Monday 7 October 2013

AKHIRNYA @tunfaisal DIBENARKAN BERTANDING MT !! #TF4MT



Selepas beberapa minggu menanti keputusan sama ada permohonannya diterima atau tidak untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi, akhirnya terjawap..

Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini dibenarkan semula bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan 19 Oktober ini, selepas nama beliau ditolak sebelum ini.



Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkannya di sini hari ini berkata, Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda UMNO dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.

Sebelum ini, Tun Faisal dan seorang lagi calon MT, Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut.

Ini berikutan, mereka berdua tidak pernah menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat bahagian, iaitu prasyarat utama untuk bertanding mana-mana jawatan dalam MT. - UTUSAN ONLINE

Syukur Alhamdulillah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive