Phahrolrazi pi buat spotcheck projek PMBKed...!
Mai sini cek nak habaq bagi pasaipa Phahrolrazi tiba tiba minat sangat sangat dengan lombong bijih kat Bukit Kaci..Nak tau pasaipa ?? Kalau kami TMK dedah isu ni, umpama bubuh bom jangka yang boleh buatkan Azizan dan Setpol beliau terkejut masuk PMC..
Tapi takpa lah, buat pengenalan ni aku sampaikan mukadimah apa yang rakan blogger dalam TMK Duke of Umno tulis pasal isu ni dibawah ...
Korang kenal gambar sapa kata atas tu? Yang namanya Datuk Phahrolrazi Zawawi. Dia ni Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan. Dulu dia orang kanan Azizan Razak, tapi tu dulu laaa...skang ni dah jadi musuh!
Baru ni dia ke Bukit Kaci, nuuunnn...kat Changloon. Susah payah dia ke sana dengan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Zainol Husin. Dia ke sana bawak wartawan Sinar Harian sekali. Dia bawak media...
Buat apa dia ke sana? Dia ke sana untuk bongkar isu Bukit Kaci. Kenapa dengan Bukit Kaci ni? Rupanya Bukit Kaci ni di ceroboh....siapa yang ceroboh tuuu..? Meh sini aku cerita apa yang aku dapat dari AJK PAS Kawasan kat situ...heh!
Sebenarnya, kawasan tu orang tempatan teroka. Depa tanam getah dan pelbagai sumber kampung. Dah lama dah. Siap buat rumah dan beranak pinak. Dari belum kahwin, sampai la anak-anak depa masuk sekolah..lebih dari 10 tahun dah depa dok kat situ...
Tanah tu sebenarnya tanah rezab Melayu milik Kerajaan Negeri Kedah. Bila depa teroka, depa usahakan dan duduk kat situ, maka depa ada hak untuk mohon geran tanah hak milik dari Kerajaan Negeri...kira macam geran TOL laaa...
Mari "merompak" hasil alam di Bukit Kaci bersama PAS Kedah..!!!
Depa pun apply laaa.. Ada yang Kerajaan Negeri Kedah luluskan. Itu pun masa time BN yang perintah. Tapi bila PAS jajah Kedah, depa langsung tak dapat apa-apa maklum balas.
Tiba-tiba, ada pulak satu syarikat ni masuk pi melombong kat tanah tu. Penduduk kampung terkejut! Depa tengok, ada satu signboard tulis Hak Milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed)! Tapi signboard tu terpacak kat situ sekejap saja...
Lebih kurang dua hari kemudian, depa jumpa signboard tu dalam sungai. Tak tau la kutu mana yang buang!
Tak puas hati punya pasal, penduduk kampung usaha pi ke Pejabat Tanah (PTG). Sekali lagi depa terkejut bila tanah tu dah digazetkan jadi hak milik PMBKed..!!! Depa usaha dan mohon tanah tu dah lama tak dapat-dapat. Tapi PMBKed pulak yang dapat? Ajaib tuuu...!
Bila isu ni pecah, maka orang yang paling berkuasa kat Wisma Darulaman (bukan Azizan Razak) tu jawab tanah tu memang PMBKed punya dan telah diceroboh orang kampung.
Siap ada binaan aktiviti perlombongan...dah lama dah aktiviti ni beroperasi...
Malah, dia kata syarikat yang ada hubungkait dengan Azizan tu adalah kontraktor yang dibenarkan PMBKed untuk menjalankan aktiviti perlombongan kat situ...heh! Sekali lagi perkara ajaib berlaku..!!!
Nak tahu kenapa? Sebabnya, masa lawatan Phahrolrazi kat Bukit Kaci baru-baru ni, dia kata...
"Kita jangkakan mungkin berlaku aktiviti galian tidak diluluskan di kawasan ini. Kita tahu ini tanah milik MBI, dia boleh melombong. Tapi masih perlu kebenaran kerajaan negeri untuk melombong,"
Apa maknanya? Maknanya, aktiviti perlombongan di Bukit Kaci tu dilakukan tanpa kelulusan dari Kerajaan Negeri Kedah..!!! Ajaib, kan?
Tanah milik PMBKed, lepas tu orang paling berkuasa kat Wisma tu kata syarikat tu kontraktor yang diluluskan, tapi Phahrolrazi sahkan aktiviti di situ tidak ada kelulusan Kerajaan Negeri. Pelik bin ajaibbbbbb...
Soalan aku...CUBA TEKA SIAPA ORANG PALING BERKUASA TU...???
*Clue: Bukan Azizan Razak! Heh!
SANUSI SETPOL DAH TAU KA SAPA ??
No comments:
Post a Comment