Kesian aku tengok macai Anwar si Sgobi duk melalak salahkan Polis sebab tak ambil tindakkan kat Yb Zul dimana video yang tersebar baru baru ni dikatakan menghina kaum India..
Tetapi maklumat yang aku dapat 2,3 hari lepas dari Ramesh Rao mengatakan bahawa video itu sebenarnya dirakam ketika Yb Zul didalam Parti Pas dan ceramah itu pun dihadapan penyokong Pas..
Pekara ini diakui sendiri oleh Yb Zul dalam akhbar Utusan Malaysia..
Rakaman itu dibuat 12 tahun lalu. Ia tidak ada kaitan dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia)."
Demikian ulasan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berhubung penyebaran rakaman video yang memaparkan kononnya beliau memberi komen negatif terhadap penganut agama Hindu.
Menurut beliau, rakaman itu tidak ada kaitan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dianggotainya sekarang kerana ia dibuat 12 tahun lalu.
"Mengapa pihak yang menayangkan rakaman video itu tidak memaparkan lokasi dan penonton ceramah tersebut, sedangkan saya berceramah lebih lima minit dan diadakan di markas parti Pas dan penontonnya ahli Pas sendiri, bukannya ahli Perkasa.
"Saya ingin memberi amaran kepada pihak tertentu jangan terus memburukkan nama saya, kelak segala rahsia buruk mereka akan terbongkar dan mereka tidak boleh menunjuk muka kepada masyarakat lagi," katanya ketika menyampaikan ceramah, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rakaman video bertajuk "Zulkifli Nordin (PERKASA) menghina agama Hindu" yang dimuat naik di laman YouTube beberapa hari lalu.
Zulkifli menyifatkan usaha menyebarkan video tersebut sebagai taktik pihak yang bankrap idea serta mahu memburukkan namanya. -Utusan
No comments:
Post a Comment