Friday 21 November 2014

#BajetKedah2015 Defisit RM60 Juta Bukan Masalah Besar - @MukhrizMahathir #SidangDunKedah



Kerajaan Kedah tidak melihat defisit kira-kira RM60 juta dalam Bajet Negeri 2015 yang dibentangkan pada Isnin lepas sebagai masalah kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata defisit itu adalah yang terbesar dalam sejarah kewangan negeri Kedah tetapi ia dirangka sedemikian untuk memastikan wang negeri dibelanjakan untuk rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan keusahawanan.

Katanya, Bajet 2015 adalah bersifat jangka panjang dan kerajaan negeri tidak melihatnya sebagai perancangan untuk tempoh setahun.

"Itu pendekatan yang kita ambil. Selalunya kita lihat bajet untuk tahunan, hanya untuk setahun, tidak banyak untuk 10, 20 tahun akan datang. Ini semua untuk masa depan yang lebih cerah.

Tuesday 18 November 2014

#BajetKedah @MukhrizMahathir 6 Projek Utama Dalam RMK-11




Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Projek pemangkin itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City).

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun pelaksanaan projek-projek itu dijangka bermula dalam RMK-11, namun kerajaan negeri sudah mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.

Menurutnya cadangan pembinaan KXP dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara walaupun Kedah sudah mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Ini dikuatkan dengan justifikasi yang diterima ramai. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui menjadi lebih kritikal beberapa tahun lagi dan akan mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang bagi pengendalian penumpang.

"Ia semakin kurang mampu memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambil alih KXP," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman di sini.

Bagi Bandaraya Aero Kedah, Mukhriz berkata kerajaan negeri merancang untuk menyediakan sebidang tanah kira-kira 40 hektar di KXP untuk menempatkan syarikat-syarikat pengeluar komponen dan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) pesawat.

"Malaysia sudah terkenal sebagai pengeluar komponen dan alat pesawat kapal terbang. Syarikat-syarikat di Melaka, Selangor dan Kedah menyumbang kepada pembinaan pesawat jenama besar seperti Boeing dan Airbus.

Pengeluar komponen pesawat dan perkhidmatan MRO memerlukan akses kepada landasan kapal terbang di lapangan terbang," katanya.

Menurutnya rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan SPIKE, yang akan menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Sungai Petani dan Kulim sepanjang 133 kilometer (km), bermatlamat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar di negeri ini.

"Dalam masa sama, lebuh raya ini dapat memendekkan masa perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan kerana ia akan menjadi lencongan daripada kesesakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada masa akan datang, kerajaan mempunyai pilihan menyambungkan lebuh raya ini sehingga ke Bukit Kayu Hitam sejauh 83 km," katanya.

Mengenai cadangan pembinaan Bandaraya Getah di Ladang Bukit Ketapang di daerah Padang Terap, Mukhriz berkata kewujudan bandar raya itu di kawasan yang dikelilingi sumber bahan mentah yang amat banyak akan menarik minat pengeluar barangan berasaskan getah melalui penggunaan teknologi tinggi.

"Kedah dan dan Wilayah Selatan Thailand dikenali antara pengeluar getah terbesar dunia. Kelebihan ini harus diambil kesempatan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan satu bandaraya getah yang akan menjadi pengeluar utama produk berasaskan getah selain bertindak pusat penyelidikan getah," katanya.

Beliau berkata bagi projek Taman Sains dan Teknologi Kedah, kerajaan negeri mencadangkan ia dibangunkan di kawasan seluas 678 hektar di Bukit Kayu Hitam dan ada pelabur asing yang menunjukkan minat untuk menyertai projek itu.

Faktor kelebihan geo-ekonomi rantau Asean yang menjadi pilihan pelabur dalam industri pengeluaran automobil Thailand, Malaysia dan Indonesia mencetuskan ilham kepada kerajaan negeri mewujudkan taman itu.

"Taman sains dan teknologi yang menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti yang dikehendaki pelabur dalam industri automotif dan lain-lain akan menjadi pelengkap kepada keperluan industri berat," katanya.

Mukhriz berkata bagi projek Bandaraya Sains Perubatan Kedah, kerajaan negeri telah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melabur di atas kawasan seluas 264 hektar di Bandar Baharu.

"Pengeluar utama barangan perubatan dari seluruh dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Itali berhasrat menjadikan bandaraya ini sebagai pusat cawangan di rantau ini.

"Faktor tarikan kepada pelabur ini adalah kerana wujudnya banyak syarikat kecil dan sederhana dari sektor elektronik di Koridor Utara yang akan menjadi pembekal kepada industri," katanya.

-- BERNAMA

#BajetKedah2015 @MukhrizMahathir Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah Untuk Rakyat Kedah Pendapatan Rendah



Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah (PBSSR) dalam tempoh terdekat ini, bagi meringankan beban golongan rakyat berpendapatan rendah yang masih belum mampu membeli rumah sendiri.

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri amat menitikberatkan keperluan rakyat untuk membeli rumah tetapi tidak melupakan golongan yang belum mampu membeli rumah dan terpaksa menyewa.

"Kerajaan negeri masih meneruskan Program Rumah Transit dengan bayaran sewaan yang amat rendah. Namun, kemampuan kerajaan terbatas dan tidak dapat membina lebih banyak Rumah Transit di seluruh Kedah.

"Kerajaan percaya dengan Bantuan Subsidi Sewa Rumah, ia dapat meringankan beban rakyat yang amat memerlukan," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, Isnin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive