Thursday 24 October 2013

#PRKSgLimau !!! CALON PAS BUKAN SEDARA ARWAH AZIZAN TETAPI SEPUPU KEPADA PHAHROLRAZI !!!! @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal @Tunfaisal




Calon Pas iaitu Azam Abdul Samat mempunyai pertalian darah dengan Phahrolrazi, beliau dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah.

Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh mencacatkan kempen Pas di Sungai Limau kerana semua sudah maklum bahawa semasa Kedah ditadbir oleh Pas, Phahrolrazi antara petualang yang menjahanamkan pentadbiran arwah..

Selepas Pas kalah di Kedah, Phahrolrazi melepaskan jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya 1 kerana tidak sebulu dengan Mahfuz.. Perletakkan jawatan itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.



Mungkin sebab itu saudara Azam Samat dipilih bertanding di Sungai Limau... Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Ust Azizan MEMPERTIKAIKAN tindakkan calon Pas tergamak BERBOHONG kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah..

Keluarga arwah juga kesal kerana calon pas mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon Pas ini merupakan salah seorang yang menetang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam diam..

Pas nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Ust Azizan untuk undi simpati.. Gambar calon Pas dengan arwah pun Pas terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokonga...Hakikatnya Calon Pas Prk Sg Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive