Sunday 19 August 2012

JASAD MAYAT BALIK RUMAH SETELAH BEBERAPA TAHUN DI KEBUMIKAN




Di Kampung Toradja (Indonesia), terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yang berbukit bukau. Jika ada kematian di Kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut..






menurut sumber yang x dapat kepastian betul or tak.....dan terdapat pelbagai versi...

ceritanya lebih kurang gini...
Alkisah...kononnya di sebuah gua di kampung Sillanang,Toradja,Sulawesi Selatan,Indonesia..sejak tahun 1905..diorang ada terjumpa mayat yang tak rosak,tak busuk hingga sekarang...yang menghairankan,mayat tu tak di awet dengan bahan apa-apa pun....berbanding masyarakat Mesir purba dulu kala....

So...dari situ diorang dah suspek yang gua tu mempunyai zat yang boleh mengawetkan manusia....
di samping tu..ada jugak mayat yang boleh berjalan..macam orang hidup!
mayat tu akan berjalan terhentak-hentak..macam robot daa...dan semasa perjalanan tu mayat diiringi oleh orang yang akan mengawalnya pulang ke rumah....

mayat tu hanya berjalan...bukannya hidup balik ya!
okey...kenapa boleh jadi begitu....kononnya lagi...masyarakat Toradja ni suka berjalan ke gunung-gunung,bukit bukau,gaung-gaung dengan hanya berjalan kaki....so..mungkin dalam perjalanan tu ada yang jatuh sakit dan mati....yelah..perjalanan jauh kan..

penempatan mayat

nak di jadikan cerita,masyarakat Toradja ni sangat menghormati roh masyarakat dia kalau mati...dan diorang x suka tinggalkan mayat tu bersemadi di luar daerah tempat diorang...
maka kononnya..telah di cipta satu ilmu sihir atau ilmu hitam atau juga upacara memuja yang akan membuatkan mayat tu balik sendiri kalau mati di dalam perjalanan....

senang cerita,upacara tu di buat sebab xnak susahkan orang kampung..tak perlulah nak angkat mayat tu! dah la jauh kat bukit bukau..gunung- ganang....
cuma pantang larang upacara tu..tak boleh sentuh mayat,nanti dia xboleh jalan sendiri...!
menurut kepercayaan masyrakat Toradja ni..xde bezanya antara hidup dan mati...orang yang mati pun bermasyarakat...jadi diorang dah buat satu penempatan untuk mayat-mayat..

sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive