Friday, 14 June 2013

KERAJAAN KEDAH GUNA KAEDAH PEMBELAJARAN SISTEMATIK UNTUK KELAS KAFA @MukhrizMahathir




Kerajaan Kedah akan menggunakan kaedah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang lebih sistematik dalam mengekalkan asas pengajaran Islam di kalangan generasi muda hari ini.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sehubungan itu pelbagai bantuan dan kemudahan akan terus dihulurkan bagi mengelak budaya negatif mempengaruhi golongan remaja.

"Kerajaan melalui cara pembelajaran yang lebih sistematik demi menjaga kesyumulan akidah Islam di kalangan generasi remaja supaya tidak mudah terjerumus ke dalam kancah seks bebas, kelahiran anak luar nikah, kes hidu gam dan dadah yang kian memular dalam masyarakat," katanya ketika menutup majlis Kokurikulum KAFA Peringkat Negeri Kedah, di Dewan Serbaguna Kem Batallion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini Khamis.



Lebih 2,000 pelajar, guru dan guru besar hadir pada majlis yang turut diadakan pertandingan Azan, Nasyid dan Marhaban di kalangan pelajar.

Mukhriz turut memuji usaha berterusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang sentiasa meningkatkan syiar Islam di Kedah selari dengan kehendak Sultan yang begitu prihatin dengan perkembangan Islam di negeri ini.

Katanya Malaysia sebagai sebuah negara yang meningkat maju kini mendapat perhatian pelbagai pihak yang mahu memporak-perandakan pemerintahan yang aman dan damai.

"Kita harus waspada dengan penularan fahaman Syiah, Pluralisma, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) dan pihak yang cuba mempermain-mainkan Kalimah Allah serta mempersendakan Rasullullah S.A.W," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive