Wednesday, 12 June 2013

TANAH TERGADAI ?? APA DAH JADI DENGAN PASAR SENI @TengkuAdnanReal @NajibRazak ??



Hasil daripada cerita Pasar Seni hilang nilai seni Malaysia yang aku tulis semalam ( klik sini ), ramai yang memberi pendapat bahawa memang benar Pasar Seni dah hilang nilai nilai seninya.. Tetapi ada lagi isu besar yang terselingdung di belakang Pasar Seni..

Sahabat aku yang kebetulan berniaga di sini telah menceritakan sedikit sebanyak masalah mereka.. Sebelum ini isu Pasar Seni dipajak ke syarikat bukan bumiputera oleh Uda Holding telah di bongkarkan oleh NGO Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)..



IKHLAS mendakwa telah membuat semakan status Pasar Seni, dan mendapati pemilikan atas nama Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA Holding), diberi pajakan selama 75 tahun kepada sebuah syarikat bukan bumiputera iaitu Central Market Management Sdn Bhd..

Syarikat Central Market Management Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Kha Seng Group..



Paling memeranjatkan apabila aku diberitahu bahawa syarikat pengurusan ini telah memajak atau menggadai tanah dan premis ini kepada sebuah bank tempatan untuk membuat pinjaman.. Kalau tak salah aku pinjaman tu dalam RM 70 juta.. Menurut cerita yang disampaikan , jumlah RM 70 juta itu bukan untuk menaik taraf Pasar Seni, tetapi digunakan untuk premis lain seperti Kenanga dan Viva Mall yang diuruskan oleh syarikat yang sama..

Sekarang ini peniaga peniaga di Pasar Seni rasa tertekan dengan kenaikkan sewa yang mahal dan dikenakan caj tambahan 12% jika sewa lambat dibayar..

Caj sewa bagi sebuah kiosk kecil di Kasturi Walk berharga antara RM 1500 hingga 2 ribu lebih.. Itu belum termasuk wang deposit dan caj tambahan security.. Sahabat aku menambah, kebanyakkan peniaga disini menjual seni dan bukannya menjual mengejar keuntungan..

Peniaga peniaga disini juga dihalang oleh pengurusan untuk menubuhkan persatuan bagi membela rakan rakan mereka yang dianiayai oleh pihak pengurusan..

Sayangnya, peniaga bumiputera masih lagi dilayan seperti anjing walaupun berniaga dipremis milik satu badan yang menjaga kepentingan bumiputera..

Barang barang yang dijual di Pasar Seni sekarang ini kebanyakkannya dari negara China dan bukannya dari seluruh pelusuk negeri..

Aku berharap kepada Datuk Tengku Adnan dan Datuk Seri Najib lihat masalah yang dihadapi sekarang ni oleh peniaga peniaga bumiputera yang ditindas di premis milik GLC..


1 comment:

Anonymous said...

pemimpin melayu semua dari atas hingga kebawah rasanya amat teruja dengan pendedahan ini ye, padanlah muka semua orang melayu. orang melayu cakap aje bergegar2 nak2 dekat PRU tapi lepas tu ibarat orang buta di beri tongkat untuk kesenangan berjalan tapi orang melayu pulak buang tongkat bagi kepada orang cina yang celik...ha..ha...tkasih bro blogger, rase2nya diorang ni sedar ke...ibarat "anjing meyalak bukit aje"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive