Saturday, 12 April 2014

DS @NAJIBRAZAK DAH, ANWAR BILA LAGI ??




Petang tadi Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa selama 30 minit menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) yang telah dirawat sejak seminggu yang lalu..

Kedatangan DS Najib di sambut cerita oleh Dato Dr Haron Din sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.. Biarpun berlainan ideologi politik, bukan penghalang bagi DS Najib turun menziarahi agamawan terrsohor ini..Ds Najib tidak pernah membeza bezakan antara politik dan tanggungjawab beliau.

Sama juga ketika DS Najib menziarah pemimpin pemimpin Pas yang lain seperti Nik Aziz dan Allahyarham Ust Azizan mantan Menteri Besar Kedah..

MP SETIAWANGSA MALUKAN RAFIZI & TIAN CHUA DI PARLIMEN




Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari membidas pemimpin pembangkang yang kerap memutar belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat berhubung Cukai Barangan dan Perkhdimatan (GST).

Menurut beliau, ahli parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dan juga ahli parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengemukakan fakta yang salah berkenaan negara-negara yang mengamalkan GST.

Fauzi menjelaskan, negara-negara contoh yang disebutkan oleh pemimpin pembangkang seperti Canada dan Australia tidak pernah menolak GST malah sesetengah pemimpin di negara tersebut kalah di dalam pilihan raya bukanlah berpunca pelaksanaan sistem percukaian ini.

PENGERUSI BNBBC DEDAH TEMBELANG AZMIN & ANWAR DI PARLIMEN



Tidak cukup dengan dua hari perbahasan Rang Undang Undang Saraan Hakim 2013 di Dewan Rakyat dipergunakan secukup-cukupnya oleh ahli-ahli parlimen pembangkang mengecam institusi kehakiman dan membela Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka pula cuba membawa usul untuk mencela tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara pada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Apa yang jelas, perbahasan hanya untuk menyelarasan saraan hakim itu pada Selasa dan Rabu, tidak diberi perhatian sewajarnya oleh ahli-ahli parlimen pembangkang sebaliknya dijadikan medan menghentam badan kehakiman malah sehingga menyebut nama-nama hakim terutama yang terlibat menjatuhkan hukuman pada Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu usul yang hendak dibawa oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali itu juga adalah dilihat lebih menjurus untuk mencela hakim-hakim tertentu yang terbabit dengan membuat keputusan tidak memihak kepada Anwar.

Friday, 11 April 2014

PESANAN KEPADA DS ZAHID : LEPAS NIE BUAT TAPISAN SEBELUM TERIMA PERMOHONAN PENGKHIANAT NEGARA !!!



Pada tengah hari tadi aku ada terbitkan satu artikel tentang 1000 pengkhianat negara yang sebelum ini mengoyak Pasport Malaysia memohon untuk dapatkan kembali kerakyatan setelah British tidak menerima mereka.. Dalam artikel tersebut, aku merujuk kepada kenyataan DS Zahid yang tersebar luas di laman laman sosial yang mengatakan beliau memberi semula kerakyatan kepada pengkhianat negara.. KLIK SINI..

Dan Sebentar tadi, DS Zahid mengadakan sidang akhbar menjawab tentang isu berkenaan..




PANASS !!! BIAQ BETUI CINABENG PENGKHIANAT NEGARA DI BERI SEMULA KERAKYATAN ?? @Zahid_Hamidi




Di laman laman media sosial dah heboh pasal kenyataan Menteri KDN DS Zahid Hamidi yang berbesar hati menyediakan karpet merah untuk menerima semula pengkhianat negara yang kini menjadi pelarian di UK..

Untuk makluman semua, pengkhianat pengkhianat berbangsa cinabeng ini sebelum ini merupakan rakyat Malaysia tetapi mereka memilih untuk mengoyak pasport Malaysia semata mata mahu menjadi warga UK kononnya hidup di Malaysia tidak sebagus UK.. Dikhabarkan pengkhianat pengkhianat ini juga berdemo ketika DS Najib mengadakan lawatan rasmi ke London sebelum PRU13 yang lalu..

PANASSS !!! AKHIRNYA PROF IZZI BERSUARA



Seperti yang sudah diketahui ramai, nama pakar motivasi yang dikaitkan dengan kes mencabul penuntut di sebuah IPTA di Arau, Perlis adalah Prof Izzi Hj Ali.

Akhirnya selepas lama mendiamkan diri meskipun diasak pertanyaan termasuk di laman Facebook, Prof Izzi memberi kenyataan berkaitan hal ini.

Bagaimanapun kenyataannya bukanlah untuk membela diri tetapi menerangkan sebab mengapa dia mengunci mulut selama ini.

Tulis Prof Izzi di status Facebooknya pada hari ini (10 April) :

Thursday, 10 April 2014

PANASS !! TUN M JAWAB ISU MEMALI !! TUN MUSA NAK KATA APA PULAK ?




1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

VIDEO PENYAMUN MUKA ARAB MIX MAMAK MENCURI DALAM MASJID



Ketika kakitangan pejabat sedang menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.

Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.

PANASS !! MENTERI KDN TENGAH TUNGGU BUKTI NAK DAKWA TIAN CHUA ??




Nampaknya sampai sekarang Tian Chua masih kebal dari sebarang tindakkan undang undang biarpun menghasut untuk mengulingkan kerajaan dalam masa 5 bulan.. Entah dimana silapnya undang undang negara kita untuk mengambil tindakkan terhadap Tian Chua..

Aku masih menanti  respon dari Menteri KDN, DS Zahid Hamidi untuk bersuara seperti lantangnya beliau dalam isu Lahad Datu dan Syiah Mat Sabu..Tapi sampai sekarang ni masih lagi berdiam diri.. Hanya semalam saja DS Zahid ada memberi respon tentang tawaran RM 501 kepada Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah itu berani menamparnya.

PANASS !!! BENARKAH BTN LUBUK PERKAUMAN @RazaliIbrahim @tunfaisal



Tidak timbul isu provokasi dan perkauman yang didakwa kononnya berlaku dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana banyak program BTN yang dijalankan sebelum ini meliputi semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.


"Kita sebenarnya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk memohon menyertai program ini, tidak ada masalah dari segi itu...tidak timbul perkara tersebut (provokasi dan perkauman) bagi mereka yang pernah hadir," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi BTN selepas banyak maklum balas yang diterima daripada masyarakat kononnya program BTN lebih berbentuk provokasi.

Wednesday, 9 April 2014

PANASS !!! KEM AZMIN BOCOR RAHSIA PEREMPUAN SIMPANAN KHALID IBRAHIM ??



Betulkah berita yang dilaporkan oleh FMT semalam berkenaan seorang perempuan simpanan MB menuntut wang berjumlah RM 3 juta itu adalah perempuan simpanan Menteri Besar Selangor ??

Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau. – Free Malaysia Today

TERKINI !! PENCARIAN #MH370 MAKIN POSITIF





Misi pencarian MH370 kian meyakinkan apabila signal yang konsisten dengan kotak hitam pesawat berkenaan dikesan kapal HMAS Ocean Shields sebanyak dua kali di Lautan Hindi, semalam.

Perkara ini diumumkan Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dalam satu sidang media sebentar tadi.

Dengan penemuan ini, Houston yakin misi pencarian kian positif dan akan menemui sesuatu tidak lama lagi.

Pengumuman ini boleh dikatakan penemuan paling meyakinkan selepas Towed Pinger Locator Ocean Shields diumumkan turut mengesan dua isyarat berasingan pada lewat Sabtu dan awal pagi Ahad lalu.

PANSSS !!! JAMIL KHIR, AZEEZ RAHIM PUJI PROGRAM DERITA RAKYAT ?? @SHONLINE MABUK KETUM KAH??



Inilah jadinya bila wartawan yang menulis berita hanya duduk di meja pejabat bukan dilapangan seperti rakan rakan media yang lain..

Aku tak pasti sama ada wartawan Sinar ini nak highlite program Pas kah atau program Malam Cinta Allah & Rasul ? Atau wartawan yang menulis tidak kenal siapa individu dalam gambar ??

Lihat caption gambar di bawah.

Tuesday, 8 April 2014

DAH MACAM KAT KOREA PULAK TENGOK SUASANA MACAM NIE





Dah macam kat Korea pulak kan bila tengok pemandangan dalam gambar-gambar di bawah ini.Mesti pembaca tak percaya kan yang gambar-gambar ini semuanya ditangkap di negeri Kedah..

Ketika ini seluruh kawasan dinegeri Kedah mengalami musim bunga yang sangat cantik dan mempesonakan.. Banyak gambar gambar bunga ini dikongsi dilaman Instagram..


KES SELESAI !! RUPANYA SYARIKAT FILEM DARI CHINA YANG PASANG BENDERA ISRAEL UNTUK PENGAMBARAN




Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu.

BILA BERUK DIBERI PELUANG JADI AHLI PARLIMEN


Inilah padahnya bila pilih beruk jadi wakil rakyat.. bukan setakat buat bising di hutan, sampai ke Dewan Rakyat pun kumpulan beruk ni buat kacau..

Punca sebenar mereka melakukan aksi beruk di Dewan Rakyat kerana di Dewan menerima kunjungan hormat degelasi dari Australia termasuk salah seorang Senator..

Monday, 7 April 2014

PANASSS !!! KARPAL ARAH SEMUA MP DAP TOLAK HUDUD YANG AKAN DI BENTANG PAS ?!!



Undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini.

“Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

HUKUM HUDUD !! PAS KELANTAN MAIN WAYANG LAGI ??


Diatas adalah kenyataan dari Timbalan Menteri Besar Kelantan berkenaan hukum Hudud yang menegaskan undang undang berkenaan hanya terpakai untuk orang Islam manakala bukan Islam bebas membuat pilihan..

Baru baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan supaya membawa bill hudud ke Parlimen untuk dibahas dan diguna pakai di Kelantan..

Tapi kalau lihat pada kenyataan Timbalan MB Kelantan, nampaknya Hudud hanhlah permainan politik mereka selama ini..

PENDUDUK BALING TOLAK HIMPUNAN DERITA RAKYAT PILIH #BALINGBERSELAWAT @AzeezPutera



Kehadiran mencecah belasan ribu orang pada Malam Cinta Rasul di Baling malam tadi untuk bersalawat kepada Nabi Muhamad s a.w membuktikan penduduk setempat tidak derita seperti dakwaan pembangkang.

Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim kehadiran sekitar 3,000 orang di Himpunan Derita Rakyat anjuran PAS pada masa sama dengan Malam Cinta Rasul menunjukkan sambutan itu tidak mendapat sambutan.

“Kehadiran mereka hanya 3,000 orang sahaja. Saya sendiri ke sana untuk melihat. Ramai yang hadir bukan orang tempatan. Ada dari Perlis dan Pulau Pinang. Majoriti orang luar,”.

VIDEO PART 1 #BalingBerselawat #MalamCintaRasul



Sunday, 6 April 2014

ELOK PUN MAMAT BIADAP NIE DAH KENA ANGKUT


Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

#MH370 !! KAPAL CHINA BERJAYA KESAN PING KOTAK HITAM #PRAYFORMH370




Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive