Saturday, 28 July 2012

RENUNGAN: Pukul 3 Hingga 5 Pagi Waktu Mustajab Untuk Bertaubat



Sesungguhnya Allah, seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa: 27 menyatakan kesungguhan-Nya untuk menerima taubat setiap hamba-Nya. Walaupun mereka yang tunduk, kalah oleh runtunan hawa nafsu berusaha untuk menyimpang, berpaling jauh daripada Allah, tidak mahu bertaubat.

Perlu diinsafi dan disedari bahawa Allah itu amat suka dengan mereka yang bertaubat (al-Baqarah: 222), biar betapa banyak dosa yang dilakukan oleh seorang hamba yang beriman. Sesungguhnya Allah itu amat menerima taubat hamba-Nya (an-Nisa: 15 & 63).

Dalam surah at-Taubat: 104 dijelaskan firman Allah yang bermaksud: Tidakkah mereka mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan bahawasanya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya bertaubat itu terlalu mudah. Taubat bererti insaf, sedarkan diri terhadap kesalahan yang telah dilakukan berserta azam tidak akan mengulangi dosa yang sama, juga lain-lain dosa, di samping menjauhkan diri daripada wasilah (perantara) yang boleh menyebabkan seseorang itu terlibat dengan dosa yang sama. Orang yang berkenaan hendaklah melakukan banyak ibadah dan kebajikan.

Orang yang bertaubat kerana minum arak, mesti menjauhkan diri dari tempat-tempat di mana dia terlibat dengan arak, memutuskan hubungan dengan teman-teman yang menggalak, memperkenal atau menemaninya minum arak.

Orang yang terlibat dengan zina mesti mengelakkan diri dari tempat-tempat perzinaan, di lorong-lorong mati, hotel-hotel, rumah-rumah urut dan sebagainya, juga memisahkan diri daripada berhubung dengan GRO-GRO yang dilangganinya.

PANASS !!! @tantawi100 MUSYKIL ORANG MELAYU MACAM @shamsuliskandar TOLAK HUDUD !!!


Saya tak hairan jika non-muslim tidak menerima ajaran Islam tidak menerima HUDUD ini. Tapi kalau orang Islam yang tolak ini yang musykil ni.." - Ustaz Nasruddin Tantawi 19/07/2012

Mungkin tantawi terlupa orang yang dimaksudkannya itu adalah rakan sejawatannya dalam PKR sendiri menolak hudud..Malah sam ketot lebih menyukai cara pentadbiran DAP berbanding Pas..Bagi Sam, Pas ni hanya lubuk bagi PKR untuk menyebarkan benih benih kotor merek..

GEMPAR !! HOSPITAL SWASTA DI PENANG SEDIA MAKANAN BERULAT ?!!

ULAT SAMPAH DI TEMUI DALAM MAKANAN
GEORGETOWN - Seorang pesakit di sebuah hospital swasta cemas apabila hampir termakan ulat yang dihidangkan bersama dalam hidangan makan malamnya ketika menerima rawatan di situ.

Mohamad Naim Ishak, 29, yang juga pekerja hotel di Batu Feringghi dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami masalah usus.

Menurutnya, dia tidak menafikan sepanjang beberapa hari dimasukkan ke hospital itu kebanyakan makanan yang dihidangkan kurang memuaskan.

“Kemuncaknya apabila pada hari terakhir berada di wad, saya dihidangkan sayur dan juga ayam.

LAWAK MR BEAN DI PEMBUKAAN OLIMPIK 2012



Kemunculan Rowan Atkinson, atau lebih dikenali dengan jenama Mr. Bean di acara pembukaan Olimpik London 2012 menjadi tarikan utama kepada lebih jutaan penonton di seluruh dunia kerana ia diselangi dengan sedikit kejutan daripada pelakon tersebut.

Pelakon komedi ini hanya menggunakan ekspresi muka yang membuatkan seluruh stadium ketawa dengan gelagatnya sepanjang lagu tema “Chariots of Fire” dimainkan oleh sekumpulan orkestra.

TAKUT KANTOI !!! MINUM SAMBIL PAKAI HELMET DALAM RESTORAN

Abdul memakai topi keledar dengan tujuan tidak mahu dikenali ketika minum di kedai kopi.

KULIM - Sebelum ini ada dalam kalangan kaki ponteng puasa menjadikan ladang kelapa sawit sebagai port untuk makan dan minum bagi diketahui orang ramai.

Namun selepas lapan hari menunaikan Rukun Islam ke tiga ini, mereka semakin tidak malu dan berani makan secara terbuka di kedai makan yang dimiliki bukan Islam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sifat malu jelas tiada dengan rasa tidak bersalah apabila merokok secara terbuka.

Seorang pemandu lori pasir yang mahu dikenali sebagai Abdul, 38, mengaku tidak berpuasa dengan alasan penat kerana terpaksa bekerja di tempat yang panas dan menggunakan tenaga yang banyak.

“Dulu memang kita makan dalam ladang kelapa sawit kerana takut ditangkap, sekarang tak payah dah.

PANASS DARI KEDAH !!! KENAPA LEMAN 3 SUKU TAKUT DENGAN LOGO NI ??


Bila sebut nama leman mesti orang terfikir siapakah manusia bernama Leman ni..Ya lah tiba tiba saja puak puak pas begitu memuja si Leman ni..Dulu masa dia masuk raja lawak nama leman tak lah macam sekarang..Bagi aku Amireca "I'm Sorry" lagi popular dari si Leman sampai sekarang si Amir dapat job..Tapi yang peliknya si Leman ni dah la tak laku tapi perasan pulak popular siap tunjuk video kononnya dia sedang di pujuk oleh seorang YB UMNO nak panggil buat show..Lihat video kat sini

Kenapa Leman takut sangat dengan gerakan TMK di Kedah ?? TMK tak ada buat apa pun dekat Leman..Kalau setakat usik mengusik tu biasalah..Bukankah Leman suka mencari pasal dengan CT Umno sebabnya nak jadikan modal ceramah kononnya Leman berjaya melawan CT Umno..

NG WEI AIK BODOH TAK DAK AKAI



Punya la bodoh takmau mengaku salah MPPP di tuduhnya pihak hospital yang salah..Sedangkan parit parit tu dah tentu tanggungjawab MPPP..Inilah sikap si biadap ni..sama ja macam guan eng..Salah sendiri takmau mengaku lepas tu tuduh orang lain yang salah..Lu berak pun mau tuduh orang lain punya taik ka ??

GEORGE TOWN - Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong membidas kenyataan Adun Komtar, Ng Wei Aik yang mendakwa badan itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital sehingga menyebabkan kawasan itu dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Lim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana masalah banjir sebenarnya berpunca daripada peniaga di sekitar hospital yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai sehingga menyebabkan sistem saliran di kawasan berkenaan tersumbat.

"Sepatutnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertanggungjawab kerana mereka yang beri lesen kepada peniaga ini termasuk menyelia dan menyelenggara saliran tersumbat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ng dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

GEMPARR !!! LABU AIR TERPANJANG DI MALAYSIA ??



PASIR MAS - Kebiasaannya, buah labu air mencapai kepanjangan tidak lebih daripada 30 sentimeter (cm). Berbeza pula dengan labu air di Kampung Belukar, apabila ia mencapai ketinggian lebih 150 cm.

Guru al-Quran, Pak Su Mail berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perubahan, ketika mula menanam buah labu air di belakang madrasah.

Namun katanya, dia mula berasa pelik, apabila mendapati buah itu tidak berhenti membesar, setiap kali melihatnya selepas mengajar al-Quran di madrasah tersebut.

“Ramai juga yang bertanya mengenai buah ini, namun ia hanya buah biasa seperti yang diperoleh di pasar.

“Saya juga tidak meletakkan sebarang baja, sebaliknya membiarkannya tumbuh di belakang madrasah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

GEMPAR !!! BAS EKSPRESS TERSADAI DALAM HUTAN DIALIH MAKHLUK HALUS ?!!



Memang pelik tapi itulah kenyataanya, bagaimana sebuah bas tiba-tiba boleh terperangkap di dalam hutan? sampaikan kereta polis pun tidak dapat memasuki lokasi kejadian tersebut.

Jakarta: Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Friday, 27 July 2012

TUDIAA !!! KUMPUL KEKAYAAN DALAM PAS, BOB LOKMAN BELI TOYOTA ALPHARD


Pergh, hebat la artis artis yang join Pas ni, hanya beberapa bulan saja dah boleh kumpul kekayaan atas hasil ceramah memaki hamun, fitnah orang..

Yang melopong geng geng totok lebai,pak cik mak cik yang di taburi tiket ekspress ke syorga..Agaknya berapa la si bob lokman ni dapat setiap kali ceramah sampai boleh beli kereta alphard dalam masa yang singkat..

PANASS !!! RAKYAT SABAH MENGAMUK PAS HALANG SABAH BERSATU DENGAN MALAYSIA SATU KETIKA DULU !!!


Agak menarik bila MTK baca artikel dari rakan blog Mymassa bertajuk SABAH DIJANGKA KELUAR DARI MALAYSIA..Paling mengejutkan bila Parti Isle Semalaya(PAS PIS PUS) paling lantang menolak sabah dari bergabung dengan Tanah Melayu satu ketika dulu..

Pas telah menghantar Petisyen ke Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur untuk menghalang negeri Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia. Bagi PAS, negeri Sabah tidak patut dipanggil untuk menyertai Malaysia. PAS tidak bersetuju malah menentang kemasukan Sabah di dalam pembentukan Malaysia.

Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu.

VIDEO PANAS !! TUN MAHATHIR SEMBUR DAP DEPAN ORANG RAMAI !!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.

Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.

“Saya dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis”.

PANASS !! PAS KELUAR SURAT PEKELILING TOLAK PENCALONAN BEKAS PENGARAH JSJ PDRM !!!


Dato' Fauzi Shaari bekas Pengarah JSJ PDRM difahamkan sebelum menyertai Pas beliau telah dijanjikan dengan berbagai benda yang cukup menarik termasuklah menjadi calon Parlimen Bagan Serai atau Larut.



Maka Pas menyambut kehadiran bekas Pengarah JSJ PDRM dengan penuh gilang gemilang..Dicanangnya keseluruh negara bahawa kebanyakkan bekas pegawai tinggi Polis itu telah memilih untuk bersama Pas..

Namun sebulan kemudian sebaik sahaja Datuk Fauzi menyertai Pas secara sah dengan menyerahkan borang kepada Nik Aziz di Bagan Serai, Pas telah mengeluarkan surat kononnya Mesyuarat Pas kawasan Larut sendiri(seperti dalam surat) telah sepakat menolak pencalonan Datuk Fauzi untuk menjadi calon Parlimen Larut..Sambung baca sini

PROJEK LANGAT 2 TALIAN HAYAT PENDUDUK LEMBAH KLANG !!!


Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

RAKYAT MENANTI , BILA AGAKNYA NAK MULA


Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

PANASS !!! APA DAH JADI DENGAN TANAH BERISI KETULAN EMAS KERAJAAN PAS KEDAH DI TIMOR LESTE ??



Pada tahun 2009 yang lalu kerajaan Pas Kedah dikatakan telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak itu akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi yang kosnya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Tapi yang tak boleh blahnya Pas yang cukup dikenali dengan sifat riak takbur dan angkuh ni berkata atas hasil berkat pemerintahan Isle ala Pas Tanah yang dipajak itu ada ketulan emas yang banyak..

PKR Cuba Cetus Pemberontakan Negara Islam Terhadap Arab Saudi


Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi. Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara.

Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais. Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Arab Saudi dan Zionis Israel’ di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia.

Antara petikan lain tulisan beliau:

“Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi adalah ‘scam’ yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia.

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering berlaku. Maka di sinilah munculnya T.E Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Ottoman yang berpusat di Istanbul.”

PANASS !!! MUSLIMAH PAS BERGADUH BEREBUT JANTAN ?? [VIDEO]



{Video] Kantoi Curang Keluar Dengan Perempuan Lain

Inilah padahnya kalau suka main kayu tiga..kan dah terkantoi..buat totok lebai pas yang kaki pompuan tu insaflah, nanti kang terkantoi dengan bini pulak..

Thursday, 26 July 2012

DILEMA RAKYAT KEDAH SELEPAS DIKUASAI PAS !!!



TATKALA meraikan kemenangan Pas menguasai kerajaan Kedah mulai malam 8 Mac 2008, sikap optimis dalam kalangan pendokong gerakan Islam begitu terserlah.

Dengan komposisi penduduk Islam yang mewakili 75 peratus daripada 1.9 juta penduduk tentulah tidak mustahil untuk proses Islamisasi dilaksanakan.

Pun begitu, harapan demi harapan menemui kebuntuan. Paksi kebenaran, istiqamah memperjuangkan hudud, negara Islam, amal maaruf nahi mungkar, world view Islam, kepimpinan beramanah, berlaku adil dan ihsan kepada rakyat seolah-olah tidak lagi serasi dengan kepimpinan Pas Kedah.

Tanpa perlu menoleh kepada isu lebih rumit, teliti sahaja persoalan akhlak muda mudi di Kedah.

Dahulunya Pas begitu mengambil serius peranannya sebagai 'penjaga moral'.

PANASS !!! MAHFUZ MASIH TAK SEDAR DIRINYA MEMBAWA BALA DALAM ORGANISASI PAS ?



Kisah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang suka berkata-kata tanpa menggunakan akal fikiran yang waras sememangnya telah diketahui ramai. Meskipun begitu, dia tidak pernah sedar tentang kecacatan dirinya itu dan terus-menerus melontarkan kebodohannya untuk diketawakan rakyat.

Terbaru, Mahfuz mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “not in control”. Terkejut juga mendengar Mahfuz bercakap menggunakan bahasa Inggeris! Mungkin dia ambil kursus intensif bahasa Inggeris baru-baru ini? Itu pun “rojak”!

Mahfuz menuduh kononnya Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri dan dibayangi oleh dua tokoh yang kononnya lebih superior iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Dia membayangkan bahawa Tun Dr. Mahathir masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan alasan kononnya kroni-kroni negarawan itu dikurniakan projek-projek mewah.

Selain itu, Mahfuz menyatakan bahawa kononnya Muhyiddin mahu PRU ke-13 berlangsung pada tahun ini dan bertentangan dengan kehendak Najib yang dikatakan mahu mengadakan PRU ke-13 pada tahun depan.

Begitulah Mahfuz dengan “otak udang”nya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang berjaya dicelarukan oleh kebijaksanaan Najib!

KEBODOHAN SUARA KEADILAN PERSOAL KENAPA KOMUTER TAK ADA CERMIN SISI !!



MTK tak tahu sejauh mana pemikiran editor Keadilan Daily yang mempunyai otak seperti kaldai..Kali ini agak menarik sikit sebab akhbar itu mempersoalkan kenapa komuter tak ada cermin sisi ( side mirror ).. Buat pengetahuan ketua editor keldaian daily semua bullet tren, komuter, keretapi apa jenis kat dunia ni memang tak ada cermin sisi..tak kira di luar atau pun dalam..

keretapi zaman dulu pun tak ada side mirror
Setahu MTK dari zaman dulu sampai lah sekarang belum pernah tengok lagi Keretapi atau komuter di negara luar ada cermin sisi..Kenapa keldaian daily kata tanpa cermin sisi sukar pasti penumpang ??Sedangkan sekarang ni semua lrt,komuter sudah dilengkapi dengan sistem CCTV, jadi kenapa perlu diletakkan cermin sisi..

MUSIBAT !! MASAK, MAKAN KATAK DI DAPUR KOPITIAM PAPARICH ??

Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan


JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

KENAPA PEMBANGKANG TAKUT DENGAN TEMA INI ??



Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan. Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini. Marah benar mereka dengannya.

Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik.

Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji? Sedangkan, yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan, bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati.

Malang bagi pembangkang apabila slogan ‘Janji DiTepati’ yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula.

Maka, dua kali meroyanlah pembangkang.

Sakit benar pembangkang apabila ditampar oleh slogan ini. Maklumlah, mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka. Lihat saja Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di mana PR berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya, kampung itu yang lenyap begitu saja.

Dan siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September? Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU1999?.

TUDIAA !!! AKSI KP PAS SAMA SEPERTI MONYET ??


Tersedak aku tengok gambar aksi tak senonoh tantawi yang di post oleh rakan ku pisau kedah, Katanya dah macam Gajah naik kuda.Tak sedar badan tu macam gajah ada hati nak naik motor kecik..

Agaknya kecik kecik tak pernah naik motor kot sampai terpikiaq nak henjut motor tu sampai tak ingat dunia..Tapi sahabat blogger Harapan Esok berjaya buktikan aksi KP Pas sama seperti monyet


MALAPETAKA !! PADAH BAWA MANUSIA KAFIR HARBI NI MASUK DALAM MASJID





Pada bulan Ramadhan tahun 2009 xavier Jayakumar telah diarahkan oleh totok lebai pas untuk menyampaikan tazkirah di Masjid Ar Rahimiah Sri Andalas Klang..Selepas tiga tahun berlalu Masjid itu ditengelami banjir..

Adakah ini BALA yang diturunkan oleh Allah swt terhadap DOSA Kafir Harbi Xavier Jeyakumar?? Azab yang masih dirasai sehingga ke malam ini sehingga jemaah sukar untuk menunaikan solat di dewan utama masjid berkenaan

TUDIAA !! INILAH JADINYA BILA WANITA MEMANDU KERETA



Ini video yang kita boleh katakan jarang dilihat di mana-mana sama ada di pusat membeli-belah atau pun kawasan parkir rumah.

Keadaan seorang wanita yang terlalu sempoi ‘handle’ masalah yang dia sendiri ciptakan.

Tanpa langsung rasa bersalah, dengan ‘relax’ dan ‘cool’ wanita itu mematahkan penghadang parkir setelah melanggar penghadang itu.

Wednesday, 25 July 2012

PERHATIAN KEPADA KAUM WANITA DI LUAR SANA !! TOLONG BACA

Dapat email pasal ni pagi tadi... Berhati-hati la diluar sana. Kalau boleh siap sedia dengan pepper spray sekurang-kurangnya chances utk cedera dapat dikurangkan.
Kejadian berlaku pada 3rd July 2012 tempat kejadian Tesco Ampang.


Dear all, I've been assaulted by a Malay man weaponed with a knife in my car in alleged attempts of rape & possibly robbery too, at TESCO Ampang open-air car park at 2.50pm on Tuesday, 3rd of July (yes, in broad daylight!).
He had his left arm on my throat & held his knife with his right hand & slashed my neck at 2 places & stabbed my neck which wound had caused non-stop bleeding & required 3 s...titches to be done on it. I defiantly fought back & tried shouting. He pinned me down with all his weight on the right side of my body & warned me to be silent & not to be stupid. He weighed 75-80kg & was 165cm in height. So, he was quite bulky.

He picked the wrong woman as I'd fight till the end of my life. I sounded the horn of my car with either my right hand or knee continuously after he pinned me down as he was trying to shut the driver's car door.
After 2-3 minutes of struggling, a concerned Sabahan lady and her mid-twenties son took an interest in the non-stop honking & the man's aggressiveness though they couldn't spot me at all as I was forced to lay down on my left & couldn't push him off me. Their interest in the situation made the attacker panicked & fled the scene.

13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU



Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.

TUDIAA !! MAHPOZ STIM CERAMAH BAB LUCAH DEPAN MUSLIMAT PAS !!!



Mahpoz oh Mahpoz kalau orang kata hang ni bodoh, memang hang bodoh pun,lagi di sebut lagi menjadi jadi bodoh hang tu..Seronok sangat ka duk jaja cerita bulu kemaluan perempuan ?? Kalau dah tak ada modal nak ceramah pun carilah bab bab berkaitan dengan agama..Ini tidak di ceritanya pasal kemaluan orang..Tu pun disambut dengan sorakkan totok lebai pas yang begitu Islamik dan taksub kepada Pas..

Kenapa pasal ini pun nak dijadikan isu untuk menghentam pasukan Polis dan Kerajaan?? Bukankah kadar indeks jenayah di Malaysia sudah menurun..Dalam ceramah ni Mahpoz kata dia petik dalam laporan The Sun 12/7 tapi setahu MTK, Mahpoz ni Bahasa Inggeris pun tak lulus..Baca pun tak reti apatah lagi menulis..

TERKINI KHAS BUAT AHLOL TOLOL PAS !! AMK SOKONG KARPAL TOLAK HUDUD PAS !!! SEKIAN


Sudah dijangka bila bab hudud berkumandang mesti tiga ekor beruk pakatan ni mesti bertelagah,kali ni giliran si sam kemetot pulak bertindak senada dengan karpal tidak sokong undang undang Hudud Pas..Sam ketot juga memberi amaran kepada tantawi supaya jangan bertindak bodoh.kerana menimbulkan kemarahan ahli ahli dap..

KUALA LUMPUR: sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk bersama dengan Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menentang aspirasi hudud Pas.

Ketua, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, bahawa dia telah membuka kotak Pandora lebih komen beliau baru-baru ini mengenai pelaksanaan hudud, yang telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli DAP Karpal dan lain-lain.

PANASS !!! VIDEO PENGAKUAN KARPAL SINGH SOKONG HUDUD PAS

Apa macam tantawi, bila nak jawab isu ni takkan lepas debat hari tu dah tak berani nak bersuara kot..Kat bawah ni MTK tunjuk Bukti video ditujukan khas buat tantawi yang di esit oleh sahabat ana ABU AQIF STUDIO


Lain kali periksa dulu sumber berita. Jangan main petik je. Lepas tu sebarkan dikhalayak ramai. Takkan semata-mata mahukan tepukan gemurah sanggup mengeluarkan fakta yang tidak betul. Ini bukan standart seorang ilmuan apatah lagi ilmuan itu dikenali sebagai ustaz. Jangan memburukkan lagi jenama USTAZ.

Sekarang kita sudah maklum yang Karpal Singh TIDAK akan terima NEGARA ISLAM apatah lagi HUDUD. Jadi, semua UPDATE maklumat masing² dan BERTINDAKLAH..!!

PANASS !!! BETUL KAH PAS NI TEMPAT TAMBAH BINI DAN BUAT DUIT ??



Sebagai bekas Ketua Penerangan PAS Pusat yang turunkan pangkat mungkin kerana selalu merapu, Idris Ahmad, baru-baru ini sekali lagi merapu dengan menyatakan bahawa UMNO kononnya bukanlah tempat untuk golongan ulama dan hanyalah tempat “cari makan”.

Kata Idris Ahmad, UMNO tidak menghargai ulama dan tidak mendengar suara golongan itu dan hanya mengikut telunjuk parti untuk mencari rezeki.

Tapi, dia mengakui dan memberikan nama-nama tokoh agama yang pernah berada bersama UMNO seperti Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dan Datuk Dr Yusuf Noor yang memiliki ilmu yang tinggi sebagai ulama di dalam UMNO.

Nampaknya Idris Ahmad semakin hari semakin “buta”. Mungkin dia tidak buta matanya, tapi “buta hati” atau lebih tepat lagi “buta kayu” kata orang Melayu.

PANASS !!! PEMINAT ANWAR IBRAHIM SEORANG PENSYARAH PECAH LOBANG !!!



SAYA dahulunya adalah admirer utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak menuntut di Universiti Malaya antara tahun 1981-1984.

Tambahan pula saya pernah menjadi sukarelawan mengajar anak-anak miskin di kelas STPM anjuran Yayasan Anda, satu-satunya sekolah persendirian yang diasaskan oleh Ketua Pembangkang itu.

Sehingga kini saya kerap sekali menghadiri apa juga ceramah oleh Ketua Pembangkang itu.

Sebagai seorang pensyarah yang juga banyak berceramah dalam program-program melibatkan komuniti, saya sememangnya kagum dengan retorik pidato beliau yang memang amat sukar ditandingi. Ada kalanya saya cuba meniru dan memetik beberapa ungkapan kata-kata pujangga serta ayat-ayat al-Quran yang sering beliau gunakan dalam ceramah-ceramah saya pula.

Tuesday, 24 July 2012

KEJAM !!! GADIS MALANG DIRABA DAN DI PAKSA BUKA SELUAR DEPAN ORANG RAMAI



Sedih melihat gadis ini diperlakukan sebegini rupa..Apa yang menyedihkan dia diraba oleh gadis gadis lain yang tak puas hati dengan penampilan dirinya..Mereka tanpa belas kasihan menanggalkan seluar gadis itu dihadapan sebuah kedai..Gadis itu dibiarkan tanpa seutas benang dari bahagian pinggang ke bawah..

TERPANASS !!! BALAK HARAM GUNUNG PERAK PENDANG DI ROMPAK PAS KEDAH ?!


Baru baru ni Team Media Kedah sempat ke Daerah Pendang untuk meninjau di beberapa kawasan yang agak panas..Khabarnya di Hutan Simpan Kekal di Bukit Perak pula menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab..

PANASS !!! FARITH ISMET MENGAKU JUGA AKHIRNYA



Akhirnya pembaca berita RTM, Farith Ismeth membuat pengakuan terbuka mengenai Datin Seri Rosmah Mansor.

Nampaknya akan adalah manusia-manusia di luar sana yang akan ‘menitiskan’ airmata bila mendengar pengakuan BERANI MATI si Farith ni.

Nak cerita banyak tak guna, layan jelah klip video di bawah….


SUMBER MYNEWSHUB

FULAMAK !!! BENARKAH ARTIS NI ADA HUBUNGAN DENGAN ANAK PEMIMPIN EDORGAN PAS DARI KELATE ??



Ruangan gosip Cari sekali lagi menerjah sebuah kereta berjenama Audi A5 Cabriolet yang mempunyai sebuah no plat unik, TASH4 dipercayai adalah milik aktres terkenal, Tasha Shilla.

Berdasarkan harga semasa di laman Oto.my, Audi A5 Cabriolet jenis baru ini boleh mencecah harga RM269 000! Reka bentuk aerodinamik dilengkapi dengan enjin 2.0 TFSI bisa membuatkan pemiliknya kelihatan lebih seksi dan menyakinkan. katanya kereta ini di hadiahkan oleh kekasih seorang pemimpin PAS, Insyaallah kami akan bongkarkan soon.Baca seterusnya

PANASS !!! SIAPA PEMIMPIN PAS YANG DIMAKSUDKAN OLEH BLOGGER PR MAKAN DUIT DENGAN TS ROZALI SYABAS ??


Benarkah apa yang apa yang ditulis oleh blogger pembangkang tu ?? Siapa pemimpin Pas yang terima habuan dari Tan Sri Rozali SYABAS ??..

PKR menjaja cerita yang SYABAS ni tak boleh uruskan lagi air di Selangor tapi dalam masa yang sama ada pulak pemimpin Pas duk timba kekayaan dari Syabas..


Satu demi satu Allah SWT nak tunjuk kat rakyat siapa sebenarnya parti pembangkang..Kesemua Negeri yang mereka perintah semuanya ditimpa macam macam masalah..Itu pun masih ada yang percaya lagi kat puak puak ni..

PANASS !!! LAGI AYAT AL QURAN DI HINA SI KAPIR PAS YANG MENYESATKAN !!!




video
Yau Con Seng, Ketua DHPP Negeri Sembilan berceramah di hadapan 800 ahli PAS ketika Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan. Ketika berceramah, kelihatan penyokong PAS membenarkan malah tertawa di saat Yau Con Seng melaungkan takbir dan disahut dengan gembira. Selain itu dia juga menafsir ayat Al-Quran dan memberi penerangan kepada ahli-ahli PAS. Baca selanjutnya

PANASS !!! KENING ABBY ABADI CETUSKAN KONTROVERSI DI TWITTER !!



Entah kenapa Abby Abadi makin disebut-sebut semenjak kebelakangan ini.

Perubahan yang ditunjukkan oleh Abby disambut dengan positif oleh rata-rata peminat.

Lantaran itu, ada pula peminat yang mula rasa kecewa dengan penglibatan Abby yang begitu ‘taksub’ dalam bidang politik.

Itu menjadi hak Abby untuk menyertai mana-mana parti politik.

Namun, apabila dia mula mempertikai dan mempersoal golongan wanita yang tidak bertudung, timbul pula persoalan yang mempersoalkan tindakan Abby yang mencukur keningnya.

Mungkin ada yang melatah dengan soalan Abby itu, ataupun mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Abby yang mencukur keningnya.

PANASS !!! NORA DANISH BUAT PENGAKUAN GAMBAR SEKSI DAN KAHWIN



SUDAH menjadi lumrah buat mana-mana wanita yang bergelar seorang janda pastinya tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai, apatah lagi sekiranya bergelar seorang selebriti atau artis.

Begitulah yang turut dialami oleh pelakon cantik yang kini sudah empat tahun bergelar janda, Nora Danish Mohd. Hanif, 30, tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.

Pernah digosipkan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, lebih menarik lagi Nora juga turut dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Malaysia dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikenali sebagai Apek sebelum ini.

Bagaimanapun, segala gosip hangat yang melanda ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu seolah-olah tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang berkaitan dengan dirinya berlalu begitu sahaja.

Ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga semula memandangkan bekas suaminya sendiri sudah berkahwin lain, Nora menjelaskan semuanya terserah kepada jodoh.

LAWAK !!! PAKCIK NI 1ST TIME NAIK TANGGA BERGERAK !!



Adeh,tak sangka zaman moden sekarang ni pun masih ada lagi orang tak reti guna eskalator ni..aku rasa pakcik ni mungkin tak pernah keluar ke bandar kot..aku ceritakan sedikit sejarah Eskalator ni. kalau tak silap eskalator pertama telah dicipta pada tahun 1859 lagi..ianya digunakan untuk mengangkut barang dari tempat rendah ke tempat tinggi..selalunya diguna pakai di kawasan perlombongan..Namun dari masa ke semasa teknologinya telah berkembang sampai ke hari ini.tapi fungsinya tetap sama..

Monday, 23 July 2012

ABBY ABADI KATA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH BELUM TENTU ISLAM ?? AJARAN MANA DIA IKUT ??



MTK rasa si Abby ni dah makin gila talak la..Kalau sebelum ni dia kata bagi borang masuk pas sebab takut nama tak ada dalam senarai ke syorga pok nik..Kali ni dia kata kalau mengucap dua kalimah syahadah, belum tentu masuk syurga, sebab Nabi Muhammad SAW tak mengaku kita ni umatnya??

@Khalid_Ibrahim TOLONG SEGERAKAN LANGAT 2, KETEPIKAN SOAL POLITK



Suatu ketika dulu sekitar tahun 1991, negeri Melaka pernah mengalami krisis air setelah dilanda kemarau panjang yang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus menyebabkan kegagalan loji-loji rawatan air di negeri tersebut menyedut dan menapis air dari empangan tersebut.

Pada tahun 1998 pula di Selangor, sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino. Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.

Kesan daripada itu loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran untuk mengepam air mentah untuk dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai.

[VIDEO] KEJAYAAN TERBAIK @PDRMsia MENANGKAP PENGANAS YANG PALING DIKEHENDAKI !! SYABAS PDRM cc @HishammuddinH20 @NajibRazak






NASARUDIN TANTAWI TAK TAHU BEZA ANTARA SEKONGKOL DAN KERJASAMA


Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hubungan PAS dengan DAP yang mana beliau menegaskan bahawa Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi. Tetapi, beliau mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.

Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya. Dengan menggunakan perkataan ‘bekerjasama’ dan bukan ‘bersekongkol’, maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.

Perkataan-perkataan seperti bersekongkol, berkomplot, berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi ‘niat’ di mana ‘sekongkol’ merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan ‘kerjasama’ pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.

PANASS !! ARTIS BARU 2 HARI BERTUDUNG DAH JADI USTAZAH WALAUPUN CUKUR KENING ??

TAJAMNYA KENING DIA




Mudah saja kan, mana mana artis yang sebelum ni seksi, berkepit tak kira jantan betina, bila masuk pas saja terus rasa diri tu lebih Islam dari orang lain walaupun baru 2 hari pakai tudung..Lepas tu sebok mengata orang lain tak betul, orang lain sesat.Kerajaan Zalim dan sebagainya..

TERBUKTI SAHIH !!! KERAJAAN PAS KEDAH MENYAMUN HASIL HUTAN DI KEDAH !!! #savekedah

PEMBALAKAN PEDU BERNILAI TINGGI
PEMBALAKKAN GUNUNG INAS BALING

Pada bulan Jun yang lalu TMK dengan kerjasama penduduk tempatan membongkar aktiviti pembalakkan haram dan tanpa kawalan dari pihak berwajib..Selepas isu ini keluar didalam Utusan Malaysia dan slot Aduan Rakyat TV3.

Pihak kerajaan negeri lantas menjawab tuduhan bahawa semua yang di laporkan hanya satu penipuan..Malah mereka dengan bangganya menunjukkan dokumen tebal bahawa EIA dikawasan tersebut telah diluluskan..Sedangkan dikulit hadapan dokumen terbabit hanyalah tertulis PROPOSE EIA..Pihak jabatan Alam Sekitar sendiri mengakui KAWASAN TERBABIT TIDAK MEMPUNYAI EIA..

[VIDEO] BADAN MAK CIK NI NYARIS BERSEPAI DI RODOK TRELER



Malang tak berbau, mungkin kali ini nasib menyebelahi aunty ni dari dilanggar oleh lori treler..Beliau sempat melompat untuk selamatkan diri walaupun terjatuh bergesel dengan lori terbabit..Kejadian ini berlaku di Negara China..

Sunday, 22 July 2012

PANASS !!! @abby_abadi112 LEBIH PENTINGKAN SYURGA PAS DARI BERTEMU DENGAN SI FAKIR ??

blog 1 peluru

Lihat paparan di minit 1:26 bagaimana Unit Amal PAS yang menolak seorang fakir yang muncul dari arah belakang sambil menadah tangan.

Kenapa tidak dibawa pengemis tersebut secara elok lalu diberikan sedikit sumbangan memandangkan PAS setiap kali ceramah meraih simpati daripada penyokongnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive