Thursday, 13 June 2013

JAMBATAN RUNTUH !!! KONTRAKTOR DAPAT PROJEK BILION TAPI STAF TAK DAK GREEN CARD !!



Bila pekerja kontraktor bilis kelas F takdak green card, depa tekan juga suruh pi dengar kursus CIDB, kalau takdak green card tak boleh dapat projek.. Tapi bila kontraktor bertaraf jerung dapat projek berpuluh juta, pekerja tak dak green card pun tak pa..

Sungguh adil dan saksama layanan yang diberikan kepada kontraktor kelas besar dab kontraktor bilis kelas F.. Bila dah berlaku kejadian runtuh macam ni barulah nak itu nak ini.. Sepatutnya CIDB perlu pantau setiap projek projek yang tengah dibina.. Kerap buat pemantauan, datang buat spotcek tiap tiap bulan.. Bukan susah sangat pun..

Dalam hal ini aku tak salahkan 100% CIDB tapi aku nak nasihatkan supaya perbanyakkan pemantauan.. Ambil saja tindakkan kontraktor kontraktor yang gagal mengikut peraturan binaan.. Projek depa makan berjuta juta tapi green card yang RM 50 tu pun kedekut nak bayar..



Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pulau Pinang mendapati kontraktor yang terlibat dalam pembinaan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh Khamis lepas, gagal mendaftar sebilangan pekerjanya dengan lembaga itu.

Pengarah CIDB Pulau Pinang Ir Raslim Salleh berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati pekerja kontrak di situ tidak memiliki kad industri binaan atau kad hijau.

"Kalau ikut rekod kami dan siasatan awal memang pekerja kontrak di situ tidak memiliki kad hijau dan CIDB akan mengambil tindakan sewajarnya. Kontraktor utama memang berdaftar dengan kami.

"Kami sedang jalankan siasatan secara terperinci dan pihak kementerian juga sudah keluarkan arahan (siasatan terperinci) dan akan tubuhkan satu badan siasatan khas," katanya kepada pemberita selepas Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di tapak pembinaan di kawasan Kepala Batas, di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu turut disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) dan Rela.

Raslim berkata CIDB akan mengambil tindakan terhadap kontrakor yang terlibat mengikut Akta 520 CIDB kerana syarikat terbabit gagal mendaftarkan pekerja dengan lembaga berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak boleh mengulas lanjut insiden berkenaan kerana siasatan sedang dijalankan termasuk oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).

Dalam kejadian petang Khamis lepas, penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini runtuh menyebabkan seorang maut manakala tiga yang lain cedera. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Ha...ha..projek besar macam ni pun bolih jadi ada hantu kot kerja kat tempat dia tak bagi salam ni..,CIDB mulalah start SPIN, masa tengah belum runtuh dok isap rokok dan makan nasi kandar aje, bila dah jadi mula kelepiaq, memang kad hijau tu baguih untuk CIDB income, tapi yang runtuh tu bukan pasal kad hijau, di sebabkan kekukuhan structure tidak di pantau atau salah spesifikasi (bab ni, CIDB dan akitek an jurutera terlibat langsung), kalau bab kad hijau yang menyebabkan runtuh, dah awal2 lagi start aje buat jambatan tu dah runtuh, ini dah siap banyak dah baru runtuh, pi le chek ada tak kekangan daripada pihak berkuasa lain yang memungkinkan structure tak kukuh, yang peliknya tak ada ke orang CIDB dekat situ untuk memantau kerana ni projek multi mega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive