Saturday, 18 October 2014

FITNAH FELDA !! WAN AZIZAH DAN 2 LAGI DIARAH BAYAR 200 JUTA @Ahmadmaslan



Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam akhbar Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.


Bagaimana pun bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada 2 Oktober lalu telah memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel tersebut dan mengakui ia palsu dan tidak benar.


Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Wednesday, 15 October 2014

penghasut tak suka Akta Hasutan kata Bung Mokhtar




Ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak kerajaan mengekalkan Akta Hasutan malah mengetatkannya bagi menjamin keamanan dan kemakmuran masa depan negara.

Katanya, hanya mereka yang suka menghasut tidak suka kepada akta berkenaan dan mahu kerajaan menghapuskannya.

“Kalau tidak menghasut, tidak bersalah dan kena dakwa, kenapa takut?…lawanlah di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Selasa.

bungtvMenurut beliau, ketika zaman Jepun atau komunis, mereka yang menghasut boleh dihukum tembak tetapi di negara ini mereka hanya dihadapkan ke mahkamah.

“Kalau tak hasut, tak kena (dakwa dan hukum),” katanya yang turut kecewa banyak media sosial menghina agama, menghina sultan dan agama Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive