Tuesday 31 December 2013

SEMUA PEMIMPIN PEMIMPIN PEMBANGKANG BUAT HALAL BELAKA !!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelum ini membeli Toyota Camry untuk kegunaan diri dan para exconya berberapa bulan lalu, akan mula pula menggunakan W221 Mercedes-Benz S300L yang mana harga ‘on the road’ kereta itu adalah sekitar RM560,000.

Ketika mereka menghasut rakyat supaya turun berdemo gulingkan kerajaan BN, pemimpin pakatan tanpa segan silu menayang harta harta baru untuk kegunaan mereka, harganya pula bukan sedikit tapi mampu menyediakan berpuluh buah rumah kos rendah.

Tapi tak pula penyokong mereka membantah tindakkan pemimpin mereka?


Selangor dan Pulau Pinang menyaksikan peningkatan cukai, gaji, lesen lesen perniagaan yang amat ketara, tapi tak ada seorang pun pemimpin pmbangkang ataupun penyokong mereka membantah.. Kenapa??

Monday 30 December 2013

ANAK MALAYSIA MAMPU JELAJAH BENUA AFRIKA HANYA MENUNGGANG KAPCAI



Seorang guru membuktikan dengan semangat ‘Malaysia Boleh’ segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) se orang diri.

Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 Nov lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu.

“Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

DEMONSTRASI !! TANGKAP, LEPAS, DAKWA, DAN DIBEBASKAN



Episod demonstrasi pembangkang ini tiada kesudahan. Penyokong kerajaan boleh bising 24 jam sehari pun, ada lebih 1000 laporan polis, ada peniaga yang merayu agar perhimpunan yang dirancang malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka tidak diadakan, namun tengok pada gaya, semua sudah set, langgar tetap langgar.

Hakikatnya, walaupun pedih untuk diakui, penyokong kerajaan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa untuk halang pembangkang nak tunjuk kuat.

Mereka adalah minoriti yang bersuara dan bertindak. Seperti kata Pemimpin Besar Perancis Napoleon Bonaparte, 10 tentera yang bercakap (buat bising), akan lebih didengari dari 10,000 tentera yang diam.

KOMA !! MICHAEL SCHUMACHER KINI BERTARUNG NYAWA



LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis.

Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, di negara itu.

Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm.

Sunday 29 December 2013

PANASS !!! MENTERI MANA DAH JADI BAPAK AYAM NIE ??

Sekadar hiasan

Inilah antara menteri satu satunya yang sering kali membuat kenyataan tahap bapak ayam. Dilantik menteri KPDNKK bukan untuk menjaga penguna(rakyat) sebaliknya memperlecehkan rakyat.

Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal penguna, beliau kena turun pantau kenaikkan harga barang bukannya membuat kenyataan rakyat Malaysia menyokong kenaikkan harga barang.

Saturday 28 December 2013

PANASS !!! VIDEO PERJUMPAAN TERTUTUP ANWAR DENGAN KEPALA KEPALA SAMSENG ??



Apa kata malam ni kita layan video kat bawah ni..

TEAM BOLA KEDAH !! TAK PAYAH TUKAR LOGO, TAK PAYAH TUKAR JERSI !!



Dah alang alang geng penyokong bola sepak Kedah hat macam katak duk bawah tempurung tu tak mau logo KFA di 'new branding'kan oleh kerajaan, aku rasa jersi bola, kasut, stoking pun tak payah tukar jugak.. Pakai ja sama macam team Kedah awal 90an.. Sebab dah puak cerdik pandai yang duk komen buta tuli ni nak Team Bola Kedah seperti zaman kegemilangan macam dulu dulu..


Cuba tengok JDT, rakyat depa yang dulu tak minat bola terus jadi fanatik bola.. Boleh kata tiap tiap game stadium penuh.. penyokong JDT sanggup travel ke negeri negeri lain semata mata nak bagi sokongan..Padahal team JDT tak la kuat mana pun.. Tapi sebab branding JDT tu membuatkan nama pasukan itu GAH..

Dulu masa musim Kedah berada di liga perdana adakah ahli ahli kelab penyokong Kedah yang duk menyalak macam tutttt pi sokong ??Tak payah duk sembang deraih la kalau setakat mai stadium pun mintak tiket chemey kan..

Kekuatan Team Bola Kedah bukan terletak pada Logo tapi terletak pada pengurusan dan pemain.. Tengok dulu pretasi team baru ini, kalau tak ok jugak baru tegur..

Friday 27 December 2013

PANASS !!! RANCANGAN PKR LETAK BOM DI HIMPUNAN 3112 BOCOR ??!!


Masih ingat kejadian letupan bom di himpunan 901 2 tahun lalu??

Kemungkinan perkara yang sama akan terjadi pada himpunan 3112 yang akan dianjurkan oleh PR ujung tahun ini.

Blog Unspinners mendedahkan kandungan emel yang dihantar oleh Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli..

Baca seterusnya di blog The Unspinners

PANASS !!! MAT SABU TAK PERNAH SOLAT JUMAAT KETIKA KEMPEN PRU 13 DI PENDANG ??



Video ke 3 pendedahan kaitan mat Sabu dengan syiah. Menurut Pengasas Pondok Bukit Kobah Ustaz Ashiq Elahi Md Desa menceritakan pula bahawa Mat Sabu tidak pernah solat jumaat ketika kempen PRU 13 di Pendang tempoh hari.

TERNYATA OTAK AYAHANDA TUN M MASIH GELIGA DARI MENTERI PENASIHAT CAP AYAM @NAJIBRAZAK



Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

Thursday 26 December 2013

BALUT KERANDA DENGAN BENDERA PAS UNTUK LEPAS AZAB KUBUR ???


Balut bendera Pas atas keranda bukan Islam bukan perkara baru, malah sebelum ini pun berlaku perkara yang sama di Kedah apabila salah seorang ketua DHPP berbangsa cina yang mati membawa baju DHPP yang mempunyai logo Pas ke dalam keranda, ada yang kata lelaki berkenaan mahu terlepas dari azab kubur [KLIK SINI]

VIDEO KE 2 !! PENDEDAHAN KAITAN MAT SABU DENGAN SYIAH !! SOLAT ATAS BATU ??





Sambungan dari video pertama semalam yang dikeluarkan [ KLIK ]. Untuk video kali ini pula, Ustaz Ashiq Elahi Md Desa menceritakan pula bahawa Mat Sabu tidak mahu sujud diatas sejadah, sebaliknya memilih lantai batu marmar.. Itulah ciri ciri Syiah [lihat pada minit ke 4:20] ..

Wednesday 25 December 2013

HOT !! APAKAH BENAR ADUN PAS LOVE JESUS ??


Inilah akibatnya kalau parti yang kononnya memperjuangkan Islam membenarkan kalimah Allah digunakan untuk agama lain terutamanya kristian.

Dah tak boleh nak beza antara pentas majlis agama kristian dan Islam dah. Asal ada jemputan saja mesti pergi.

Seliberal liberal umat Islam di Indonesia belum pernah lagi orang Islam masuk Gereja dan sambut Hari Krismass dan akui Jesus itu sebagai utusan akhir zaman demi kepentingan politik seperti adun Pas.

VIDEO PANASS !!! MAT SABU BERSELAWAT CARA SYIAH [ VIDEO INSIDE ]







Video Ustaz Ashiq Elahi, merupakan ahli Dewan Ulama PAS, Pengasas Pondok Bukit Kobah Pendang dan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mempersoalkan PAS serta penyokong PAS yang tidak memberi respon terhadap 8 bukti dari 10 bukti yang dikemukakan KDN dan menceritakan pengalaman beliau menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang dikatakan berfahaman Syiah.

PANASS !! MOF HENJUT @RafiziRamli A.K.A MAT LEMBU SI KAKI FITNAH !!





Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Tuesday 24 December 2013

GEMPA BUMI PUNCA IKAN NAIK KE DARAT DI LAHAD DATU




Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

NUAR BERAHIM ADA JAWAPAN UNTUK SOALAN NIK ABDUH



Baru baru ini Nik Abduh ada meminta Kerajaan supaya mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan konsensi tol era pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Kerajaan digesa membuat pendedahan mengenai perjanjian konsesi yang pernah dibuat ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum menaikkan bayaran tol.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, isu tol tersebut kini timbul kesan daripada perjanjian konsesi sebelum ini.

“Perjanjian konsesi ini boleh menjerut rakyat dan memerangkap Barisan Nasional (BN) itu sendiri dan ia menunjukkan usaha yang tidak menepati janji kepada rakyat. Aspek ini tidak meyakinkan rakyat dan hanya dilihat sebagai janji manis BN sebelum ini sekiranya kenaikan tol benar-benar dijalankan,” katanya kelmarin.

KERAJAAN LEBIH MENGHORMATI KONSESI DARI HORMAT RAKYAT YANG BERI UNDI ??



Disini aku nak ulas sikit berkenaan kenyataan Menteri Kerja Raya tentang isu kenaikkan tol.. Katanya kerajaan perlu menghormati perjanjian konsesi demi menjaga keyakinan pelabur.

Persoalan aku mudah saja kenapa kerajaan tak cakap macam ni sebelum PRU13 dulu ? Bukankah manifesto BN adalah untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat ?

Kerajaan sepatutnya menghormati RAKYAT kerana memberi kepercayaan kepada BN agar menunaikan segala janji janji manifesto BN pada PRU lalu.. Bukannya kerajaan lebih mengutamakan kroni yang memegang saham penting dalam konsesi tol..

Kenapa kerajaan perlu ikut sangat kehendak mereka sedangkan kenderaan semakin hari semakin meningkat, malah di kawasan Lembah Klang sahaja terdapat hampir 6 juta kenderaan persendirian yang masih aktif(data JPJ 2011). Itu belum termasuk kenderaan perdagangan dan kenderaan dari negeri negeri lain..

TUDIAA !!! KERAJAAN PAS KELANTAN NAIKKAN HARGA PARKING



Bukan hanya di Selangor dan Pulau Pinang, negeri yang ditadbir Pas di Kelantan pun dah naikkan harga bagi tempat letak kenderaan.. Bermula tahun hadapan harga parking dinaikkan sebanyak RM 1.. Dari RM 2 dah jadi RM 3 ..

Cukai Pintu dan tarif air juga dijangka naik di Kelatan bermula tahun 2014.. Agak agak ada tak demo guling kerajaan Pas Kelantan ??

Sumber gambar FB

MEMALUKAN !!! LAMAN WEB PEMUDA UMNO HIDUP SEGAN MATI TAK MAU !! BILA NAK UPDATE NIE ?? @najibrazak @khairyKJ @azwanbro @ibdil



Dah dekat 2 bulan pemilihan selesai.. Exco Exco pun dah dapat pegang biro masing masing tapi bila buka laman web pemuda Umno satu jadah apa pun tak update lagi.

Korang nak pi ber lifestyle ke, nak makan angin ke, nak melancong ke, updatelah dulu laman web tu.. Senang ahli nak buat rujukkan, nak salur aduan.. Kalau laman web Pemuda Umno sendiri hidup segan mampos tak mau baik korang tak payah ada laman web..

Monday 23 December 2013

NURI TERHEMPAS DI PULAU PERAK




Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

PANASS !!! PUNCA KENAPA ALLAHYARHAM SADDAM HUSIEN BUNUH RAKYATNYA SENDIRI DIDEDAHKAN !!!



Di era 80 – 90 – an , tidak ramai yang faham mengapa Presiden Iraq ketika itu, Allhayraham Saddam Hussein membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri .

Berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah Saddam . Beliau ditahbiskan sebagai seorang pembunuh kejam .

Dua puluh tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang dibunuh oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya . Selama lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan disembunyikan oleh media Barat .

Sunday 22 December 2013

GEMPARR !! 2 RAKYAT MALAYSIA CEDERA DI DANNOK !!




Songkhla (Thailand): Seramai 24 orang termasuk dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom berasingan menggunakan alat kawalan jauh di tiga lokasi di Wilayah Songkhla termasuk Pekan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam, Malaysia.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan kedua di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

GEMPAR !!! PEKAN DANOK DI BOMM



Gambar kejadian letupan Hotel Oliver di Pekan dannok Thailand sempadan dengan bukit kayu hitam sebentar tadi... gambar ehsan rakan rakan
.

Berita lanjut akan menyusul


PANASSS !!! FLASHMOB ANJURAN PEMUDA PAS KEDAH BERJAYA LUMPUHKAN PEKAN PENDANG




Patutlah semalam dengar orang bagitau jalan jemm dari alor star ke pendang manakala dari arah selatan pula bermula dari tol Sg Dua mengalami kesesakkan luar biasa akibat tindakkan para peserta flasmob anjuran pemuda Pas Kedah dihadiri hampir 50ribu pengikutnya..

Pemuda Pas Kedah dieakili Leman minyak belacak dan pengikut yang tak tahu asal usulnya menjerit jerit terkinja kinja seperti beruk makyeh memegang banner menyalahkan kerajaan BN menyebabkan barang naik. Tapi puak nie tak berani pulak berflasmob kat Selangor yang baru baru ni menaikkan cukai sebanyak 400%


Saturday 21 December 2013

PANASS !!! INI KER PROFESOR MAKMAL ' PEMANDU ' KAJI KOS SARA HIDUP ??



Atas nasihat YB Kay Jey mahu menubuhkan Makmal bagi mengkaji kos sara hidup, YAB PM Datuk Seri Najib meluluskan cadangan tersebut yang akan diselia PEMANDU.. Kenapa PEMANDU?? Ntah la aku tak tahu nak jawab apa sebab PM cukup sayang dengan penasihat penasihat dia dalam PEMANDU.

Barangkali inilah rupanya profesor yang akan dilantik untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia..Gadis ini berkhidmat sebagai Senior analisis dalam PEMANDU.

FAKTA LEBUHRAYA !! NUAR BERAHIM PALING BANYAK LULUS KONSENSI LEBUHRAYA @RAFIZIRAMLI




UNTUK membina sebuah projek konsesi lebuhraya yang melibatkan kutipan tol, kuasa membenarkan sesuatu projek dibina terletak kepada Menteri Kewangan.

Menurut Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 menyatakan Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan dalam hal yang sesuai boleh membenarkan sesuatu pihak menguruskan projek lebuhraya mengikut tempoh tertentu konsesi.



Laman web Mymassa.blogspot.com hari ini menulis artikel berkenaan perkara itu.

Friday 20 December 2013

UMNO PUNCA MCA HILANG UNDI CINA ?? KA SIONG MENANG UNDI CINA KE UNDI MELAYU ?? @razlanrafii


Tuduhan berat yang dilemparkan bekas ketua pemuda MCA dalam ucapan Kongres Pemuda MCA semalam menuduh Umno suka mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan undi cina untuk MCA hilang dibidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Razlan Rafii..

Baca respon balas saudara Razlan terhadap Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong

TUBUH MAKMAL !! KENAPA PEMANDU ?? KENAPA TAK BAGI SAJA KAT UNIVERSITI TEMPATAN ??? @najibrazak @khairykj



Ini persoalan yang bermain diminda aku selepas mendapat berita bahawa Pemuda Umno melalui KJ mahu kerajaan menubuhkan makmal bagi mengkaji kos sara hidup rakyat yang makin meningkat.

Cadangan itu diterima dan akan ditubuhkan pada tahun hadapan..Namun yang menjadi Masalahnya bila PEMANDU diberi tanggungjawab untuk mengendalikan makmal berkenaan dimana peruntukkan diberi sebanyak RM 6 juta..

Umum sedia maklum bahawa PEMANDU dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempunyai pelbagai masalah dan sering kali dikritik terutamanya bab konsultan dan pegawai pegawainya menyokong pembangkang.

Malaysia mempunyai ramai pakar ekonomi di Universiti Universiti awam tempatan yang mampu menjalankan pelbagai kajian.

Serahkan saja kepada pakar pakar ini untuk menjalankan kajian.Gabungkan semua pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi lakukan kajian.. Sekurang kurangnya dapat menjimatkan peruntukkan RM 6 juta duit rakyat..

TERBUKTI SELANGOR MAMPU HALANG TOL NAIK DAN BERI TOL PERCUMA @khalidibrahim @rafiziramli




Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol dan memberi tol percuma kepada rakyat Selangor...

Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya seperti PKNS dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai 30% saham dalam setiap konsesi lebuhraya seperti,Grand Saga Sprint dan Kesas. Jadi di mana yang dikatakan kerajaan persekutuan punyai kuasa dalam isu kenaikan harga tol di Selangor?

PANASS !! ANGOTA IMIGRESEN DAN KASTAM TERLIBAT SINDIKET DADAH ANTARABANGSA



Polis tidak menolak kemungkinan anggota Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber polis berkata mereka antara lain berperanan sebagai dalang dengan membenarkan keldai dadah warga asing memasuki negara tanpa pemeriksaan rapi di bahagian masing-masing.

"Bukan sahaja bagasi mengandungi dadah dapat dibolosi malah individu yang membawa dadah itu juga terlepas daripada pemeriksaan pihak berkenaan.

"Jadi, kita lihat ini adalah satu rangkaian sindiket dadah yang besar menggunakan agensi penguat kuasa untuk meloloskan dadah ke dalam negara," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Thursday 19 December 2013

PANASS !!! KENAPA KERAJAAN SELANGOR SEMBUNYI FAKTA MEREKA PEMILIK KONSESNSI LEBUHRAYA DI SELANGOR ??


Tatkala pemimpin pakatan dan penyokong mereka menunding jari menyalahkan kerajaan pusat menaikkan harga tol di lebuhraya lebuhraya antarabandar di lembah klang, rupa rupanya semua lebuhraya itu dimiliki kerajaan Selangor dimana memegang lebih dari 30 peratus saham syarikat.

Kerajaan Selangor telah mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor kononnya mahu melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.

Namun semua itu hanyalah drama kerajaan pakatan semata mata apabila baru baru ini kesemua konsensi milik kerajaan pakatan Selangor mahu menaikkan kadar baru.

Wednesday 18 December 2013

ALAHAI SENANGNYA HATI MAT SABU



Cakaplah apa saja pasal dirinya…Mat Sabu boleh goyang kaki bersiul sambil mendendangkan lagu ‘ Madu Tiga’…yang antara liriknya berbunyi ‘ hai senangnya dalam hati’.

Siapa kata tak seronok jadi ahli Parti Islam SeMalaysia @PAS.

Kalau tak percaya boleh tanya sama Timbalan Presiden PAS ini.Riuh sana sini tuduh empunya diri pengikut ajaran Syiah,parti itu Selasa inject ‘ubat’ bagi perkuatkan lagi stamina politiknya.

PAS umum Mat Sabu jadi Persuruhjaya PAS Pulau Pinang ganti Datuk Salleh Man.

PANASSS !!! I CITY SHAH ALAM TIPU PENGUNJUNG




Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Tuesday 17 December 2013

AL FATIHAH ! PRIMADONA FILEM MELAYU AZEAN IRDAWATI MENINGGAL DUNIA




Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

LUAHAN HATI UST KAZIM ELIAS




Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.

PLUS KATA TIADA KENAIKKAN TOL TAPI KENAPA PAK MENTERI KALUT SANGAT NAK NAIKKAN TOL??




Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Monday 16 December 2013

KANTOI !! DALAM DIAM DIAM NUAR BERAHIM MINTAK GAJI AHLI PARLIMEN DINAIKKAN !! DULU TOLAK SEKARANG MENGEMIS


Setelah membantah keras cadangan semakan semula kenaikan gaji dan elaun ahli parlimen (MP) ketika pembentangan Bajet 2012 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengutuskan surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memohon kenaikan gaji.

Demikian dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara Isnin.

Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji ahli parlimen dinaikkan.

Sunday 15 December 2013

PEGAWAI PENUMPANG YANG TAK TAHU MALU !!! DAH KENA TEGUR DALAM AKHBAR PUN MASIH PEKAK SPESIS BADAK !! @Khairykj




Dah berbuih mulut aku tegur pasal pegawai penumpang/pembodek/kaki jilat boss yang jenis pekak bin badak nie, tapi almaklumlah Exco pemuda Umno mana baca blog.. Sebab tu depa taktau hari hari kena balun kan ??

Kali ini akhbar tempatan pula menegur kenapa ada pegawai penumpang yang memang tak ada faedah pun ke sukan sea Myanmar turut serta ke sana ?? atas alasan apa pula mereka mereka ini membontot Pak Menteri Belia dan Sukan ?? atau sengaja menghabiskan dana dari KBS yang sepatutnya digunakan untuk atlit tetapi dibelanjakan untuk mereka mereka yang tak tahu malu ini ke sana ?

PANASSS !!!! ADA UNSUR PENIPUAN DALAM PROMOSI EVENT LANGKAWI NATURALLY MAGIKAL @MukhrizMahathir


laman web yang dibuat oleh konsultan media soosial event ini tiada data dalam alexa rank walaupun dah cecah 290 ribu viewer

Aku hanya mampu tersenyum bila diberitahu bahawa web page Langkawi Naturally Magikal http://www.naturallymagical.com yang dikendalikan oleh konsultan media sosial dari Kuala Lumpur sudah mencapai viewer sebanyak 290 RIBU hanya untuk 7 artikel.Update terakhir web berkenaan pada 17 Julai 2013.

Lebih hairan apabila lawan web berkenaan tiada data trafik selepas di semak dalam alexa rangking(gambar atas).. Kepada konsultan yang mempromosikan event berkenaan dalam media soo sial, agak agaklah kalau nak menipu pun.. Kami yang sudah lama dalam dunia blog ni tahu macamana nak dapatkan trafik pembaca.

Saturday 14 December 2013

TOL NAIK !! OKAY LAH TU DAH LAMA TAK NAIK




Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

KERETA IMPORT BERCERMIN GELAP JADI MANGSA JPJ ??



SAYA memohon kerajaan menimbang isu besar yang melibatkan pengguna dan pemilik kenderaan MPV di Malaysia khususnya pemilik Wish, Estima, Honda Stream, Cardina, Alphard dan Vellfire.

Sebagai pengguna MPV import, kami adalah mangsa seksyen 61(1) APJ 1987 yang sudah tidak relevan dengan keadaan zaman.

Bagi memahami isu saya catatkan kejadian yang berlaku. Untuk makluman pembaca, pada bulan lalu kenderaan MPV saya telah diarahkan berhenti oleh penguatkuasa JPJ di sebuah kawasan di Utara.

Setelah mencari kesalahan yang tidak ditemui, mereka melihat cermin MPV saya dan mengeluarkan 'Notis pemeriksaan kenderaan di bawah Seksyen 61(1) APJ 1987'.

PANASS !! 17.PERMOHONAN NIKAH MUTAAH DIDEDAHKAN MUFTI SABAH !!





Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.

Friday 13 December 2013

CINA RASUAH RM250K HANYA DIPENJARA 1 HARI DAN DENDA 200K ?? BANGSA PALING KUAT RASUAH TAPI DENDA CIPUT ??



Aku tak akan ulas panjang panjang sebab takut hina mahkamah pulak.kang tak pasal pasal aku pulak kena jail.tapi bagi yang faham akan sedar tentang perkara ini..

Bayangkan perasuah ni boleh bagi rasuah sampai RM 250 000 tapi hukuman yang dikenakan agak tak setimpal. Hanya penjara 1 hari bagi setiap pertuduhan dan denda RM 200 000.

Kalau ikut akta pencegahan rasuah Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

So macamana pula dengan kes dibawah??

MASIHKAH @Najibrazak MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT ??




Ketika kita mengundi bn, penyokong pembangkang katakan, undi BN untuk barang naik. Kita tak percaya kerana janji pemimpin BN ketika itu mendengar denyut nadi rakyat dan akan memastikan rakyat hidup dengan selesa, aman makmur. Ketika berkempen, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sering meniti dibibir pemimpin.

Selepas pilihanraya, harga minyak dinaikan dengan alasan kerajaan nak merasionalisasikan subsidi. Ya kita terima semua tu, subsidi perlu dikurangkan demi merancakkan ekonomi negara..

Selepas itu kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan subsidi gula demi kesihatan rakyat.. Okay kita terima semua tu dan berterima kasih atas keperihatinan kerajaan.

Thursday 12 December 2013

@khairykj APA KEJADAHNYA @ibdil & EXCO PEMUDA KE SUKAN SEA MYANMAR ?? MASUK ACARA KUAK LENTANG KAH ?? @najibrazak @tunfaisal



Hairan betui aku, ketika sukarela sukarela #lifestyle parti bertungkus lumus menyerahkan bantuan banjir di negeri pantai timur, Exco Pemuda Umno termasuk Ibdil melangkah kaki ke luar negara mengikuti rombongan bersama sama atlit ke Sukan Sea Myanmar.

Aku tertanya tanya apa keperluan Exco Pemuda Umno termasuk pengerusi BMB kesana tatkala khidmat mereka di perlukan di Pantai Timur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive