Saturday, 30 November 2013

GEMPARRR !!! REMAJA MAUT DIBAHAM JERUNG



Seorang remaja maut akibat dibaham jerung di luar pantau timur Australia, semalam dalam kejadian kedua melibatkan serangan jerung yang dilaporkan di negara itu pada bulan ini.

Pihak berkuasa New South Wales memberitahu mangsa yang dipercayai berumur 18 tahun itu digigit jerung ketika dia sedang bermain papan luncur pada jarak kira-kira 100 meter dari utara bandar Pelabuhan Coffs.

ZAHID IBRAHIM MENGAKU BELI EKOR SELAR PEMIMPIN HALANG UMAT ISLAM BERJUDI




Apalah nak jadi dengan bekas Pengerusi parti KITA ni, dah lah kata pemimpin yang halang umat Islam berjudi itu hipokrit, dia sendiri mengaku berjudi..Memang liberal habis dia ni...

Memetik laporan dari Portal SOROSKINI Malaysiakini, Zaid Ibrahim menyelar tindakkan pemimpin yang menghalang umat Islam berjudi sebagai hipokrit serta bertentangan dengan perlembagaan negara..

Baca kenyataan Zaid Ibrahim dibawah

PERSIDANGAN #MahasiswaNasional !! DRI @razaliibrahim ANGKAT MARTABAT MAHASISWA @najibrazak



Datuk Razali Ibrahim sebagai Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia antara individu yang bertanggungjawab mencetuskan idea program Persidangan Mahasiswa Nasional yang telahpun bermula sejak tahun lepas, sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Biro IPT UMNO dan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan dijangka dihadiri oleh 150 orang wakil mahasiswa dari dalam dan luar negara.

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan mahasiswa untuk menjadi jurucakap bagi membawa suara golongan intelektual muda Malaysia di pentas tertinggi parti keramat UMNO.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Razali Ibrahim dan golongan mahasiswa khususnya jangan lupa untuk hadir di PWTC esok (1 Disember 2013) bagi mengikuti persidangan tahunan yang julung kalinya diadakan, bagi mengangkat martabat mahasiswa.

BELUM APA APA LAGI UST KAZIM DAH KENA MAKI PUAK CACAI PR




Belum apa apa lagi, Ust Kazim dah kena maki dalam FB semalam selepas berita mengenai perlantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno diumumkan.. Apahal Puak PR nak kecoh kecoh pasal perlantikan ni pulak ? Orang Umno memang bersetuju dan menerima perkara ini. .

Aku nak tanya, salahkah Ust Kazim dilantik oleh Umno untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi ?? Apa dalil yang mengatakan beliau dilarang menjawat jawatan dalam parti ? Kena faham satu benda sahaja, beliau dilantik bukannya bertanding.. Kalau pemimpin dan penyokong pembangkang pun PM boleh lantik sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional [MKPN].

Jadi apa salahnya untuk parti Umno, Ust Kazim dilantik..?? Bukan ada apa apa kesalahan dibawah kanun jenayah.. Dan selama ini pun puak cacai PR bukan suka Ust Kazim.. Mereka lebih agungkan Ustak Mek Di Azhar Idrus..

Friday, 29 November 2013

SIDANG ALA PARLIMEN, PENGIKTIRAFAN UMNO KEPADA MAHASISWA!! Persidangan #MahasiswaNasional @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal



Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang bakal diadakan pada 1 Disember ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 menjanjikan kelainan apabila menggunakan format baharu berkonsepkan ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, pendekatan tersebut merupakan kali pertama dilakukan, berbeza dengan konsep yang digunakan sebelum ini.

Menurutnya, konsep sebelum ini lebih menjurus kepada pendekatan yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

PEHHH !!! GAJI SPEAKER SELANGOR RM 9000 SEHARI



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dengan bangga mengakui kononnya beliau tiada aset kecuali rumah teres dan kereta jenama Kia Sprento.

Adun DAP Subang Jaya itu membandingkan kenaikan gaji baru Speaker daripada RM RM6,109.29 kepada RM22,500 jauh lebih tinggi dengan apa diperolehi Perdana Menteri dan timbalannya walaupun gaji Datuk Seri Najib Tun Razak hanya RM22,826.65 manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima gaji RM18,168.15.

“Itu jauh, saya boleh isytihar aset saya,” ujarnya mengulas akhbar The Star dan ahli Barisan Nasional yang membayangkan pendapatannya melebihi Najib dan Muhyiddin.

TAHNIAH !! UST KAZIM DILANTIK MAJLIS TERTINGGI UMNO



Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengumumkan perlantikan MT UMNO, USTAZ KAZIM ELIAS, penceramah agama popular antara 9 dilantik Ahli MT UMNO.

Turut dilantik mengisi lagi 8 kekosongan itu ialah Datuk Nazri Aziz,Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Sharkar Shamsudin, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Johari Ghani, Datuk Irmohizam, TS Ibrahim Abu Shah
dan Asyaf Wajadi.

ISU BANGLA !! ANWAR SEKALI LAGI KANTOI DI DEWAN RAKYAT !!



Mungkin ada berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya.

Insiden berlaku ketika Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ahli parlimen Permatang Pauh mencelah mengenai cadangan kerajaan membawa 500 ribu pekerja Bangladesh.


Tidak sampai lima minat Anwar sudah pusing cakap isu bangla di Dewan Rakyat

Persidangan #MahasiswaNasional “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal



KENYATAAN AKHBAR BERSAMA

YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN

YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia



Persidangan Mahasiswa Nasional 2013

Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.


Thursday, 28 November 2013

CUBA BAYANGKAN KALAULAH GAJI PM NAIK MACAM SELANGOR BUAT ??



Cuba tengok gambar diatas.. kalaulah langkah ini diambil oleh kerajaan pusat atau Barisan Nasional (BN), apa agaknya yang akan di cemuh oleh cacai pembangkang dalam facebook dan blog ??

Tapi dah jadi lumrah alam, disebabkan ianya melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat, maka tiada isu sangat.. Depa boleh kata isu ni isu remeh temeh..

Tak gila kah bila gaji MB Selangor lebih dari gaji Perdana Menteri ?? Menteri Besar Selangor dilaporkan akan menerima lonjakan gaji daripada RM14,175 kini kepada RM29,250. Manakala para exco pula menerima kenaikkan dari RM6,000 kepada RM11, 250,Speaker dan Timb Speaker masing masing antara RM 15 ribu ke RM 22 ribu..

Wednesday, 27 November 2013

PASANGAN NIKAH MUDA DAH CERAI TALAK 3 ??



Masih ingat dengan pasangan ini?? Tahun lalu Mereka berdua mengejutkan rakyat Malaysia apabila bernikah dalam usia muda dimana ketika itu pengantin perempuan baru berusia 12 tahun..

Namun kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

PANASS !! KENAPA ANWAR CUBA SEMBUNYI KETURUNANNYA YANG ROSAK ??



Ketika bujang, Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya tapi duduk sebilik dengan Sukma di rumah bapanya di Kampung Tunku bersama Mak Tiri.

Kami memetik dari blog Talk with Hand, berikut:

“Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

“Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan”.

Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.

Tuesday, 26 November 2013

PANASSS !! PKR DAH KARAM !! SELURUH CABANG DI SABAH HANCUR




Lagi tamparan hebat buat PKR apabila 11 Ketua Cabang mereka di Sabah termasuk 2 daripadanya adalah ADUN Sabah telah meletak jawatan serta keluar dari PKR kerana sudah tidak lagi mempercayai perjuangan PKR.

Baru ini kita dapat saksikan 3 orang kuat PKR di Langkawi meletak jawatan dalam PKR kerana masalah dalaman antara PKR Negeri dan PKR Pusat akibat campur tangan melampu dari Ketua Umum si Nuar Berahim..

Senarai Ketua Cabang PKR umum keluar parti ekoran Hilang Percaya kepada kepimpinan PKR dan Campurtangan pimpinan PKR pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah.

KALAH NAIB PRESIDEN !! MAHPOZ MENGAMUK DI PARLIMEN



Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

Monday, 25 November 2013

HOT !!! DENDA LEBIH TINGGI MENANTI PEMILIK IC CUAI !!!




Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baharu, katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

PEHH !! HUSAM BODEK NAK TENGOK HADI AWANG JADI PM SEBELUM MATI



Sebaik sahaja berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Pas, Husam terus membodek mahu big bossnya menjadi Perdana Menteri..

Kononnya itulah agenda perjuangan parti dan perlu dibincangkan oleh seluruh saf kepimpinan supaya impian itu tercapai..

Husam siap declare nak tengok Haji Hadi jadi PM sebelum dia mati walaupun cuma satu hari..

Nampak sangat pemimpin Pas bukan nak perjuangkan Islam sangat sebaliknya mengejar cita cita untuk mengejar jawatan.. Apa yang paling penting bagi Pas ialah menjatuhkan parti yang begitu dibenci sampai mati iaitu Umno..

PANASSS !!! KOLEKSI KLIP VIDEO PANAS ANWAR DIDEDAHKAN !!!





Kompilasi sedutan video klip kenyataan Anwar Ibrahim tentang pengundi Bangladesh. Malah Anwar juga sebenarnya turut menyebut nama-nama negara anggota ASEAN yang lain.

Selain itu SPR dan parti wajib dipersalahkan iaitu UMNO dan Barisan Nasional, beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia turut dituduh bersekongkol membawa masuk puluhan ribu pengundi luar/asing.

Nama MAS dan AirAsia turut diheret oleh Anwar dalam isu pengundi Bangla ini..Kita harap MAS dan siapa saja yang disebut menyaman Anwar dan PR bagi membersihkan kembali nama serta menghukum Anwar supaya tidak menipu..

Sunday, 24 November 2013

PANASSS !! DRIVER NURUL IZZAH DISIASAT KES ROGOL & SAMUN ??




Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

PKR BALAS DENDAM HALAU ADUN BN KELUAR DEWAN



Nampaknya PKR mula membalas dendam terhadap BN.. Minggu lalu kita menyaksikan bagaimana MP Pkr(bdk junior) dalam Parlimen cuba belagak pandai menghentam Yang DiPertua Speaker Dewan Rakyat TS Pandikar Amin Mulia..

Kali ini PKR membalas balik tindakkan tersebut terhadap BN dengan menghalau Ketua Pembangkang Dun Selangor keluar Dewan DUN apabila Timbalan Speaker terlebih emosi dan gagal untuk mengawal darah mudanya mendengar penjelasan Ketua Pembangkang..

Datuk Shamsudin Lias diarah keluar dewan kerana bertengkar dengan Timbalan Speaker apabila diarah duduk.

TAKZIAH DAN ALFATIHAH BUAT MAHFHZ OMAR !! KAH KAH KAH KAH




Takziah diucapkan kepada Mahfuz Omar atas kehilangan jawatan yang disayanginya selama ini dalam Pas iaitu jawatan Naib Presiden..

Mahfuz Omar hanya memperolehi 504 undi manakala Salahuddin memperoleh 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).

Jadi Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi 10.53 pagi tadi.

Pengesahan keputusan dilakukan selepas proses pengiraan semula dibuat semalam.

Pertandingan lima penjuru itu menyaksikan seorang lagi calon yang bertanding, Abu Bakar Chik kalah ..

PANASS !!! CALON KETUA PEMUDA PAS YANG KALAH MEROYAN DI FACEBOOK



Chill la brader, Pas kan macam tu.. Dah hang yang pilih nak masuk Pas.. Nak marah buat apa?

Tapi betui apa yang dikata oleh calon Ketua Pemuda Pas ni, selama ni Pas duk salah pihak lain(SPR) saja.. Tapi bila salah sendiri buat tak tau saja..

Kuman seberang laut nampak tapi dinasor depan mata buat buat buta.. Dah terang lagi bersuluh sifat keji pimpinan Pas..

Takkan semua ni salah SPR?? Sendiri mau ingatlah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive