Saturday, 15 June 2013

PROTES DI TURKEY DEDAH WAJAH SEBENAR PR



Jika selama ini ada usaha untuk menyamakan AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan Turki) dengan Pakatan Rakyat khususnya PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS (Parti Islam Malaysia -versi Erdogan), namun dengan berlakunya satu peristiwa pada 31 Mei di Gezi Park, Istanbul, perhimpunan yang asalnya aman telah bertukar menjadi ganas, maka usaha menyamakan itu dianggap satu ejekan.

Sehingga ke hari ini, tiada kenyataan daripada pimpinan Pakatan yang mengkritik keras para demonstran dan membela AKP pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Ketua Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mewar-warkan dirinya pernah ditawar menjadi ‘penasihat PM Erdogan dan Presiden Turki, Abdullah Gul’, semakin mendiamkan diri, sedangkan sebelum ini apa yang berlaku di luar negara khususnya, Turki, beliau dengan segera mengeluarkan kenyataan rasmi.




Sebaliknya di blog peribadinya, anwaribrahimblog, beliau lebih gemar menyiarkan berita tentang ‘Himpunan Black 505′ yang dilihat senada dengan apa yang dilakukan parti pembangkang Turki, CHP (Cumhuriyet Halk Partisi), parti yang menjadi dalang dalam menggerakkan protes tersebut.

Menurut sejarah, CHP dibina oleh Mustafa Kemal Atatürk pada tahun 1923 dengan nama Halk Fırkası (People’s Party) untuk membolehkan beliau memansuhkan sistem Khilafah Uthmaniyyah dan menubuhkan sistem republik di mana beliau menjadi Presiden pertamanya.

Asas perjuangan CHP, atau Parti Rakyat Republikan merupakan parti Kemalis (pengikut Mustafa Kemal Atatürk) hampir sama dengan PKR dan DAP di Malaysia yang memperjuangkan sosial-liberal dan politik sosial demokratik.

Seperti DAP, CHP juga menjadi ahli dengan kumpulan Sosialis Antarabangsa kerana perjuangannya demokrasi sosial memperjuangkan sebuah negara sekular.

Di dalam Parti Keadilan Rakyat juga turut tersembunyi aktivis-aktivis Parti Rakyat Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia, nama yang bau-bau bacang dengan Parti Rakyat Republikan.

Logo CHP yang terdiri daripada Enam Anak Panah, mewakili prinsip-prinsip asas Ideologi Kemalis: republik, nasionalisme, statisme, populisme, sekularisme, dan revolusionisme.


AKP atau Adalet ve Kalkınma Partisi/The Justice and Development Party ditubuhkan pada tahun 2001, menggunakan simbol ‘mentol lampu’ muncul sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum Turki pada tahun 2002.

Kemenangan itu membolehkan aktivis AKP, Abdullah Gül dilantik sebagai Presiden dan Recep Tayyip Erdoğan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki.

AKP berjaya mempertahankan kemenangan pada PRU 2007 dan 2011 dan berkemungkinan besar akan bertanding semula pada PRU 2014/2015.

Baca seterusnya

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Anwar Ibrahim masih menagih sokongan dari anak-anak buahnya yang taksub dengan perjuangan jalanannya sejak reformasi dahulu lagi. Ia akan menjerumuskan negara dalam kancah yang lebih teruk. Apakah beliau ingin mengikut jejak Turki yang semakin hari semakin tegang dek kerana bantahan rakyat.

Pergolakan di Turki kini adalah hasil ledakan hati rakyat terutamanya golongan sekular yang telah terhimpit dengan dasar-dasar oleh Parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Maka ini adalah masa yang sesuai bagi mereka untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Dengan sumbu ledakan atas alasan menentang cadangan untuk mengubah landskap Gezi Park untuk menjadi replika berek tentera pada era Uthmaniyyah, maka para penunjukkan perasaan yang bermula dengan aman kemudian berindak ganas.

Ikutilah ulasan saya dalam, "Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak"

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive