Sunday 9 June 2013

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT KEDAH !!! LITAR LUMBA BAKAL DIBINA



Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk pendidikan, komersil dan sosial demi kepentingan belia di negeri ini.

"Kita buat litar ini untuk memberi ruang kepada generasi belia menceburi sukan permotoran sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

"Kita minta rakyat jangan bimbang sebab tak timbul isu buat atau tak.

Cuma kita minta sikit masa untuk bincang mengenai lokasi yang sesuai dan bagaimana nak mulakan," katanya ketika menutup sambutan Hari Belia Kedah 2013 di perkarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.


1 comment:

Anonymous said...

Bagus majukan kedah....tapi INGAT TENDER NELAYU PROJEK MELAYU UMNO..majukan kawasan Melayu...kedai beri kat Melayu.. Campurtgn mb utk Melayu wajib di pantau dr awal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive