Thursday 13 June 2013

PANASSS !!! DATUK @MukhrizMahathir JUAL KEDAH KEPADA PELABUR UNTUK BAYAR HUTANG PAS 3 BILION ??


MB bersama pelabur Jepun

Tudiaa, apa dah jadi ni Datuk ?? sampai nak kena jual negeri kepada orang asing ?? Buat apa nak jual Kedah kat pelabur? kan Kedah ni KAYA dengan BALAK ?? Hehe

Tengok kerajaan Pas sebelum ni, depa tak payah nak jemput pelabur masuk pun, dengan hasil balak depa dah cukup bangga dengan perolehan berjuta juta seperti tercatat diatas kertas.. Tapi kemana wang berjuta juta tu dibelanjakan pun cek taktau..



Siapa sangka, baru sebulan lebih YAB Datuk Paduka Mukhriz mengalas jawatan Menteri Besar Kedah, dah berbilion pelaburan masuk ke negeri Kedah.. Tanpa perlu mengondolkan hutan seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas sebelum ini, YAB MB mampu menarik pelabur untuk menjana ekonomi di Kedah.

Semalam saja aku diberitahu bahawa YAB MB membawa masuk pelaburan bidang automotif dianggarkan bernilai RM 7.1 bilion.. Kalau tak salah aku sebuah kilang untuk memasang kereta jenis Mini Cooper di Kulim Hitech Park..

Manakala Projek ZIPY atau Sulihh akan diteruskan dengan nilai pelaburan berbilion ringgit selepas tertangguh beberapa tahun di bawah pentadbiran Pas Kedah sebelum ini.

Pagi tadi YAB MB bersama pelabur-pelabur dari Jepun dijemput untuk  merancakkan lagi ekonomi di negeri kedah..In Sha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar..

Kerajaan BN Kedah tidak seperti Pas yang hanya bergantung kepada penebangan balak skala besar untuk menjana ekonomi.Sebab itu YAB MB memberhentikan serta merta aktiviti pembalakkan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pas sebelum ini..

Dari skop geografi, Kedah merupakan negeri paling strategik untuk pembangunan dalam bidang industri selain Pulau Pinang.. Kedah mempunyai beberapa kawasan yang mampu memberi impak terhadap ekonomi negeri seperti di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hitech Park), kawasan perindustrian Bakar Arang Sg Petani, Gurun, Kawasan perindustrian Mergong( Alor Star), Jitra dan Kubang Pasu..

Malah daerah daerah lain seperti Sik, Padang Terap dan Baling juga mampu dibanggunkan dalam bidang perindustrian asas tani.. Dengan kemasukan pelabur pelabur dari luar sedikit sebanyak dapat merancakkan pembangunan ekonomi di Kedah.. Selain itu juga ianya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini dan apa yang paling penting dapat menyelesaikan hutang 3 bilion yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive