Wednesday, 20 February 2013

PKR LANCAR MANIFESTO ?? DENGAQ BOLEH PERCAYA JANGAN !! CEKELAT ANGIN SEMUA TU..




Sudah hampir sepenggal pakatan syaiton mentadbir di 4 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tetapi hampir kesemua manifesto PRU 12 masih belum ditunaikan..Malah sampai mereka terlupa apa yang dijanjikan mereka untuk rakyat.

Semalam, jambu kesukaan Anwar merangkap bakal calon Pkr di Pandan dan pemegang jawatan pengarah strategik mengumumkan Pkr akan melancarkan manifesto cekelat angin mereka pada 25 Febuari ini sempena Konvesyen pakatan syaiton..

Dalam sidang media semalam, Rafizi menegaskan bahawa manifesto ini adalah janji kepada rakyat..Mungkin Rafizi terlupa apa itu penjelasan terpeinci "manifesto" yang disebut oleh Khalid sebelum ini..




Ingin aku ingatkan kepada Rafizi bahawa Khalid Ibrahim selaku MB Kerajaan PKR Selangor pernah berkata " Manifesto bukan satu perjanjian".. Ini bererti manifesto yang akan dan bakal dilancarkan oleh Pakatan Syaiton ini sebenarnya satu penipuan..

Sebelum ini Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengakui masih ada 'baki' janji manifesto yang tidak tertunai walaupun telah hampir lima tahun memerintah negeri itu dan pekara ini juga disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani juga mengakui Pakatan Rakyat negeri itu belum menunaikan sepenuhnya janji manifesto tahun 2008.

Walaupun hampir sepenggal Pkr menjadi Kerajaan di Selangor, masih banyak janji janji Pru 12 belum dilaksanakan sehingga rakyat di Selangor mengambil tindakkan menyaman Kerajaan Selangor kerana gagal untuk tunaikan janji janji mereka..Memang terbukti semua ini hanyalah untuk memenuhi matlamat mereka untuk menang pilihanraya sahaja.

Cakap pakai air liur memang mudah, tapi bila dah dapat kuasa, baru tahu betapa susahnya nak laksanakan semua walaupun apa yang tulis dalam manifesto itu kononnya dirancang oleh orang profesional.. Hakikatnya semua ini adalah janji cekelat angin, manis bila Pru, berangin lepas dah menang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive