Monday 27 May 2013

TUDUHAN BAFIA !! KENAPA RAFIZI GELABAH MINTAK KETEPIKAN TUDUHAN ??




Agak lambat untuk aku mengulas kes BAFIA yang dikenakan terhadap Rafizi Lembu..Bila terbaca balik laporan di media baru perasan Mahkamah menolak permohonan Rafizi untuk ketepikan tuduhan BAFIA yang dikenakan terhadapnya..

Sekarang ni baru aku tau sebab apa Rafizi gelabah nak mintak Mahkamah ketepikan pertuduhan. Denda RM 3 juta serta penjara 3 tahun atau kedua dua sekali menantinya..

Kalau betul salah, Kerusi Parlimen Pandan dah tentu dikosongkan..Sebab denda Si Rafizi ni melebihi denda yang sepatutnya untuk dikekalkan sebagai wakil rakyat..

Terlalu awal mamat lembu ni nak ketepikan tuduhan.sebab isu ni antara dia dengan syarikat dan bank..

Bukti bukti semuanya kukuh..So mat lembu ni dah tak boleh lari..Aku harap mat lembu ni tak lupa dengan slogan lawan tetap lawan bos dia..Jangan nak jadi penakut belum apa apa lagi dah nak mintak mahkamah ketepikan pertuduhan..



Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang berikutan saksi pendakwaan masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh membuat keputusan bahawa tiada kes prima facie hanya berdasarkan kepada keterangan sebelah pihak Mohd Rafizi.

"Terlalu awal juga untuk pemohon (Mohd Rafizi) menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah 'mala fide' (berniat jahat), bermotifkan politik dan sebagainya.

"Afidavit jawapan yang difailkan oleh responden antara lain menyatakan bahawa terdapat bukti dalam bentuk keterangan langsung dan dokumen mengenai pertuduhan ke atas pemohon (Mohd Rafizi)," katanya.

Sehubungan itu, Ghazali berpuas hati bahawa tidak berlaku ketidakadilan undang-undang apabila Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk mendakwa Mohd Rafizi di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata mahkamah juga tidak boleh mempersoalkan tindakan Timbalan Pendakwa Raya yang mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan ini mahkamah menolak permohonan pemohon (Mohd Rafizi) dan memerintahkan kes di Mahkamah Sesyen diteruskan tanpa sebarang kelewatan," katanya.

Peguam R.Sivarasa yang mewakili Mohd Rafizi kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada Isnin ini.

Beliau juga memohon supaya prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ghazali membenarkan permohonan itu.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Dia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 1 Ogos lepas mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 10 September lepas, Mohd Rafizi memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan pertuduhan ke atasnya atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen bermotifkan politik.

1 comment:

Anonymous said...

Harap hakim jujur dan amanah menjlnkan tugas. Jika bersalah harus dihukum. Semoga Allah menunjukkan kpd kita semua.

Jika hakim muslim..ingat umur dah tua..kematian menanti anda.......

Yg bersalah wajib dihukum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive