Sunday, 25 November 2012

KPM jawab tiga isu permintaan Pertubuhan Dong Zong Super Rasis !!!




Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015 tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang wujud di negara ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

KPM malahan akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan, katanya.

"Kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) juga djamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ini dikukuhkan dengan penyataan di dalam PPPM Bab 7 muka surat 7 hingga 16," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjawab isu yang diutarakan dalam memorandum daripada Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini.

Seramai 20 orang wakil Dong Zong yang diketuai oleh Pengerusinya Dr Yap Sin Tian telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz 26 Sept lalu.

PANASS !! AHLI PARLIMEN PAS CERAIKAN ISTERI KERANA ORANG KE 3 ??




Mtk nak cerita mengenai seorang ahli parlimen Pas yang nak bercerai dengan isterinya. Dahsyat-dahsyat, panas nih. Ahli Parlimen PAS Jerai, YB Mohd Firdaus Jaafar, akan menceraikan isterinya tidak lama lagi.

Dia telah pun berjumpa dengan peguamnya dan memfailkan perceraian, dan pada 27 November 2012 ini, mereka berdua akan naik ke mahkamah bagi menuntut cerai secara sah! Giloss..

Dengar cerita, dah lama si Firdaus ni nak bercerai. Biasa la MP Pas, bila dah ada duit banyak, ada kuasa, lupa diri la.

Dari terus bergaduh dan pukul bini, baik bercerai ja, betul tak?

Sambung baca kat SINI

TUDIAA !! PAKATAN REPUBLIK ANJUR DEMO BOGEL




Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia.

Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012, sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas.

Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

PANASS !!! KERAJAAN PR KEDAH DAN PULAU PINANG MEMANG TAK SEPAKAT !!! AZIZAN PEMBOHONG BESAR


Sebelum ini dalam pembentangan bajet 2013 Kedah, MB Kedah berkata bahawa Kerajaan negeri akan mengutip hasil dalam angaran 40juta dari Kerajaan Dap Pulau Pinang kerana mengunakan sumber air mentah yang di ambil dari Sungai Muda..

Dalam sesi perbahasan dalam sidang dun yang lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid bangun mencela bertanyakan soalan kepada pihak kerajaan adakah kerajaan Dap Pulau Pinang akan membayar sumber bekalan air mentah itu sedangkan guan eng sendiri tidak setuju untuk membayar..

YB Anak Bukit dengan bersungguh sungguh mengakui bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang akan membayar melalui perbincangan yang akan diadakan antara exco kerajaan negeri Kedah dengan Guan Eng..

Namun pekara ini menjadi semakin rumit apabila Guan Eng sekali lagi menafikan bahawa kerajaan Pulau Pinang akan membayar pembelian air mentah dari Kedah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive