Wednesday, 3 April 2013

AYUH JENTERA BN KEDAH SERANG PAKATAN HABIS HABISAN


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah mengarahkan jentera pilihan raya parti bergerak dengan lebih intensif dan agresif berikutan pembubaran Parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 11.30 tadi.

Ahmad Bashah berkata, jentera parti sememangnya sudah bersedia dan gerak kerja pilihan raya kini perlu dijalankan dengan sepenuh tenaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"BN Kedah sudah bersiap sedia selama beberapa tahun bagi menghadapi PRU-13. Kami sudah sangat bersedia dengan persiapan lengkap dan terperinci," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.




Beliah berkata, pembubaran Parlimen itu menandakan panggilan berjuang sudah dilaungkan oleh Perdana Menteri manakala anggota parti yang selama ini menunggu tarikh tersebut perlu turun ke gelanggang memastikan kemenangan calon-calon BN.

"Semua jentera perlu tumpukan sepenuh tenaga dan fokus kepada parti, ayuh berjuang dengan penuh semangat," katanya yang yakin BN boleh menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang.

Utusan

2 comments:

ciput said...

ati2 dgn gol. parasit, opportunis, trojan horse muahahaha

PT said...

tahniah bro MT laju betul hang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive