Friday 16 December 2011

TUDIAA!! PAS NAK LETAK CALON TIONG HUA BERTANDING??



KUALA TERENGGANU 16 Dis: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPPP) mencadangkan agar calon Tionghua dari Pakatan Rakyat diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
(Vincent Lee menyerahkan borang baru keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran semalam, 15 Disember.)
Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee berkata pada pilihan raya akan datang calon dari kaum Tionghua wajar diketengahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, Kuala Terengganu.

Kata beliau, strategi politiknya peluang Pakatan Rakyat menang di Dun Bandar agak cerah jika calon Pakatan Rakyat dari kaum Cina menentang calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).

“Kami (DHPP) telah buat sedikit kajiselidik di negeri ini, pengundi Tionghua ada 38 peratus di Kuala Terengganu.

“Kami mencadangkan supaya PAS-Pakatan Rakyat dapat kemukakan calon Cina untuk menentang calon MCA dari Barisan Nasional sebagai strategi politik kita,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat DHPP Pusat kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Terengganu, Ariffin Deraman di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 15 Disember lalu.

Menurutnya, jika PAS-Pakatan Rakyat dapat mengetengahkan calon tersebut akan memberi impak besar kepada sokongan pengundi tionghua di daerah-daerah lain di negeri ini.

Ini kerana, katanya senario politik kaum Tionghua di Terengganu agak berbeza dengan negeri-negeri lain di pantai barat.

“Saya bukan hendak ‘mengajar’ orang Terengganu tetapi strategi politik yang saya lihat kepada kaum Cina di negeri ini berbeza dengan negeri lain di pantai barat.

“Mereka (pengundi) rasa hanya ada satu peluang kepada orang Cina untuk ada ‘suara’ yang mewakili mereka di dewan (Dun) dan ini perlu kita (PAS) ambil perhatian,” jelasnya.


Menurutnya, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat kembali memerintah Terengganu agak cerah jika kena dengan strategi politik semasa.

Kata Vincent, hakikatnya pengundi Tionghua telah bosan dengan calon MCA-BN tetapi seolah-olah tidak ada pilihan lain.

“Kami (DHPP) sangat berharap supaya PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu mengambilkira senario dan strategi politik untuk menang PRU ke-13 akan datang,” tegasnya.

Selain itu, katanya kaum bukan Islam (Cina dan India), pengundi muda, orang miskin dan golongan wanita antara penentu kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya.

Pada PRU ke-12, calon MCA-BN, Dato' Toh Chin Yaw mengalahkan calon PKR, Dr Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi di Dun Bandar yang mempunyai peratusan pengundinya Melayu 60.41 peratus, Cina (38 peratus), India (1.13 peratus) dan lain-lain (0.43 peratus).

Sempena kunjungan tersebut Vincent Lee menyerahkan 4,000 borang keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran serta disaksikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, Pengarah JPN PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.HARAKAH




MTK 
Nak kira lagu mana ni,dhpp satu sayap baru dalam pas dah mula mintak nak letak calon tionghua,bila kempen takkan nak cakap pangkah calon tionghua masuk syorga..pelik la perjuangan pas ni.terang2 dah memang terpesong jauh dari landasan.


Pas di lihat sanggup berbuat apa saja,demi undi kepada mereka.Kalau di lihat undi melayu kepada mereka sudah jatuh merudum.


Pas makin hanyut terpengaruh dengan syaitan syaitan dap dan pkr.Dalam hal ini pas sanggup buat apa saja untuk undi dan dhpp mengambil mengambil kesempatan meletak calon mereka..

1 comment:

Jangan Kelentong said...

Sakit hati aku. bila tengok Tin BEER Hijau bersama Bendera PAS. Walaupun Aku tak Sokong parti PAS, tapi aku benci Orang bukan ISLAm perlekeh Orang ISLAM. Malu lah orang PAS.. Pangkah PAS masuk Surga..satu fitnah yang sangat besar. Apa dah jadi..Orang bukan Islam jadi ADUN parti PAS dan Pangkah PAS masuk Syurga.. Tuan Ulamak semua boleh gerenti ker..Mana Tarbiah Pas untuk orang bukan ISLAM....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive