Thursday, 4 April 2013

MAHASISWA BANTU RAKYAT SOKONG BARISAN NASIONAL !! #IM4U #BNBAGUS #SISWA4U



"Kami komited menyumbangkan akal fikiran,masa untuk membela dan membantu rakyat di negara ini" ujar Hafiz Ariffin di dalam satu sidang media bagi pelancaran Siswa4U yang diadakan di PWTC pagi ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa matlamat penubunan Siswa4U adalah untuk menggerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk di dalam proses demokrasi politik baru dalam PRU13 secara sihat,rasional,matang,berilmu,berintegriti dan bermaruah.

"Ia sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan".

"Penggerak Siswa4U terdiri dari pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus yang mana sebelum ini banyak terlibat dengan aktiviti antaranya aktiviti kesukarelawanan".

"Apa yang kami inginkan ialah sebuah negara yang aman dengan masyarakat berbilang agama,proses demokrasi dan pilihanraya yang adil,telus dan lancar".



"Kami juga berprinsip pemimpin yang dicalonkan dan dipilih merupakan pemimpin yang bersih,berpengetahuan,berpengalaman berkidmat untuk rakyat,mesra pengundi muda dan dapat menarik minat anak muda"

Beliau juga turut menegaskan bahawa parti yang bertanding mesti menunaikan setiap janji yang ditawarkan di dalam manifesto dan berharap agar pihak berkuasa dapat terus mengawal keamanan negara.

"Sesuai dengan keterbukaan kerajaan untuk meminda perkara 15(2) AUKU,Siswa4U juga akan menggunakan pendekatan secara 'peers group' dalam usaha mendekati mahasiswa bagi menyokong segala usaha transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan".

Hafiz juga turut menjelaskan,pendirian yang dibuat berasaskan pelbagai aspek antaranya agenda transformasi yang dibuat oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menunaikann janji melalui program mereka seperti NKRA,NKEA dan sebagainya.

"YAB Perdana Menteri juga begitu konsisten dan ikhas dalam memupuk semangat patriotisme serta menjaga hubungan diantara kaum di Malaysia"

"Beliau juga bersungguh-sungguh dalam mendekati golongan muda dan berusaha mengurangkan beban kelompok ini dengan pelbagai bantuan seperti baucer buku,rebat telefon pintar,PR1MA dan sebagainya dan mempunyai track record yang baik".

"Kami Siswa4U memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap Dato' Seri Najib Razak serta calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional dalam PRU13" ujarnya mengakhiri sidang media.

SUMBER MYMAHASISWA

1 comment:

Anonymous said...

Syabas SISWA4U kerana memberi kepercayaan kepada Dato Seri Najib.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive