Monday 10 June 2013

PANAS !! APA NI DATUK @MukhrizMahathir BARU PERINTAH KEDAH DAH KENA BAYAR HUTANG 3 BILION ?? #5Tahun3Bilion



Tiga Bilion hutang yang perlu ditanggung oleh Kerajaan BN Kedah sekarang.. Itulah sejumlah wasiat yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini kepada Kerajaan BN yang dipimpin oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir..

Tiga bilion satu jumlah yang cukup besar perlu ditanggung oleh sesebuah kerajaan negeri dimana hasil pelaburan dan kdnk tidak mencapai ke satu tahap yang memberansangkan semasa di bawah pentadbiran Pas..

Umum sedia maklum bahawa kerajaan Pas sebelum ini hanya mengunakan hasil balak sebagai sumber kewangan negeri, walhal banyak lagi sumber lain boleh digunakan untuk menjana pendapatan kerajaan.. Mengikut laporan audit 2011 banyak penyelewengan berlaku semasa Pas mentadbir Kedah seperti pembayaran sebanyak RM 2.55 juta kepada lima kontraktor tidak berdaftar dengan PKK dan ke lima lima pengarah syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan satu sama lain..



Isu kerugian sebelum cukai selama 3 tahun berturut turut yang dialami oleh KCB. Pretasi kewangan KCB menurun dari RM 1.52 juta ke RM 370 ribu iaitu pada tahun 2008 hingga 2010..

KCB pula hanya bergantung kepada pendapatan sewa dan penjualan aset masing masing berjumlah RM 3600 hingga RM 62,541..

Masih ingat lagi projek pembalakkan di Papua New Guinea  ?? Kerugian yang tercatat daripada projek pembalakan di Papua New Guniea berjumlah RM13 juta. Tetapi, mengikut Laporan Ketua Audit Negara, ada keraguan berhubung pinjaman bernilai RM137 juta yang dibuat menerusi pinjaman pesisiran pantai apabila pembayaran telah dibuat kepada Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London dengan jumlah RM 1.6 juta daripada RM4.67 juta pada Januari 2009 sehingga Oktober 2010.

Pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Pas sebanyak RM 330 juta dari bank untuk membina Kompleks KUIN di Kuala Ketil.. Mengikut perkiraan sebanyak RM 46 juta perlu dibayar selama 15 tahun bagi melangsaikan hutang berkenaan.. RM 46 juta X 15 tahun = RM 690 juta hutang bagi kompleks KUIN..

Banyak lagi rekod rekod kerugian yang tercatat pada buku laporan audit negara.. Apa saja projek yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah dulu semuanya mengalami kerugian.. Dulu Pas nak bongkar 403 juta, la ni kami nak bagitau rakyat pulak yang Pas perintah 5 tahun dah hutang 3 bilion.. Lagi dasyat..

Nasib baik Kedah dah jatuh ke tangan BN.. Kalau  Pas pegang lagi habislah rakyat Kedah kena bohong dengan pemimpin Pas..

Baca artikel hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah berjumlah 3 bilion di SINI

1 comment:

Anonymous said...

Selangor, penang dan kelantan camne lak? Hancus negara kalau depa perintah kerajaan persekutuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive