Kepada YAB DS Najib dan DS Hishammudin, Langkawi adalah salah satu kubu kuat BN.. Jadi tolong dengar keluhan hati warga Langkawi Permata Kedah.Dan Langkawi juga antara salah satu Pulau yang banyak menyumbang kepada hasil negara..

Kenyataan TPM pada tahun 2012 berkenaan diskaun tiket ferry

TPM mahu syarikat feri beri diskaun kepada penduduk Langkawi
2012/09/07

LANGKAWI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta syarikat pengendali feri di Langkawi supaya melaksanakan sepenuhnya pemberian kadar tambang istimewa kepada penduduk pulau itu.

Katanya, pemberian diskaun feri kepada penduduk Langkawi sudah lama dipersetujui kerajaan dan kerana itu beliau mahu pemberian diskaun sepenuhnya dikuatkuasa serta merta.

"Kalau mereka tak buat kita boleh ambil tindakan kepada konsortium feri terbabit. Dulu waktu tak ada konsortium mereka bersaing (letak harga rendah) tapi bila dah ada konsortium mereka letakkan harga. Jangan hisap darah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, hari ini.

Sebelum September 2011, penduduk Langkawi menikmati diskaun harga tiket sebanyak RM3 daripada harga asal RM23 bagi laluan Kuala Kedah dan RM13 bagi Kuala Perlis.

Bagaimanapun, bermula September 2011, kadar istimewa bagi penduduk Langkawi tidak lagi terpakai pada waktu cuti sekolah, curi umum, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Selain itu, sebelum ini pesara, warga emas dan pelajar serta orang kurang upaya diberikan kadar tambang kanak-kanak iaitu RM17 bagi laluan Kuala Kedah dan RM13 bagi Kuala Perlis tetapi kini tidak diberikan langsung.

Muhyiddin berkata masalah feri itu sudah lama menjadi masalah yang menyebabkan kos bebanan kepada penduduk Langkawi yang selalu berulang alik ke tanah besar.

"Saya minta Kementerian Pengangkutan kuatkuasakan sepenuhnya. (Kerajaan) dah putuskan (harga tiket istimewa) lama tetapi tak dikuatkuasakan sepenuhnya. Sekarang perlu dilakukan dalam sehari dua. Kita akan pantau," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika ada rakyat merasakan konsortium yang dibentuk syarikat feri itu adalah satu bentuk kartel atau monopoli, mereka boleh membuat aduan kepada Suruhan Persaingan.

"Dulu mereka syarikat yang bersaing. Bila bentuk konsortium berpakat letak harga daripada RM10 kepada RM23. Itu boleh jadi kartel. Kita dah ada undang-undang di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Akta Persaingan ini untuk wujudkan persaingan yang sihat. Jangan ada monopoli atau kartel, disebabkannya pengguna dibebankan dengan kos lebih tinggi daripada sepatutnya. Mereka boleh mengadu kepada suruhanjaya untuk menyiasat jika konsortium naikkan harga, perkhidmatan tak baik, kerusi rapat dan pengguna tunggu berjam-jam untuk dapat tiket," katanya.

Isu perkhidmatan feri di Langkawi dibangkitkan Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dalam ucapannya pada majlis itu. - BERNAMA

MTK
Jangan Menteri Ayam Komen ' berenang kalau harga tiket mahal' sudahlah

1 comment:

Anonymous said...

Kan kita ada syarikat feri Bumiputera kepunysan Ku Azahar....tak kan dia pun ikut telunjuk cina juga? Ataupun dyarikat tu punnn alibaba juga, nama saja hak Melsyu tapi cina yg punyaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive