Saturday, 14 December 2013

TOL NAIK !! OKAY LAH TU DAH LAMA TAK NAIK




Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

KERETA IMPORT BERCERMIN GELAP JADI MANGSA JPJ ??



SAYA memohon kerajaan menimbang isu besar yang melibatkan pengguna dan pemilik kenderaan MPV di Malaysia khususnya pemilik Wish, Estima, Honda Stream, Cardina, Alphard dan Vellfire.

Sebagai pengguna MPV import, kami adalah mangsa seksyen 61(1) APJ 1987 yang sudah tidak relevan dengan keadaan zaman.

Bagi memahami isu saya catatkan kejadian yang berlaku. Untuk makluman pembaca, pada bulan lalu kenderaan MPV saya telah diarahkan berhenti oleh penguatkuasa JPJ di sebuah kawasan di Utara.

Setelah mencari kesalahan yang tidak ditemui, mereka melihat cermin MPV saya dan mengeluarkan 'Notis pemeriksaan kenderaan di bawah Seksyen 61(1) APJ 1987'.

PANASS !! 17.PERMOHONAN NIKAH MUTAAH DIDEDAHKAN MUFTI SABAH !!





Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.

Friday, 13 December 2013

CINA RASUAH RM250K HANYA DIPENJARA 1 HARI DAN DENDA 200K ?? BANGSA PALING KUAT RASUAH TAPI DENDA CIPUT ??



Aku tak akan ulas panjang panjang sebab takut hina mahkamah pulak.kang tak pasal pasal aku pulak kena jail.tapi bagi yang faham akan sedar tentang perkara ini..

Bayangkan perasuah ni boleh bagi rasuah sampai RM 250 000 tapi hukuman yang dikenakan agak tak setimpal. Hanya penjara 1 hari bagi setiap pertuduhan dan denda RM 200 000.

Kalau ikut akta pencegahan rasuah Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

So macamana pula dengan kes dibawah??

MASIHKAH @Najibrazak MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT ??




Ketika kita mengundi bn, penyokong pembangkang katakan, undi BN untuk barang naik. Kita tak percaya kerana janji pemimpin BN ketika itu mendengar denyut nadi rakyat dan akan memastikan rakyat hidup dengan selesa, aman makmur. Ketika berkempen, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sering meniti dibibir pemimpin.

Selepas pilihanraya, harga minyak dinaikan dengan alasan kerajaan nak merasionalisasikan subsidi. Ya kita terima semua tu, subsidi perlu dikurangkan demi merancakkan ekonomi negara..

Selepas itu kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan subsidi gula demi kesihatan rakyat.. Okay kita terima semua tu dan berterima kasih atas keperihatinan kerajaan.

Thursday, 12 December 2013

@khairykj APA KEJADAHNYA @ibdil & EXCO PEMUDA KE SUKAN SEA MYANMAR ?? MASUK ACARA KUAK LENTANG KAH ?? @najibrazak @tunfaisal



Hairan betui aku, ketika sukarela sukarela #lifestyle parti bertungkus lumus menyerahkan bantuan banjir di negeri pantai timur, Exco Pemuda Umno termasuk Ibdil melangkah kaki ke luar negara mengikuti rombongan bersama sama atlit ke Sukan Sea Myanmar.

Aku tertanya tanya apa keperluan Exco Pemuda Umno termasuk pengerusi BMB kesana tatkala khidmat mereka di perlukan di Pantai Timur.

PANASS !!! KDN DEDAH 10 BUKTI MAT SABU PENGANUT SYIAH




KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.

BAGAI LANGIT DAN BUMI GERAK KERJA PUTERI BERBANDING PEMUDA UMNO @najibrazak @khairykj @azwanbro @



Tak perlu berlakon seperti pegang mop, pegang penyapu ramai ramai lepas tu bergambar seperti yang dilakukan oleh pemuda Umno semalam..

Hanya sekampit beras diserahkan kepada mangsa banjir sudah memadai seperti apa yang dilakukan oleh puteri Umno ini..

KERAJAAN DIGALAKKAN MENAIKKAN LAGI HARGA APA SAJA MELIBATKAN KEPENTINGAN RAKYAT !!


Tatkala beberapa harga barangan dan caj perkhidmatan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13, kini SPAD satu agensi yang menjaga perkhidmatan awam darat pula mencadangkan tambang bagi pengangkutan LRT dinaikkan..

Barangkali SPAD cuba mempopularkan kembali slogan BN ( Barang Naik ) kepada pengundi pengundi..

Walaupun pengangkutan awam itu hanya terdapat di Bandar Kuala Lumpur, namun golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara kumpulan yang paling banyak mengunakan khidmat LRT, kerana berkesesuaian dengan bajet mereka memandangkan kos sara hidup di Kuala Lumpur amat tinggi..

Wednesday, 11 December 2013

#CandiLembahBujang BUKAN TEMPAT IBADAT @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur



Candi 11 yang menarik perhatian banyak pihak tindakan meroboh oleh pemaju adalah tamadun yang dipercayai bertapak di Lembah Bujang seawal kurun ke-5 hingga 8 Masehi dan bukanlah tempat penyembahan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, candi itu sebaliknya hanyalah binaan yang dibuat semula pada 1974 dan boleh dibina semula di tempat lain.

“Tapak Candi 11 bukan tempat penyembahan atau ibadat semata-mata tetapi lebih kepada tamadun. Pihak berkenaan tidak perlu mendesak sangat dalam isu ini kerana kerajaan negeri juga kecewa walaupun ia kes terpencil.

“Saya tidak anggap isu ini sebagai kecil namun bukanlah gambaran pemusnahan candi yang seharusnya dipulihara,” kata Mukhriz yang menjawab pertanyaan pemberita berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tapak warisan itu diwartakan segera," katanya.

#LifeStyle PEMUDA UMNO DATANG SEKADAR UNTUK BERGAMBAR ?? @khairykj @azwanbro @ibdi



Semalam ada blog pembangkang tulis geng geng pemuda yang di ketuai oleh NKP dan exco hanya berlakon bersihkan bangunan yang sudah bersih..Sekali baca betul jugak apa yang ditulis blog pembangkang nie, cuba tengok mana ada sekali ramai macam ni basuh setempat siap berposing pulak tu dan seluar depa pakai langsung tak basah..


Pagi tadi blog APA tulis benda yang sama, APA mendedahkan print screen dibawah.Cuba baca komen dari cikgu Fadzilah " Datang beratus.janji gotong royong rupanya berposing sembur2".


Tuesday, 10 December 2013

GENAPNYA 20 TAHUN TRAGEDI HIGHLAND TOWER DISEBABKAN PELUKIS PLAN TIDAK BERTAULIAH



PELUKIS pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

NIK ABDUH PUN DAH CAKAP BERBELIT MACAM BAPAK DIA !!



Hairan, walaupun dah dah banyak bukti didedahkan terdapat pemimpin pas dan ahli ahlinya penganut syiah, pas masih nak nafi tentang keeujudan ajaran berkenaan

Mantan Ketua Pemuda Pas sendiri pernah menyebut ada unsur syiah dalam Pas, malah anak nik aziz sendiri mengakuinya


Dan kini Nik Abduh kata tak ada ahli mahupun pemimpin Pas terlibat dalam syiah.

PANASSS !! MANGSA BANJIR TAK TOLONG ANGKAT BANTUAN MAKANAN?? BIAR BETUL ??




Semalam aku terbaca coretan ini yang ditulis oleh seorang individu yang mendakwa dirinya anak kapal helikopter TUDM yang terlibat dalam menghantar bantuan makanan kepada mangsa mangsa banjir..

Dalam luahan diatas beliau dengan nada kesal dengan sikap mangsa banjir yang tidak mahu membantu mengangkat barang makanan sebaliknya pekerja kontrak bangladesh yang datang membantu.

Tapi aku tak pasti sama ada cerita ini benar atau tidak, harap ada dikalangan pembaca yang menjadi mangsa banjir tampil menceritakan hal sebenar dalam ruangan komen.

Monday, 9 December 2013

RIOT LITTLE INDIA SINGAPORE !! TAK LA AMAN TERA MANA SANGAT


Melihat insiden yang berlaku di Singapura semalam, terbukti jiran negara kita ini hanya pandai bercakap dan mencari keburukkan negara lain, walhal bila rusuhan berlaku di negara sendiri,  mereka gagal untuk bertindak dengan baik malah lebih teruk dari negara yang mereka selalu tuduh iaitu Malaysia.

Kita bukan nak dengki atau mencari kesalahan pihak luar tapi sebagai contoh masa berlakunya demonstrasi Bersih di Malaysia, pihak media Singapura sedaya upaya "Spin" berita mengenai bersih seolah olah kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi.

AKAUN BANTUAN MANGSA BANJIR ATAS NAMA PEMUDA PAS ?? TAK HABIS2 NAK SONGLAP DUIT PUAK NIE




Modus operandi yang sama digunakan oleh Pas sebelum sebelum ni

Asal kutip derma saja terus direct masuk ke akaun rasmi Pas.Kalau Pas perihatin dalam kes melibatkan bencana seperti banjir, ribut atau lain lain musibah, dah lama Pas buka akaun bank atas nama bantuan atau tabung bencana seperti apa yang dilakukan oleh Media Prima @ NSTP.

TUGAS PEMIMPIN PAKATAN KETIKA BANJIR.SEKADAR DATANG BERGAMBAR



Inilah realitinya apa yang berlaku di tempat tempat dilanda banjir di negeri pantai timur.

Pemimpin pembangkang datang lenggang tanpa sebarang bantuan, sekadar meninjau kawasan banjir ambil gambar dengan mangsa dan seterusnya ke tempat lain.

Hanya bermodalkan muka sekupang dan dibantu dengan tukang ambil gambar sudah cukup untuk menipu rakyat diluar sana bahawa mereka turun membantu rakyat.

Sunday, 8 December 2013

#CandiLembahBujang !!! KERAJAAN KELUAR ARAHAN KEPADA PEMILIK TANAH



Semua pemilik tanah di Kedah perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Warisan sekiranya ada binaan yang boleh dianggap sebagai binaan arkeologi di dalam kawasan milik mereka sebelum menjalankan sebarang kerja pembinaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata arahan akan dikeluarkan bagi mengelak berlakunya insiden kemusnahan di Candi 11, Sungai Batu, Lembah Bujang pada Isnin lepas, berulang kembali.

“Saya dah beritahu Setiausaha Kerajaan Negeri, dan ini akan mengambil sedikit masa kerana kita perlu mengenal pasti pemilik-pemilik tanah untuk menghantar ‘circular’ (surat pekeliling) ini,”

BANTUAN BANJIR !! ANTARA KEPERIHATINAN KERAJAAN DAN KEDATANGAN PEMBANGKANG SEKADAR TUNJUK MUKA




Biarpun pelbagai tuduhan jahat dilemparkan kepada kerajaan BN oleh pihak pembangkang kononnya kerajaan lambat menghantar bantuan, namun semua tuduhan tidak berasas itu berjaya dipatahkan apabila seorang petugas banjir menceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di Kemaman..

Baca catatan dibawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive