Wednesday 12 June 2013

SEORANG LAGI SUSPEK HINA YDP AGONG AKAN SERAH DIRI



Seorang lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu' adzam Shah, dijangka menyerah diri Sabtu ini selepas pulang dari luar negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, polis dimaklumkan wanita itu akan memberi keterangan kepada polis sejurus tiba di negara ini.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.



Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda pada hari itu, dan turut menerima respons yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan FBnya.

Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun FB itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive