Thursday, 13 June 2013

TUDIAA !! PATUTLAH PUAK PAS KEDAH MEROYAN SAKAN.. RUPANYA PASAL NI KA?? @MukhrizMahathir #AkuJanjiBNKedah #JanjidiTepati



Kerajaan negeri akan melaksana semula projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dengan nilai pelaburan berbilion ringgit selepas tertangguh beberapa tahun di bawah pentadbiran Pas Kedah sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh) yang juga merupakan pemaju asal akan menerajui projek itu dan satu perjanjian baharu dengan syarikat terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya merealisasikan projek ini. Merapoh masih merupakan pemaju utama dan tidak timbul lagi soal dana kerana ada pelabur yang akan membantu. Perkara ini penting kerana melibatkan pelaburan berbilion ringgit," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Merapoh dan syarikat pelaburan dari Jepun di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

ZIPY yang ditukar kepada projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) selepas Pas Kedah mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 itu adalah projek penapisan minyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan dan minyak mentah dari Asia Barat akan diimport dan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji tersebut siap.


Barisan Nasional (BN) pada 2007 mengumumkan projek itu hasil perancangan rapi dan menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu yang dijadual siap pada 2014 mengikut perancangan awal selain menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang.

Mukhriz menambah, kerajaan negeri yakin kerjasama antara Merapoh dan syarikat pelabur asing baharu itu akan menjayakan projek terbabit yang disifatkan beliau semakin berskala besar daripada cadangan terdahulu.


"Hasil pembentangan Merapoh hari ini, ada banyak perubahan dari segi skala sekarang menjadi semakin besar. Merapoh juga memberikan keyakinan dalam soal bekalan bahan mentah tersebut iaitu dari mana dan ke mana akan dipasarkan.


"Soal sumber ini penting dan masalah sebelum ini timbul kerana tiada sebarang jaminan berhubung perkara itu. Seperti projek minyak lain, projek ini akan memakan masa antara lima hingga 10 tahun, namun kita berharap ZIPY akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Kerajaan negeri akan memantau dan memastikannya berjaya direalisasikan," katanya


Artikel Penuh UTUSAN ONLINE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive