Saturday 14 September 2013

PANASSS !!! PAS AKUI GAGAL MARTABATKAN MELAYU DAN ISLAM !!!



PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian luahan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.

NAJIB UMUM DANA 1 BILION UNTUK PENDIDIKAN BUMIPUTERA !!!




Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA bernilai RM1 bilion dalam bentuk dana sepadan atau ‘matching grant’ bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan dana berkenaan pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dihadiri ribuan penuntut, ahli akademik dan ahli perniagaan, di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini.

DEBAT !! RAFIZI " MAUT " DITEMBAK SOALAN 2KUPANG ??


Baru baru ini berlangsungnya satu debat di antara Rafizi dengan Lokman Adam(dalam banner) tapi diwakili zaidel bertempat di dewan MPAJ..

Paling menarik perhatian adalah pertanyaan dari Saiful Zaini yang tidak dapat di jawab oleh Rafizi sampai ke sudah...

Soalannya cukup mudah dan aku yakin jika niat seseorang itu untuk tidak mempolitikkan isu kenaikkan minyak mampu jawab dengan mudah..

PANASS !!! SEJAK BILA TAN SRI KHALID IBRAHIM KETUA POLIS NEGARA ADMIN FB RTM Oiii ??? @shaberyc




Aku hanya mampu tersenyum dan mengelengkan kepala bila terbaca status FB milik Radio Televisyen Malaysia RTM tentang permohonan maaf RTM terhadap Polis diraja Malaysia atas kesilapan pada logo yang disiarkan dalam berita beberapa hari lepas..

Sekali baca status FB diatas nampak macam tak ada apa apa kesalahan..Namun bila tengok balik pada nama Ketua Polis Negara memang ada kesilapan..Nama Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Khalid Abu Bakar bukannya Tan Sri Khalid Ibrahim.. Khalid Ibrahim tu Menteri Besar Selangor..

Friday 13 September 2013

DERHAKA KEPADA SULTAN : MANA PEMIMPIN DAP BILA 13 AHLI PAS BERMATIAN UNTUK PERTAHANKAN KERAJAAN DAP PERAK DIPENJARA ??



Masih ingat insiden diatas?? Inilah kader kader Pas yang sanggup menderhaka kepada Sultan Perak kerana nak pertahankan kerajaan Dap Perak apabila peralihan kuasa berlaku..

Pada mata kasar, Perak diketuai oleh Nizar Jamaluddin namun dibelakangnya pula kerajaan Perak ditadbir oleh Dap selama 11 bulan..

Hari ini Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar putuskan 13 individu yang menyertai perhimpunan haram di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan empat tahun lalu dipenjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000 kerana menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru..

BUKTI PAS TAK MARAH BILA HAIWAN PELIHARAANNYA HINA KALIMAH ALLAH !!


Sehingga saat ini, tak ada seorang pun pemimpin Pas menegur manusia yang aku labelkan sebagai binatang biadap ini kerana tindakkannya melakar kalimah suci Allah ini seolah olah milik kerajaan..

Inilah akibatnya bila tak tahu nak bezakan antara politik dengan agama.Sampai sanggup menjadikan kalimah Allah sebagai bahan sindiran..

Apa apa pun tahniah buat parti Pas kerana berjaya melahirkan seorang pejuang Islam macam ni...

RUMAH BERHANTU SEKSYEN 2 SHAH ALAM AKAN DIFILEMKAN



Jika anda pernah belajar atau bekerja di Shah Alam, pastinya kisah seram sebuah rumah teres yang terletak di Seksyen 2 ini tidak janggal pada pendengaran anda.

Sebelum ini heboh mengatakan dua orang pelajar institut pengajian tinggi awam berdekatan meninggal dunia disebabkan kejadian aneh dan mistik yang berlaku di rumah berhantu tersebut.

SEMUA ORANG PAS ADALAH ULAMA - NIK AZIZ



Baru baru ini Nik Aziz ada mengeluarkan kenyataan meminta ahli Pas memilih golongan ulama untuk memengang jawatan timbalan presiden Pas..

Gaya dan nada yang disuarakan oleh Nik Aziz sebenarnya mahu seluruh ahli Pas menolak Mat Sabu yang ingin kekal mempertahankan jawatan timbalan presiden..

Namun semalam Nik Aziz menafikan bahawa tidak pernah meminta ahli Pas untuk tidak memilih bukan ulama untuk menjawat jawatan timbalan presiden Pas sebaliknya menyalahkan akhbar yang memutar belit kenyataannya..


Baginya semuanya dalam Pas layak dipanggil ulama. Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional.



Adakah ini jugak termasuk dalam golongan ulama? Golongan profesional yang sanggup menggadai kalimah Allah juga termasuk dalam golongan ulama?

Seeloknya Nik Aziz duduk berehat sajalah dari keluarkan kenyataan mengarut macam nie...Nampak sangat dah nyanyuk..

Thursday 12 September 2013

UNDANG2 PENTINGKAN HAK ASASI MANUSIA BOLEH JATUHKAN NEGARA


contoh tindakkan Bar Council minta mansuh hukuman mati

Benar kata kata bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia Tan Sri Zaman Khan bahawa Undang-undang yang mementingkan hak asasi manusia bukan undang-undang terbaik untuk membasmi jenayah berat..

Menurut beliau hak asasi perlu namun mesti ada parameter dalam melaksanakan sesuatu undang-undang yang berkaitan jenayah.

Sebagai contoh negara-negara maju yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia sering menghadapi kes jenayah berat, ia lebih teruk berlaku di hadapan pasukan penguatkuasa polis dan tempat awam.

PEMILIHAN UMNO : SABRINA TANDING ATAS JENAMANYA SENDIRI !! @sabrina4NKP3M




Baru baru ini Exco Pergerakan Puteri UMNO, merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Datin Norsabrina Mohd Noor memutuskan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Puteri UMNO..

Namun apa yang beliau ingin jelaskan bahawa beliau tidak sama sekali dipengaruhi pemimpin lain sayap itu, sebaliknya membawa jenamanya sendiri.

APA LAGI RAKYAT MAU ?? TAK CUKUP LAGI KAH DENGAN APA YANG DAPAT ???




Setelah mengalami ‘kejutan’ dalam PRU-13 lalu, BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan. Sejurus selepas PRU, BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti. Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, serangan pembangkang semakin reda. Kalau adapun, ianya tidaklah sehebat mana, malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri.

Serangan yang pada mulanya berupa persoalan, semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger mahupun pihak atasan. Akhir-akhir ini, serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau.

BIADAP !! NGO KRISTIAN CARI PASAL DENGAN UMAT ISLAM !!!



Belum pun Mahkamah Rayuan memutuskan samada penganut kristian layak atau tidak mengunakan kalimah Allah, Sebuah badan bukan kerajaan NGO kristian di gelar Penang Diocesa Mirgran dikesan mengambil kesempatan dengan mengunakan kalimah Allah pada sebuah program anjuran mereka di Teluk Intan Perak..

Tindakkan NGO ini seolah olah mencabar seluruh umat Islam di Malaysia dan tidak menghormati Undang undang negara..Sikap biadap NGO kristian ini juga sengaja mahu mencetuskan provokasi supaya isu kalimah Allah ini menjadi panass..

GEMPARR !!! PENDUDUK LEMBAH KLANG DALAM BAHAYA




BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!

Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.

Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang ‘high-end’ ini boleh dikatakan kotor.

GAMBAR PANASS !!! ZUHUDNYA ANAK NIK AJIS DAN EXCO KELANTAN ???




Dari naik teksi terus ke private Jett..Lepas ni apa lagi pulak?? Rakyat pula kena tipu bulat2 oleh pemimpin Pas kononnya hidup aerba kedaifan keserdehanaan.. Tup tup boleh pulak naik private Jet..

Dengar Khabar Nik Abduh dan beberapa exco kerajaan Pas Kelantan melawat projek di lojing dan kawasan  sekitar dengan helikopter milik Westar Aviation dan diterbangkan pula khas dari Subang ke KB dengan menaikki Jet Peribadi..

Wednesday 11 September 2013

UPDATE EKSIDEN HIWAY KARAK !!! 13 MANGSA CEDERA




Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.

TERKINI !! LAGI KEMALANGAN MELIBATKAN BAS BERLAKU DI HIWAY KARAK



Seperti dahagakan darah dan nyawa hiway karak nie.3minggu sudah kita dikejutkan dengan insiden bas Genting Highland terjun gaung.Kini sebuah lagi Bas terlibat dalam kemalangan di Hiway Karak..

Tak pasti teruk ke tidak kemalangan ini..Apa apapun aku harap kemalangan ni tak seserius seperti di Genting..Masih menunggu berita dari lokasi..Sumber gambar dari twitter

PANASS !! DEWAN MUSIBAT PAS JUAL NAMA MANGSA KEMALANGAN UNTUK DAPATKAN WANG MUDAH ???




Nak bantu tak salah tapi biarlah jujur.. Dewan Muslimat Pas lancar tabung bantuan bagi membantu keluarga mangsa kemalangan ngeri yang mengakibatkan seorang ustazah dan 3 anaknya maut 2 hari lepas di Kajang..

Tapi yang menjadi persoalannya ialah no akaun yang tertera pada print screen diatas..Kenapa tak tulis saja no akaun keluarga mangsa?? Kenapa perlu didermakan kedalam akaun Muslimat Pas?

Bukan nak kata apa, track rekod Pas menguruskan duit pun diakui banyak masalah.Duit tabung memali pun hilang entah kemana.Duit Kohilal lagi.Duit Tabung Lahad Datu pun kita tak tahu kemana dibelanjakan..

CEC DAP !! BUKTI CINA TAKUT LAWAN SECARA ADIL !!!




Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula.

Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian.

Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat ‘perwakilan haram’ seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal. Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.

PANASS !!! NIK AZIZ MAHU TENDANG MAT SABU



Habislah karier politik Mat Sabu dalam Pas, sejak kalah hatrik pada PRU buat kali ke3 berturut turut, kini sekali lagi Mat Sabu akan dikalahkan... Bukan diperingkat Parlimen mahupun Dun, tetapi di pemilihan parti pada Muktamar Pas pada hujung tahun ini..

Kenyataan Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar golongan ulama mengisi jawatan timbalan presiden disifatkan sebagai isyarat jelas buat ahli ahli Pas untuk singkirkan Mat Sabu.

Kenyataan Nik Aziz tepat melekat terkena dimuka Mat Sabu,  setelah Mat Sabu gagal memberikan apa apa manfaat terhadap Pas sejak menjadi timbalan presiden Pas... Banyak benda Mat Sabu buat memudaratkan Pas selain hanya menjadi badut sarkas selepas memegang jawatan itu..

PANAS !!!! AZALINA TARIK HAND BREAK LAWAN KETUA WANITA ??




Selepas menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan Umno pada Oktober depan, bekas pengasas Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said akhirnya mengalah setelah mendapat nasihat daripada ahli pergerakan wanita parti.

Beliau yang dipetik dalam portal berita hari ini, melalui sumber dalaman sayap Umno itu menyatakan Azalina akan membuat pengumuman penting untuk tidak mencabar penyandang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 20 September akan datang.

“Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” menurut sumber dalaman itu.

Tuesday 10 September 2013

SABRINA CALON NAIB KETUA PUTERI UMNO #NKP3UM @sabrina4NK3M


YB Datin Sabrina merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dapat merealisasi cita-cita beliau untuk terus membawa kecemerlangan Puteri UMNO Malaysia.

Kecemerlangan YB Datin Sabrina di bukitkan dalam pilihan raya umum ke-13 apabila memenangi DUN Bandar Baharu, Kulim. YB Sabrina merangkap antara EXCO termuda di Kedah, Beliau bukan sahaja mengekalkan prestasi sebelum ini malah akan terus memacu kejayaan lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14.

KEMELUT KUIN : KEDAH TAKKAN DEDAH KERTAS PUTIH



Kerajaan Kedah tidak berhajat mengeluarkan kertas putih mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan anak syarikatnya, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam Kuin dan IHSB.

TERKINI !! HIMPUNAN SELAMATKAN KALIMAH ALLAH



Alhamdulillah pagi ini ribuan umat Islam hadir mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh kapir laknatullah di hadapan Istana Kehakiman.



MUKHRIZ TIMBANG MASUK GELANGGANG NAIB PRESIDEN UMNO




Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan menimbang pandangan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib presiden pada perhimpunan parti itu Disember ini.

“Saya didatangi ramai kawan-kawan yang memberi bermacam pandangan (mengenai pertandingan naib presiden) dan menilainya daripada pelbagai sudut.

Monday 9 September 2013

AWASS !!! PENYEGAR UDARA BAHAYAKAN KESIHATAN



Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.

Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.

Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.

SYIAH AGAMA CIPTAAN YAHUDI




Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.

Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.

Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.

Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka.

Sunday 8 September 2013

PANASS !! PEMUDA PAS SERET KHALID SAMAD KE JAWATANKUASA TATATERTIB !!


AIDCNews – 07/09/13 – Meskipun Khalid Samad cuba mengalih isu dengan menuduh krisis dalaman Pas berpunca daripada propaganda UMNO yang bekerjasama dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bersama saki baki pengaruhnya, namun perkembangan terkini di peringkat akar umbi parti itu menunjukkan hasil sebaliknya.

Khalid, YDP Pas Shah Alam dan Timbalan Pesuruhajaya Pas Selangor membuat tuduhan itu ketika menulis artikel di laman peribadinya, www.khalidsamad.com bertajuk “Bahagian Ketiga: Perancangan Golongan Yang Ingin ‘Menyelamatkan PAS dan Presiden’ (Kononnya).”

MUSA HASSAN BUKAN AHLI MYWATCH


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan desas-desus yang mengatakan beliau meninggalkan badan pemantau jenayah, MyWatch, seperti yang dilaporkan media semalam.

Musa yang dihubungi Antarapos berkata, beliau masih lagi penaung kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dan akan memberikan nasihat serta pandangan sekiranya diperlukan.

"Saya tak tinggalkan MyWatch.. Saya dalam MyWatch hanya sebagai penaung saja. Saya bukan ahli MyWatch pun.

MUKHRIZ DAPAT UNDI POPULAR NAIB PRESIDEN PALING TINGGI !!



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat undi paling tinggi bagi jawatan Naib Presiden Umno hasil undian yang dibuat sebuah blog pro Umno, syedoutsidethebox.blogspot.com.

Sehingga hari ini, Mukhriz -yang setakat ini belum membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan- mendapat 85 peratus atau 1383 daripada 1621 undi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive