Friday, 14 June 2013

@Medan_Tempur SANGGUP SAHUT CABARAN DATUK SERI @NajibRazak




Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.



Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.




Nama aku Laparudin bin Laparman
Umur 31 tahun
Tempat tinggal : atas tanah, tepi sawah belakang sungai
Status: sila semak facebook
Hobi makan meggie
Full time job Fish Hunter
Part time job jual ikan kering sambil main facebook dan blog
Taraf pendidikan Sekolah paling Tinggi dan Universiti paling femes

Hehehe

InsyaAllah, aku ada dedahkan identiti aku yang sebenar suatu hari nanti..Buat masa ni, aku akan memberi kerjasama dengan pihak SKMM jika maklumat peribadi diperlukan.. Buat apa nak takut..Berani buat berani tanggunglah..hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive