Monday, 10 June 2013

PANASSS !!! JUTAWAN DAP SPONSOR RED BEAN ARMY ?




Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti.
Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

"Separuh daripada anggota Red Bean Army menerima bayaran untuk menjalankan kegiatan mereka, manakala bakinya berkhidmat secara sukarela.



"Kira-kira 97 peratus anggota Red Bean Army berketurunan Cina dan bakinya kaum-kaum lain. Setahu saya, tiada orang Melayu di dalam pasukan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Razali mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

Tambah Mohamed Razali, anggota-anggota Red Bean Army perlu mengikuti latihan khusus bagi memupuk kebencian terhadap UMNO, Islam dan institusi diraja dalam diri mereka.

"Kita dapat melihat sendiri betapa dahsyatnya mereka memainkan isu perkauman semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini," ujarnya.

Beliau juga tidak terkejut dengan penafian Kit Siang kerana pemimpin-pemimpin DAP sentiasa mendakwa kononnya parti itu mengamalkan politik bersih.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Red Bean Army.

"Kita bimbang lambat-laun rakyat akan termakan dengan segala fitnah dan hasutan yang disebarkan oleh Red Bean Army," jelasnya.

Kata beliau, kegiatan Red Bean Army perlu dibendung secepat mungkin bagi mengelakkan keamanan dan kestabilan negara terjejas.


1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya minda Red Bean Army telah lama diasuh (brainwash), sejak anak Cina lahir lagi oleh ibubapa mereka.

Saya berjiran dgn keluarga Cina selama 20tahun, anak2 mereka dilatih jangan menyapa orang Melayu, bila orang Melayu tanya buat tak faham sebenda - muka muncung macam babi dan tak pernah beri sekali pun salam mahupun senyuman bila bertembung dengan Melayu. Kalau budaya Melayu boleh dikatakan tidak sopan dan BIADAP.

Budak2 inilah sekarang yang berumur sudah 24taun menjadi ahli anggota Red Bean secara sukarela.

Ibubapa bukan le cerdik atau kaya sangat tetapi BERGAYA lebih nak tunjuk mereka pandai dan kaya. Tapi bila bergaul lama dengan keluarga mereka, kaki judi, kaki hutang ALONG, BM dan BI pun tak tau tulis.

Mereka sedar betapa maju orang Melayu sekarang (walaupun tak pandai bergaya) dengan mencuri surat2 (spt bank, EPF statements, bil2 Cukai Pintu dsbgainya) dari peti surat rumah kita, dan perasaan inferiority complex dan malu mereka makin membakar kebencian terhadap orang Melayu.

Siapa tak caya apa yg ditulis, saya persilakan datang melawat kawasan saya dan lihat dengan mata hidung sendiri..

BeanCurd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive