Thursday 19 July 2012

PANASS !!! LEPAS KERAJAAN PAS KEDAH JUAL SAHAM FGVH, TAMBANG KERETA KABEL TERUS NAIK !!!


MTK tidak setuju dengan cadangan baru kerajaan Pas Kedah dengan mengenakan caj sebanyak RM 3 untuk setiap pengunjung yang menaikki kereta kabel Gunung Mat Chinchang Langkawi..

Sebagai kerajaan berkebajikan, Pas sepatutnya mencari jalan terbaik untuk mengurangkan kos rakyat bukannya menambahkan lagi beban..

Walaupun Langkawi adalah tempat perlancongan kerajaan Pas tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan caj tambahan kepada pengunjung..

Jika satu keluarga besar seramai 5 hingga 7 bilangan ahli keluarga maka mereka terpaksa membayar caj tambahan sebanyak RM 21 sebagai cukai kepada kerajaan.



ALOR SETAR - Kerajaan Negeri meluluskan cadangan untuk mengenakan caj RM3 kepada setiap pengunjung yang merentasi hutan menggunakan kereta kabel di Gunung Mat Chinchang, Langkawi dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pengurusan kereta kabel kini diambil alih Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dari Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.

“Kita minta operator kutip (caj RM3) untuk pihak kita dan ini akan diuruskan oleh pihak kewangan negeri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Jumlah caj tambahan itu pula sama dengan jumlah 2 tiket untuk kanak kanak..Tidakkah itu satu membebankan ?? Sudahlah kerajaan negeri lepas tangan dalam kenaikkan tambang feri sebelum ini..

Kenapa Kerajaan Pas Kedah terpaksa cari lagi wang untuk kantung kerajaan negeri? Bukankah Pemimpin Pemimpin Pas bermegah dengan kejayaan mereka mengurus pentadbiran dengan baik sehingga berjaya melipat kali gandakan hasil kerajaan negeri?

Langkawi adalah sebuah pulau bebas cukai yang saban tahun berjaya menambah jumlah kehadiran pengunjung..Setiap minggu jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis mesti sesak dengan kehadiran pelancong luar untuk ke Pulau langkawi..

MTK harap kerajaan Pas Kedah timbang balik kadar caj bayaran itu..Kalau setakat RM 1 rakyat boleh terima lagi..Kalau RM 3 tu memang tak relevan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive