Saturday 6 April 2013

PANASS !!! PENTAS PEMUDA BN SERANG KUALA KEDAH @MukhrizMahathir @LattShariman @tankengliang



Semalam berlangsungnya program Rali Selamatkan Kedah #SaveKedah bertempat di Dataran Jeti Kuala Kedah.. Antara yang hadir menyampaikan penerangan isu isu semasa di Kedah adalah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, Dato Jamil Idross, Dato Mutalib Harun, Shafiqurahman Ketua Pemuda Umno Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani, Tokoh Belia Shahrolniza, Datuk Zubir dan beberapa lagi pemimpim pemimpin dari parti komponen..

Sambutan yang ditunjukkan oleh warga Kuala Kedah kali ini cukup memberansangkan.. Antara isu isu yang diterangkan pada malam ini adalah KUIN, projek perumahan terbengkalai, isu pembalakkan, isu buku sejahtera Pas Kedah, isu pembinaan masjid dan beberapa lagi isu yang membuatkan Pas tak senang duduk sekarang ini..



Banyak penipuan Pas selama ini berjaya dibongkarkan, rakyat yang ditipu oleh kerajaan Pas Kedah sendiri mengakui bahawa tiada apa pembaharuan yang Pas lakukan lebih lebih lagi di Kuala Kedah..Walaupun Kuala Kedah mempunyai dua EXCO dalam pentadbiran Kerajaan Pas di negeri Kedah, namun mereka gagal membanggunkan Kuala Kedah.

Apa yang menarik pada program Rali Selamatkan Kedah semalam adalah isu pembinaan 12 Masjid disampaikan sendiri oleh Datuk Mukhriz kerana masjid dalam kawasan beliau dan hasil dari perbincangan beliau dengan YAB Perdana Menteri juga dimasukkan dalam Buku Kedah Sejahtera itu..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive