Wednesday, 3 April 2013

LEBIH DARI 10 ELEMEN BARU DILAKSANAKAN PADA PRU13



KUALA LUMPUR - Empat peraturan baru adalah antara pelbagai penambaikan yang akan dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan ketelusan dalam proses pengundian.

Empat peraturan baru itu ialah penggunnan dakwat kekal; pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos; membenarkan orang kelainan upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.

Peraturan-peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012.

Ia diwartakan tahun lepas.

Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberikan kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat julung kali memperkenalkan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangannya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang tidak dapat mengundi pada hari sebenar.



Penguatkuasaan peraturan itu melibatkan 273,819 pengundi yang terbahagi kepada 163,017 dari pihak tentera manakala baki 110,802 dari pihak polis.

Selain anggota pasukan keselamatan, rakyat Malaysia di luar negara yang memenuhi syarat ditetapkan juga buat pertama kali dibenarkan mengundi awal melalui kaedah undi pos.

Tiga syarat itu adalah mereka mestilah merupakan pemilih berdaftar dan pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Rakyat Malaysia yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan di Indonesia pula tidak layak menggunakan kemudahan itu; dan perlu pulang mengundi di tanah air.

Menjelaskan kewajaran syarat-syarat tersebut, SPR dalam satu kenyataan berkata ia bagi menunjukkan terdapat hubungan yang jelas antara warganegara Malaysia dan tanah airnya.

SPR juga bersetuju untuk memansuhkan proses bantahan dan tempoh penarikan balik pencalonan pada hari penamaan calon bagi memudahkan lagi proses pada hari tersebut tanpa melibatkan bantahan yang tidak munasabah.

Dengan pindaan ini, maka tempoh untuk SPR mencetak kertas undi menjadi lebih cepat kerana tidak perlu menunggu ‘tempoh bertenang’ selama tiga hari seperti yang diamalkan sebelum ini.

Dalam pada itu, OKU juga dibenar menamakan orang yang dipercayai untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab membuang undi, dengan syarat pihak yang dinamakan itu adalah seorang warganegara berumur 21 tahun dan ke atas namun
tidak semestinya berdaftar sebagai pemilih.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, juga layak memohon untuk mengundi pos.

Pemilih berdaftar lain yang layak memohon undi pos ialah anggota SPR, seseorang yang diakui sebagai pegawai atau petugas SPR, anggota polis atau tentera yang bertugas pada hari mengundi awal.

Sementara itu, sebanyak 16 badan bukan kerajaan (NGO) turut dilantik sebagai pemerhati bagi memantau perjalanan proses pilihan raya di seluruh negara tahun ini, iaitu lima di Semenanjung, lapan di Sarawak dan tiga di Sabah.

SPR dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga bersedia memberi akses yang saksama kepada semua parti politik yang bertanding pada PRU-13.

Setiap parti politik akan diberikan tempoh waktu bersiaran tertentu untuk menyiarkan manifesto parti masing-masing.

Berikut adalah elemen-elemen baharu lain yang dilaksanakan pada PRU-13:

- Tempoh berkempen tidak kurang 10 hari.
- Kedudukan wakil- wakil calon dalam bilik mengundi diubahsuai untuk melihat pengundi masuk ke tempat mengundi dengan jelas.
- Tempoh pameran Rang Daftar Pemilih dipanjangkan dari tujuh ke 14 hari.
- Portal PRU-13 (www.pru13.gov.my) diwujudkan untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat.
- SPR tidak menyediakan khemah untuk penyokong parti yang datang pada hari penamaan calon.

- Bernama

1 comment:

Unknown said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive