Friday, 19 December 2014

Menteri Besar Kedah @MukhrizMahathir Rasmi Summer Camp 2014 di Kem Paya Pahlawan




Jitra - YAB Dato Seri Haji Mukhriz telah merasmikan program Kedah Summer Camp 2014 kali ke 3 di Kem Paya Pahlawan.

Bagi 2014 lebih 11 ribu hadir dalam pelbagai program yang dianjurkan disini.

Penyertaan pelajar sekolah menengah untuk siri kali ini 19-21/12/2014 ini seramai 240 orang.

Program yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri ini adalah percuma.

Baru baru ini dalam pembentangan bajet, sebanyak RM 2 juta diperuntukkan untuk program program pembangunan insan seperti ini.

Tuesday, 25 November 2014

Pemenang Reka Jersey baru pasukan bola #Kedah #LangMerah @MukhrizMahathir





YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang rekacipta jersey pasukan bola sepak Kedah #LangMerah bagi musim 2015.

Pemenang diundi mengikut jumlah like di FB KFA dan dinilai oleh jawatankuasa pemilihan KFA.

Cara undian sebegini lebih terbuka.

Jersey yang dipilih juga memang menarik perhatian, malah design lain dari yang lain.

Tahniah pada pemenang!





Monday, 24 November 2014

Kenyataan rasmi YAB MB Kedah @MukhrizMahathir mengenai Isu berkaitan Al-Quran dibakar di Tokong Cina





Kenyataan rasmi YAB MB Kedah mengenai Isu berkaitan Al-Quran dibakar di Tokong Cina.

Minta sahabat sebarkan untuk jelaskan keadaan sebenar.

Friday, 21 November 2014

#BajetKedah2015 Defisit RM60 Juta Bukan Masalah Besar - @MukhrizMahathir #SidangDunKedah



Kerajaan Kedah tidak melihat defisit kira-kira RM60 juta dalam Bajet Negeri 2015 yang dibentangkan pada Isnin lepas sebagai masalah kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata defisit itu adalah yang terbesar dalam sejarah kewangan negeri Kedah tetapi ia dirangka sedemikian untuk memastikan wang negeri dibelanjakan untuk rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan keusahawanan.

Katanya, Bajet 2015 adalah bersifat jangka panjang dan kerajaan negeri tidak melihatnya sebagai perancangan untuk tempoh setahun.

"Itu pendekatan yang kita ambil. Selalunya kita lihat bajet untuk tahunan, hanya untuk setahun, tidak banyak untuk 10, 20 tahun akan datang. Ini semua untuk masa depan yang lebih cerah.

Tuesday, 18 November 2014

#BajetKedah @MukhrizMahathir 6 Projek Utama Dalam RMK-11




Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Projek pemangkin itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City).

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun pelaksanaan projek-projek itu dijangka bermula dalam RMK-11, namun kerajaan negeri sudah mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.

Menurutnya cadangan pembinaan KXP dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara walaupun Kedah sudah mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Ini dikuatkan dengan justifikasi yang diterima ramai. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui menjadi lebih kritikal beberapa tahun lagi dan akan mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang bagi pengendalian penumpang.

"Ia semakin kurang mampu memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambil alih KXP," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman di sini.

Bagi Bandaraya Aero Kedah, Mukhriz berkata kerajaan negeri merancang untuk menyediakan sebidang tanah kira-kira 40 hektar di KXP untuk menempatkan syarikat-syarikat pengeluar komponen dan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) pesawat.

"Malaysia sudah terkenal sebagai pengeluar komponen dan alat pesawat kapal terbang. Syarikat-syarikat di Melaka, Selangor dan Kedah menyumbang kepada pembinaan pesawat jenama besar seperti Boeing dan Airbus.

Pengeluar komponen pesawat dan perkhidmatan MRO memerlukan akses kepada landasan kapal terbang di lapangan terbang," katanya.

Menurutnya rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan SPIKE, yang akan menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Sungai Petani dan Kulim sepanjang 133 kilometer (km), bermatlamat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar di negeri ini.

"Dalam masa sama, lebuh raya ini dapat memendekkan masa perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan kerana ia akan menjadi lencongan daripada kesesakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada masa akan datang, kerajaan mempunyai pilihan menyambungkan lebuh raya ini sehingga ke Bukit Kayu Hitam sejauh 83 km," katanya.

Mengenai cadangan pembinaan Bandaraya Getah di Ladang Bukit Ketapang di daerah Padang Terap, Mukhriz berkata kewujudan bandar raya itu di kawasan yang dikelilingi sumber bahan mentah yang amat banyak akan menarik minat pengeluar barangan berasaskan getah melalui penggunaan teknologi tinggi.

"Kedah dan dan Wilayah Selatan Thailand dikenali antara pengeluar getah terbesar dunia. Kelebihan ini harus diambil kesempatan oleh kerajaan negeri bagi mewujudkan satu bandaraya getah yang akan menjadi pengeluar utama produk berasaskan getah selain bertindak pusat penyelidikan getah," katanya.

Beliau berkata bagi projek Taman Sains dan Teknologi Kedah, kerajaan negeri mencadangkan ia dibangunkan di kawasan seluas 678 hektar di Bukit Kayu Hitam dan ada pelabur asing yang menunjukkan minat untuk menyertai projek itu.

Faktor kelebihan geo-ekonomi rantau Asean yang menjadi pilihan pelabur dalam industri pengeluaran automobil Thailand, Malaysia dan Indonesia mencetuskan ilham kepada kerajaan negeri mewujudkan taman itu.

"Taman sains dan teknologi yang menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti yang dikehendaki pelabur dalam industri automotif dan lain-lain akan menjadi pelengkap kepada keperluan industri berat," katanya.

Mukhriz berkata bagi projek Bandaraya Sains Perubatan Kedah, kerajaan negeri telah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melabur di atas kawasan seluas 264 hektar di Bandar Baharu.

"Pengeluar utama barangan perubatan dari seluruh dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Itali berhasrat menjadikan bandaraya ini sebagai pusat cawangan di rantau ini.

"Faktor tarikan kepada pelabur ini adalah kerana wujudnya banyak syarikat kecil dan sederhana dari sektor elektronik di Koridor Utara yang akan menjadi pembekal kepada industri," katanya.

-- BERNAMA

#BajetKedah2015 @MukhrizMahathir Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah Untuk Rakyat Kedah Pendapatan Rendah



Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah (PBSSR) dalam tempoh terdekat ini, bagi meringankan beban golongan rakyat berpendapatan rendah yang masih belum mampu membeli rumah sendiri.

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri amat menitikberatkan keperluan rakyat untuk membeli rumah tetapi tidak melupakan golongan yang belum mampu membeli rumah dan terpaksa menyewa.

"Kerajaan negeri masih meneruskan Program Rumah Transit dengan bayaran sewaan yang amat rendah. Namun, kemampuan kerajaan terbatas dan tidak dapat membina lebih banyak Rumah Transit di seluruh Kedah.

"Kerajaan percaya dengan Bantuan Subsidi Sewa Rumah, ia dapat meringankan beban rakyat yang amat memerlukan," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, Isnin.

Tuesday, 11 November 2014

PEKAN RABU AKAN BERWAJAH BARU @MukhrizMahathir #HanyadiKedah #KedahSerataRata





Ini gambar terbaru bangunan #PekanRabu yang telah dirancangkan. Berlainan sikit dari gambar yang mula-mula dulu.

Nampak agak menarik.. apa pun kita harap ianya berjalan lancar.

Patut semua peniaga beri sokongan untuk membuat perubahan yang baik ini.

Insyallah doakan semuanya berjaya..

#MMFC #Kedah #AlorSetar #KedahSerataRata #HanyaDiKedah

Majlis Perasmian Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) Meriah @mukhrizmahathir #KedahAmanMakmur




Pagi tadi YAB DS Hj MukhrizMahathir merasmikan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah ( UPUK) di Bangunan UTC Kedah.

Dalam program ini juga YAB MB turut menyampaikan dana dari TERAJU kepada usahawan usahawan untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan pinjaman Skim Mikro untuk membantu usahawan di Kedah dengan peruntukan RM 10juta seperti yang diumumkan oleh YAB MB dalam bajet tahun 2014.









TAK BOLEH CAKAP MELAYU ?? BANGSA NIE MAI DARI PLANET MANA ??




Salah siapa ? sekolah atau ibu bapa ? atau sistem pendidikan negara ?

Saturday, 25 October 2014

LUAHAN HATI KELUARGA UST AZHAR IDRUS





Satu Malaysia dah tahu tentang isu hangat yang melanda penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Biarpun pembantu beliau telah menafikan sekeras-kerasnya, namun isu ini tidak senyap begitu sahaja dan terus hangat dipaparkan di muka depan akhbar seluruhnya.

Selain Ustaz Azhar sendiri, insan lain yang terkena tempiasnya tentulah para isteri dan anak-anak beliau. Berikut kami paparkan luahan rasa hati para isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini untuk kita nilaikan;

Respon dari anak sulong UAI, Nur Madiha Asyikin.

MEK MULONG DI ISYTIHAR SENI WARISAN KEDAH @mukhrizmahathir





Kerajaan negeri Kedah mengisytiharkan teater tradisional, Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah bagi merintis jalan untuk diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Unesco, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri yang mempersembahkan seni persembahan itu sejak 400 tahun lalu.

Mukhriz berkata, sehubungan itu pelbagai usaha akan digerakkan kerajaan negeri dengan kerjasama pihak tertentu untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa.

“Persembahan Mek Mulung telah dimainkan daripada generasi ke generasi selama lebih 400 tahun di Kedah.

Saturday, 18 October 2014

FITNAH FELDA !! WAN AZIZAH DAN 2 LAGI DIARAH BAYAR 200 JUTA @Ahmadmaslan



Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam akhbar Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.


Bagaimana pun bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada 2 Oktober lalu telah memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel tersebut dan mengakui ia palsu dan tidak benar.


Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Wednesday, 15 October 2014

penghasut tak suka Akta Hasutan kata Bung Mokhtar




Ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak kerajaan mengekalkan Akta Hasutan malah mengetatkannya bagi menjamin keamanan dan kemakmuran masa depan negara.

Katanya, hanya mereka yang suka menghasut tidak suka kepada akta berkenaan dan mahu kerajaan menghapuskannya.

“Kalau tidak menghasut, tidak bersalah dan kena dakwa, kenapa takut?…lawanlah di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Selasa.

bungtvMenurut beliau, ketika zaman Jepun atau komunis, mereka yang menghasut boleh dihukum tembak tetapi di negara ini mereka hanya dihadapkan ke mahkamah.

“Kalau tak hasut, tak kena (dakwa dan hukum),” katanya yang turut kecewa banyak media sosial menghina agama, menghina sultan dan agama Islam.

Saturday, 11 October 2014

TAHNIAH PASUKAN #HIJAUKUNING !! @MukhrizMahathir




Tahniah pasukan Kedah menang 3-0 ke atas pasukan Kelantan dalam pertemuan suku akhir ke dua di Stadium Darulaman.. Kedah menang dengan agregat 4-3

Friday, 3 October 2014

YAB DS @MukhrizMahathir BIDAS KENYATAAN BIADAP MP ALOR STAR @GooiHsiaoLeung




YAB DS Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah membidas tindakan Ahli Parlimen Alor Star yang mahu MB Selangor meminda perlembagaan negeri agar kuasa Sultan Selangor dihapuskan bagi mengelak krisis pelantikan MB berulang..

YAB DS Mukhriz berkata, beliau malu dan kecewa kerana kenyataan ini keluar dari mulut Ahli Parlimen yang mewakili Kedah.

Wednesday, 1 October 2014

STRATEGI PEMBANGUNAN BULUH DI KEDAH @MukhrizMahathir




Kerajaan Kedah akan melaksanakan rancangan khas pembangunan industri buluh di negeri itu berikutan potensi besar sumber asli itu yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti menjana ekonomi.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata menerusi 'Kedah Bamboo Agenda' (KBA), pelbagai bidang baharu berkaitan buluh dapat diteroka, termasuk aktiviti pembuatan, pemasaran, pemborongan, keusahawanan, pelancongan serta pertanian.

"Melalui KBA juga, saya berharap pihak swasta, kerajaan, NGO, institusi pengajian, pemimpin masyarakat dan kumpulan muda mengambil peluang keemasan ini untuk terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam segenap bidang membabitkan buluh.

"Kerajaan negeri melalui agensi-agensinya sedia membantu menjayakannya bersama," katanya pada Perasmian Hari Buluh Sedunia 2014, di sini hari ini.

Tuesday, 30 September 2014

KPN KATA AKAN BURU SAMPAI LUBANG CACING, AKU KATA, RAKYAT MALAYSIA AKAN SUMBAT SI BABI NI DALAM LUBANG KUBOR




Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun."

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Thursday, 25 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !! TAHNIAH BN KEKAL DI DUN PENGKALAN KUBOR





Keputusan PRK Pengkalan Kubor

PENGKALAN KUBOR :
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING :
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN :
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH :
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA:
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN :
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT :
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG :
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING :
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN : 9,948 (56.28%)
Undi PAS: 7,322 (41.43%)
Undi BEBAS: 38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%)
Tahniah sahabat semua.berbaloi

Wednesday, 10 September 2014

CALON BN #PRKPENGKALANKUBOR



TPM siang tadi mengumumkan MAT RAZI MAT AIL, AJK UMNO Bahagian Tumpat,49 tahun, sebagai calon BN untuk PRK DUN Pengkalan Kubor.

MAT RAZI B.MAT AIL
PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.
- isteri Khairos bt husin guru sk. simpangan tmpat.

- Kelulusan BA(Hons)Sejarah& persuratn melayu UKM (1999) maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)

- Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)Ank 1zamir(uitam kos Art& Design) 2.nur izati(uia bhsa arab)3.aizat(maahad tmpat)4.nur zahirah(maahad tahfiz tanah merah)5.nur maisarah dan zulfahmi(sk smpgn).

TAHNIAH DAN PADAN MUKA



Aku nak ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada hakim yang mengendalikan kes Seorang penyelia tapak pembinaan yang dipenjara oleh selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.

Dan selepas ini diharapkan supaya denda kepada si penghina macam ini lebih berat.Bukan apa, jumlah setahun belum cukup untuk mengajar spesis seperti ini untuk hormat kepada bangsa dan agama lain..

Monday, 8 September 2014

BIMBANG AKTA BARU TIDAK DAPAT MEYAKINI RAKYAT


Dalam kenyataan terbaru YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan isu MANSUH AKTA HASUTAN 1948' dan digantikan dengan akta baru (AKTA KEHARMONIAN NASIONAL), YAB Dato' Seri bimbang KEBERKESANAN akta baru agak lemah berbanding AKTA HASUTAN 1948 dan ianya tidak dapat meyakini rakyat bahawa akta baru lebih baik dari Akta Hasutan 1948.

Tuesday, 2 September 2014

KELUARGA #MH17 TIADA HATI PERUT BELASAH PETUGAS MEDIA HINGGA PECAH MUKA



Ini kejadian yang tidak mahu kita lihat,tapi berlaku di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi pagi tadi dimana petugas media, jurugambar New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.

Beliau cedera di muka dan kemeranya pecah, ini kejadian pertama petugas media dipukul ketika menjalankan tugas berkaitan memperingati mangsa MH17

TAHAN PPS TINDAKAN WAJAR DAN TEPAT -TUN DR MAHATHIR



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mencabar Ketua Polis Negara secara terbuka terus dibidas termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.

Monday, 1 September 2014

PANASS !! ANAK JATI PULAU PINANG BANTAH TINDAKAN GUAN ENG BAYAR PPS RM200




Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk memberikan elaun RM200 sehari kepada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan lokap oleh pihak polis sejak semalam adalah tidak masuk akal dan keterlaluan.

Ia terang-terang penyalahgunaan wang awam untuk membiayai aktivis parti yang ditahan polis.

Sebagai penduduk dan pembayar cukai di Pulau Pinang saya melihat tindakan Guan Eng itu satu 'jenayah' kepada kami.

Tuesday, 26 August 2014

KAH KAH KAH !! LID SAMAD KENA LUDAH !!!



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.

Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE


U TURN ATAU BALAS DENDAM ??




Keputusan terbaru PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor memilih menteri besar baharu dan 13 wakil rakyat parti itu tidak menandatangi akuan bersumpah menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tentu diluar jangkaan PKR.

Sebelum ini, PKR dikejutkan keputusan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menyokong pencalonan Presiden PKR itu tetapi dikepilkan juga nama Mohamad Azmin Ali.

Bagaimanapun, apabila PKR dan mesyuarat PR pada 17 Ogos lalu tetap mencalonkan Wan Azizah sahaja, PAS tentu berpendapat, pandangan mereka diketepikan begitu sahaja oleh PKR yang dilihat terlalu angkuh dalam menentukan jawatan menteri besar.

Justeru itu, keputusan PAS Pusat pada Isnin menyerahkan soal pelantikan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah serta tidak menandatangani akuan bersumpah, boleh dianggap ‘ balas dendam’ parti itu terhadap PKR yang menolak cadangan supaya nama Azmin disertakan bagi jawatan menteri besar.

Sunday, 24 August 2014

MELAMBUNG WAN JIJAH ANGKAT DIRI SENDIRI LAYAK JADI MB SELANGOR




Angan tak sudah. Inilah ungkapan yang sesuai jika belum lagi dipilih atau dilantik tetapi sudah membayangkan dirinya calon terbaik dan akan dipilih Sultan Selangor sebagai yang paling layak memegang jawatan Menteri Besar.

Itulah yang dilakukan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila membuka tirai Kongres Nasional PKR ke-10 dengan ucapannya yang berkisar soal negeri Selangor.

Calon bakal Menteri Besar Selangor yang juga presiden parti itu menyeru seluruh anggota parti itu untuk menghormati rakyat yang mempunyai kuasa dalam memilih tampuk pimpinan kuasa.

Melalui ucapan Dasar Presiden PKR ini, ia sekaligus memberikan gambaran jelas bahawa persediaan sudah dilakukan beliau dalam waktu peralihan kuasa di negeri terkaya itu.

BLOGGER SEKS CINADAP HINA ISLAM MELAYU HILANGKAN DIRI



Ibu kepada blogger seks, Alvin Tan Jye Yee memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak mengetahui lokasi anaknya selepas tertuduh gagal menyerahkan pasport untuk kali ketiga.

“Saya merinduinya,” kata All Kim Lian, 57.

Menurut Kim Lian, dia cuba menghubungi dan meninggalkan mesej kepada anak lelakinya tetapi tidak jawapan.

“Saya menunggu kepulangannya tetapi saya tidak tahu lokai dia. Saya sudah tua dan tidak tahu banyak perkara.


Friday, 22 August 2014

PUAS FITNAH NONG CHIK, INI JALANG BARU NAK MINTAK MAAF ??




Terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata buruk padahnya... ini kisah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang sudah mengaku salah, buat fitnah terhadap ahli MT UMNO Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan oleh Malaysiakini, Khamis, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berjanji tidak akan mengulangi perkataan-perkataan fitnah tersebut.

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipercayai untuk 'tutup' kes saman fitnah yang difailkan oleh Raja Nong Chik terhadapnya sebelum ini.

Monday, 18 August 2014

#KRISISMB !! HADI AWANG TIADA KUASA DALAM PAS !!



Selepas mendengar melihat dan membaca kenyataan media DS Hadi Awang yang dibacakan oleh Mat Sabu siang tadi ternyata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Pas sebenarnya bukan keputusan sebenar Hadi Awang..

Sebaliknya keputusan yang dibuat itu sebenarnya didesak oleh kumpulan anwarinas yang bertapak didalam Pas.

Jika sebelum ini Haji Hadi sangat tegas dengan keputusannya tidak mahu Wan Azizah menjadi MB tetapi kenapa tiba tiba membuat U turn menyokong Wan Azizah?

Thursday, 14 August 2014

INILAH RUPA SI " PUKIMAK "





Ingat lagi dengan surat saman yang ditandatangan dengan ayat pukimak ?? Kalau nak tau inilah rupa si pukimak tu.. Dia bukan saja di saman malah dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM 5000 atau penjara 7 bulan jika gagal bayar denda kerana perbuatannya..

Lim Pei Jye, 41, mengaku bersalah atas menandatangi surat saman dengan perkataan kesat di ruang tandatangan atas kesalahan tidak berhenti dilampu isyarat di Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 2hb Julai 2014 lalu.

Gua nak ucap padan muka !!

TOLONG BACA DAN JANGAN KETAWA


Sesungguhnya aku amat bersimpati dengan sisa hayat politik nuar berahim sekarang.. Kapal yang dibina sudah karam. Dari jawatan punahsihat ekonomoney selangor kini diturunkan pangkat sebagai pencacai angkat najis.. kahkahkahkah

#SidangDunKedah !! PENGGULUNGAN TITAH UCAPAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH OLEH YAB DS @MukhrizMahathir



Penggulungan Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sultan kedah oleh YAB

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR

MENTERI BESAR KEDAH

Sempena Persidangan pertama dewan undangan negeri kedah penggal kedua



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Salam sejahtera,

Salam 1Malaysia dan

Salam Kedah Aman Makmur.

Yb Dato’ Paduka Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan,

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan inayahnya, membolehkan kita hadir di dewan yang mulia ini untuk persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Kedah.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke atas ke bawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah di atas titah ucapan baginda. Segala titah pandangan, cadangan dan nasihat bernas ke bawah D.Y.M.M Tuanku Sultan itu, sudah tentu saya jadikan asas dan panduan bagi memajukan negeri Kedah selaras dengan kedudukannya sebagai negeri aman dan makmur.

Wednesday, 13 August 2014

TAMPARAN HEBAT BUAT ANWAR KETUM



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini dengan kehadiran empat Exco kerajaan negeri.

Semua maklumat terkini berhubung kemelut politik di Selangor akan diumumkan selepas mesyuarat Exco itu, kata Abdul Khalid yang tiba di situ pukul 9.20 pagi.

Empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas iaitu Dr Halimah Ali; Dr Ahmad Yunus Hairi; Iskandar Abdul Samad dan Sallehen Mukhyi turut dilihat memasuki bangunan SUK bagi menghadiri mesyuarat Exco itu.

Sementara itu, enam Exco yang dipecatnya dilihat memasuki pejabat masing-masing tetapi tidak menyertai mesyuarat Exco.

Dua anggota Exco daripada DAP yang dipecat, Datuk Teng Chang Khim dan V. Ganabatirau berkata mereka hadir ke pejabat untuk bekerja seperti biasa dan tidak akan menyertai mana-mana mesyuarat berkaitan Exco kerajaan negeri seperti yang diarahkan parti.

Monday, 11 August 2014

DS @MukhrizMahathir SETUJU WAN JIJAH JADI MB SELANGOR ??



Ketika ditanya wartawan tentang krisis Menteri Besar  Selangor, YAB Menteri Besar Kedah menyatakan sokongan kepada Datin Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor demi kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.

" Dari segi kepentingan parti kamilah (Barisan Nasional), lebih baik kalau Wan Azizah menjadi Menteri Besar sebab tentu dia akan banyak buat kesilapan.'' Kata Mukhriz Tun Mahathir.

" Dia tidak mempunyai pengalaman seperti kita sedia maklum sewaktu dia menjadi Presiden Parti, Ahli Parlimen pun tidak begitu menyerlah."

KRISIS MB SELANGOR !! MAK LAMPIR DAPAT TUGAS BARU ?




Tak sangka manusia bernama zuraidah mak lampir ini sudah mengalas tugas malaikat pencatat dosa pahala manusia..

Terbaru mak lampir ini mengelar Khalid sebagai penderhaka yang belum masuk neraka kerana enggan memberi laluan kepada bini Anwar aljubor untuk menjadi Menteri Besar Selangor..

Dalam masa yang sama, Zuraida mak lampir mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Thursday, 7 August 2014

RAFIZI LEMBU SEORANG YANG BODOH - STOPA ALI



Bagi yang kenal dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali atau Cikgu Pha, kita tahu beliau jenis orang yang cool dan tidak cepat melatah.
Tapi perangai lebih sudu dari kuah, pegawai-pegawai sekeliling Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sudah bikin orang kuat Presiden PAS itu 'hangin satu badan'.

Bagi yang lama dalam politik... kenyataan Cikgu Pha itu tanda-tanda awal hubungan PAS dan PKR akan tinggal sejarah.

Wednesday, 6 August 2014

PKR RASUAH KHALID GAGAP 50K SEBULAN UNTUK LEPAS JAWATAN MB ??


Nampaknya pelbagai cara digunakan oleh PKR untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor termasuk merasuah jawatan sebagai penasihat ekonomi bergaji 50k sebulan dan segala kemudahan setaraf Menteri Besar.

Jika benar seperti surat diatas Khalid boleh dibayar sebanyak RM 50k sebulan sebagai penasihat ekonomi Selangor, agak2 berapa gaji Anwar selama ni sejak memegang jawatan penasihat? Takkan RM 1 sebulan?? Sudah tentu lebih dari apa PKR tawarkan kepada Khalid.

Tuesday, 5 August 2014

KHALID BERAHIM SAMBUT BUAH SALAM SIPUTDIN



Hanya selang beberapa jam sahaja selepas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution 'gertak' hendak edar 50 mukasurat laporan salah laku Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Empunya badan tak tunggu lama... gayung bersambut, apabila MBSelangor itu menafikan tuduhan yang Saifuddin lakukan dan mencabar PKR untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tengah hari tadi, Saifuddin dalam sidang media di pejabat PKR, kata parti itu akan 'londeh' Abdul Khalid dengan berbagai pertuduhan yang digambarkan beliau melebihi 50 muka surat.

Tuduhan tersebut akan diedarkan kepada pemimpin pakatan pembangkang esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive