Friday, 14 June 2013

PANASS !! ZIN BADAK PUNCA BN KALAH DI SELANGOR ???




Semua sedia maklum bahawa Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Selangor. Natijahnya koordinator BN, Dato' Ir Mohd Zin Mohamed dituduh sebagai pihak yang harus dipertanggungjawabkan atas kekalahan ini.

Namun khabar kurang enak diterima mendakwa bahawa Mohd Zin atau dikenali dengan panggilan "Zin Badak" menerima sejumlah wang dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk memastikan BN tewas dalam percaturan politik Selangor, dan hal ini bukan dihebahkan oleh orang sebarangan, sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Selangor sendiri, Ungku Salleh Ungku Jamal.




"Saya berani bersumpah Zin Badak menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk pastikan BN kalah di Selangor" - Ungku Salleh

Kebenaran mengenai khabar ini masih belum dipastikan, namun dalam bicaranya yang bersungguh-sungguh, Ungku Salleh sememangnya menyalahkan Zin Badak atas kekalahan BN di Selangor.

Malah tanpa berselindung, Ungku Salleh turut menegaskan bahawa Zin Badak telah dibayar dengan jumlah lumayan oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan BN gagal memenangi semula Selangor dalam pilihanraya lalu.

Mungkin kenyataan Ungku Salleh tersebut mempunyai niat tertentu memandangkan banyak pihak mengetahui bahawa Ungku Salleh merupakan sekutu dan berada dalam kem Dato' Seri Noh Omar, seteru politik kepada Mohd Zin.

Namun khabar ini harus juga disiasat oleh kepimpinan tertinggi UMNO dan BN memandangkan beberapa kemungkinan boleh berlaku dan diperkuatkan lagi dengan hujah-hujah yang cukup meyakinkan.

Menurut beberapa pihak, hal sebegini seharusnya "disimpan dalam kelambu" UMNO sahaja, namun realitinya, Zin memang telah menggunakan wang peruntukan untuk media yang diberikan UMNO Pusat kepada UMNO Selangor atas kepentingan peribadi.\


Jentera-jentera maya di Selangor hanya ditawarkan dengan janji-janji palsu oleh Mohd Zin, sebaliknya dia sendiri telah mengambil kesempatan untuk mewujudkan laman-laman Facebook bagi calon Parlimen dan DUN BN sendiri menggunakan khidmat beberapa petugas di Pejabat UMNO Selangor.



Kini sudah masanya penyelewengan dalam UMNO didedahkan termasuklah dakwaan sebegini. Seandainya benar, Zin harus dipecat serta-merta dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) mesti menjalankan siasatan segera.

Penyokong UMNO dan BN tidak mahu petualang yang menjawat jawatan dalam UMNO, tetapi dalam masa yang sama menikam UMNO dan BN demi kepentingan peribadi terus dibiarkan bermaharajalela dalam BN.

Tindakan tegas sebegini boleh membersihkan sebahagian kudis dan nanah yang bernanar dalam UMNO, disamping menjadikan UMNO parti yang lebih berkredibiliti di mata rakyat.

Dipetik dari blog ini goblok politik

MTK
Sebenarnya aku tak tahu pun apa masalah yang berlaku di Selangor sebab salah satunya aku bukan orang Selangor..Hehe. Satu lagi pulak aku tak pasti sama ada cerita yang ditulis oleh penulis blog ini goblok politik ni betul atau tak..Kita hanya dengar dari sebelah pihak saja..Kalau betul seperti apa yang didakwa maka wajar dikenakan tindakkan kepada Datuk Zin .. Kalau cerita ini tak betul maka penulis blog perlu minta penjelasan dari Ketua Pemuda Umno Selangor..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive